Jemputan di Muar, Johor

Pagi Ahad dari rumah fil bertolak ke rumah abang ipar dulu di segamat…lepak dan borak-borak dulu di sana. Dalam pukul 12.00 kami dua ke rumah orang kawin di Serom 1, Muar, Johor.
Tak tanya pulak sape nama pengantin lelaki dan perempuan. Pengantin lelaki nak masuk 40 tahun … dapat isteri baru 20..an..untung memang untung.

suami dan ayah dia

Suami seronok ke sini sebab dapat jumpa member lama…dulu suami akak masa sekolah menengah menumpang duduk kat rumah datok saudara pengantin lelaki. Masa tu arwah mil duduk kat batu 29 tangkak…suami nak pergi ke sekolah jauh…jadi dia tumpangkanlah suami akak kat rumah guru besar sekolah agama serom..suami panggil dia arwah cikgu atan. Arwah ni ada kena mengena dengan arwah mil…lagipun arwah mil asal dari sini..arwah lahir kat sungai mati, muar. Arwah bayar duit makan kat arwah cikgu atan. Bila suami cerita macamana susahnya dia duduk kat rumah orang dulu…anak-anak terdiam..punyalah susah dulu nak belajar.

Suami akak bersekolah dari tingkatan satu hingga lima kat sini. Bila dah jumpa kawan lama dan jiran lama..masing-masing bercerita kenangan masa silam…kelakar tenguk saiz dan muka masing-masing yang telah berubah.

Akak dan abang ipar, biras dan cucu dia…yang seronoknya makanan di hidangkan..tak payah beratur..anak-anak sibuk nak ayam…tapi tak ada ayam…cuma ada kari daging, kurma daging, serunding kelapa, pajeri nanas dan timun bersama ikan masin.

Lepas makan jumpa pulak dengan mak saudara dan sepupu suami yang tinggal di jb dan singapura. Masa borak-borak..rombongan pengantin sampai…tak lama kami pun balik semula ke kl…abang ipar hantar fil balik ke batu anam….dalam perjalanan nak ke highway teringat nak beli mee siput…ni pasal tenguk dalam blog hana di jepun tu..

Murah aje rupanya…1 peket besar baru RM4.50..akak beli dua peket…bukan senang nak jumpa..masa singgah di petronas nak isi minyak ..kat tepi jalan ada jual jugak siput yang telah di goreng..oleh sebab firdaus tak pernah rasa..akak suruh dia beli ….1 keping RM0.50..dulu suami akak kata baru RM0.5 sen….

Barulah dia tahu kelazatan mee siput….kalau nak makan mee siput ni mesti ada sos atau sambal..kalau tak…tak sedap..

Suami akak suka makan dengan sos cicah keropok dari terengganu yang member bagi dulu.

Akak suka cicah dengan sambal tumis petai.

Beli jugak durian segamat…..imran sibuk nak makan durian kampung…tapi memang bestlah isi dia…suami beli 4 biji baru Rm 22.00….kalau beli kat kl ni…ashik kena tipu aje…kesian tenguk anak-anak dah tunggu..tapi isi kurang elok ataupun tak boleh makan……akak suruh suami beli petai jugak…murah betul petai kat segamat….

Dalam perjalanan balik singgah kat R & R Air Keroh…mak akak nak belacan melaka..akak beli juga sagon dan biskut kelapa..dah sampai kat jalan nilai…jem lah pulak..lepas tu ada ambulan 3 biji menghala ke seremban…dah syak dah ni …mesti ada kemalangan …rupanya betul ada accident berhampiran R&R Nilai..yang ada kat dalam suratkhabar semalam tu…..yang anak dia meninggal tu..akak tak sempat nak snap…tapi memang teruk kereta avanza tu….hairan jugak kenapa boleh terbabas hingga langgar tiang……yang nak cepat ikut jalan kecemasan….nasib mereka tak baik… ….polis dah tunggu…ramai yang kena saman.

Sampai kat rumah dah nak dekat maghrib….masak cincai aje….penat…malam tidur awal.

10 thoughts on “Jemputan di Muar, Johor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s