Rendang Ayam Kedah


Kali ni nak buat rendang ayam lagi….ayam..ayam…ayamm..tu yang laku kat rumah ni…kali ni ambil resepi dari junjs11 di myr.com. Akak c & p aje lah… Katanya resepi asli dari kedah…ataupun di panggil rendang kedah…nak tanya dengan orang Kedah…betul ke orang Kedah masak rendang cara ni…..sila jawab ye orang kedah…..jom layan resepi ye…

Bahan-bahan ( 1 family… )

  • 1 ekor ayam-dipotong2
  • santan dari 2 biji kelapa-akak guna 1 cawan santan pekat campur dgn 1/2 cawan air
  • 1 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar gula merah
  • garam dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 sudu besar minyak sapi-tukar ke minyak sayuran

Bahan kisar

  • @ 10 biji bawang merah
  • @ 10 cm lengkuas
  • @ 5 cm halia
  • @ 3 cm kunyit hidup
  • @ 5 batang serai
  • @ 100 gm cili kering

Bahan Tumis

  • # 2 cm kulit kayu manis
  • # 2 kuntum bunga lawang
  • # 5 biji cengkih
  • # 5 biji buah pelaga

Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, biar hingga airnya kering sedikit. Tuangkan santan bersama daun limau purut dan daun kunyit.
  3. Bila sudah empuk, masukkan kerisik, garam dan gula merah. Masaklah hingga pekat. Sedia untuk dimakan mengikut kesukaan masing2..

2 thoughts on “Rendang Ayam Kedah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s