Daging Masak Lada Hitam


Kalau dah malas sangat nak masak…..akak masak lauk yang simple aje..macam lauk ni…senang dan ringkas..pastu campur sayur…

Bahan-bahan

  • 500gm daging lembut
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam-tumbuk halus
  • 5 biji bawang putih-di tumbuk
  • 1 1/2 inci halia-halia di tumbuk
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • bunga kobis-dipotong kecil
  • 1 biji bawang holland-belah 6
  • 1 batang karot-belah kecil
  • 1/2 biji cili banggala-di potong dadu
  • 1 biji cili merah-dihiris serong
  • air secukupnya
  • sedikit minyak dan garam secukupnya

Cara-caranya

1. Basuh daging hingga bersih dan potong atau hiris daging tipis-tipis.
2. Perapkan bersama bawang putih, lada hitam, halia, sos tiram, kicap pekat dan garam selama 1-2 jam.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang holland..dah naik bau masukkan daging dan biarkan sebentar.
4. Masukkan sedikit air (kalau nak berkuah bubuhlah air lebih sedikit) biarkan daging empuk dan kuah agak pekat.
5. Rasa garam dan boleh di hidang panas-panas.

4 thoughts on “Daging Masak Lada Hitam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s