Sup Tulang/Ikan Bilis Cili Api

Aiseyman..hari tu berlagak tak nak beli tulang lembu lagi konon..tapi tak leh tahanlah, bila gi pasar tani tenguk tulang rusuk lembu tempatan….beli jugak….akhirnya semalam masak sup tulang lembu. Kali ni akak campurkan sikit rempah sup Mak Siti..hemmm….ada kelainan dari segi rasa…resepi tak yahlah…..hari tu akak dah tepek resepi…kalau nak cari kat label daging.

Bila makan sup…akak selalu masak ikan bilis campur cili padi…kadang-kadang campur dengan ubi kentang, tempe ataupun petai…oleh sebab petai ada stok…akak masak campur petailah pulak…..barulah berasap mulut tu…. makan pedas..pastu hirup pulak sup tulang….hemmmmm…teringat pulak lauk semalam….

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 1 papan petai-dihiris tipis
  • 10-15 biji cili padi-nak banyak pun boleh
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1-2 biji limau kasturi-ambil jus
  • sedikit minyak dan garam

Cara-cara

1. Tumbuk cili padi bersama-sama bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan sedikit ikan bilis sampai lumat.
2. Panaskan minyak dan goreng petai sebentar. Toskan.
3. Goreng pula ikan bilis. Toskan.
4. Tumis pula bahan tumbuk hingga garing dengan menggunakan api yang sederhana.
5. Apabila telah garing, masukkan sedikit garam, ikan bilis dan petai.

6. Kacau sebati dan perahkan jus limau kasturi. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

2 thoughts on “Sup Tulang/Ikan Bilis Cili Api

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s