Ira masuk asrama

Hari Ahad yang lepas akak, suami dan imran kena hantar ira ke asrama….masa pendaftaran dari pukul 8.30 – 10.30 pagi untuk pelajar baru…sebelum tu ajar ni macam mana nak packing barang…akak dah suruh kakak dia buat check list apa yang perlu di bawa ke asrama..akak tak tolong langsung…saje nak bagi dia berdikari…tapi dah memang perangai dia…..ashik nak bertanya aje….

mak……nak bawak ni ke?
checklah kat senarai barang tu…..
mak…..mak….mak..……..eiiii geram betul akak di buatnya…

mungkin jarak antara kakak dia jauh….pastu jarak dia dengan imran pun jauh ..jadi ira manjalah sikit…masa akak gi kerja….nenek dia (dia panggil wan) yang jaga dia seorang masa tu…lagilah terlebih manja…..masa akak tinggal kat jakarta pun nenek dia jugak yang bela…mulut pun macam nenek dia jugak…pot..pet..pot..pet aje…

masa akak sampai kat sini…ibubapa pelajar tak ramai lagi….ambil no giliran..pastu bayar duit makan untuk 6 bulan dulu..RM125.00 sahaja….segala yuran yang lain akan di kutip dalam bulan febuari ataupun mac….bayaran makanan untuk sehari baru RM1.00 dari ibubapa dan subsidi dari kerajaan RM11.80…makan 5 kali sehari….mewah jugaklah makan kat sini…

kemudian gi daftar pulak kat ketua warden..nak tahu dorm apa…..ira dapat dorm C di tingkat 2. Bila sampai kat dorm tu … baru tau tak boleh pakai cadar putih..yang tak bestnya akak dah beli cadar putih tu kat kamdar…nasib baik beli satu aje….kena beli kat koperasi sekolahlah pulak..cadar, selimut dan sarung bantal semua warna pink..warna kegemaran akak tu…

Masa akak sampai kat dorm ni..tak ada orang lagi…jadi ira bebaslah nak pilih tempat yang dia rasakan terbaik….dia pilih tepi pintu….akak ajar dia macam mana nak kemas barang dalam almari..

alhamdulliah semua kelengkapan di dorm ni masih elok lagi…mungkin sebab pelajar perempuan yang duduk …jadi taklah patah sana sini..ira pasang sendiri cadar dan sarung bantal…cadar tu tak kemas sangat..nanti kena belajar lagi macamana nak kemaskan cadar tu..

Dalam pukul 10.30 pagi ibubapa pelajar baru di beri taklimat tentang tatacara tinggal di asrama…apa yang boleh di buat dan apa yang tak boleh di buat….kalau banyak melakukan kesalahan maka pelajar akan di buang dari asrama…mcm-mcm pkhm cerita mengenai kerenah anak-anak dan ibubapa yang anak dia pertama kali duduk di sini…ada yang menangis…ada yang ashik telefon mak dan ayah dia…..yelah…. kan pertama kali anak-anak ni berpisah dengan ibubapa mereka….

dalam pukul 11.30 taklimat selesai..naik balik ke dorm…se belum balik..akak tanya lagi…

sekarang fikir nak duduk asrama ke….atau nak balik…...
ira nak duduk asrama ….. tak nak balik….

senang hati akak bila dia kata begitu…..harap-harap dia kekallah duduk di asrama tu sampai tingkatan 5…dan semuga beliau berjaya di dalam pelajaran beliau…

Kuehtiaw kungfoo

hari sabtu seperti biasa akak ke pasar tani…dah beli segala barang dapur…akak gilah ambil barang lama yang akak booked minggu lepas…kakak yang jual tak ada..yang ada cuma anak dan anak saudara dia…lagi bagus beli dengan mereka ni dapat diskaun lagi….

Penjual tu kata mangkuk ni mangkuk dinasti…apa ye…akak nak tanya sape yang pandai tentang hal ni…macam mana kita nak tahu benda ni original ataupun tiruan…si penjual tu bersumpah mangkuk ni dah berusia ratusan tahun…..

ni pandangan dari dalam….katanya dapat dari kapal karam kat laut…tak tahulah…dia tipu ke ataupun akak tertipu….tenguk gaya macam betul….

beli pulak penimbang lama….tapi tak lengkaplah…kat sebelah bubuh lagi dah tak ada….

balik dari pasar akak buat sarapan pagi….nak cuba buat kuehtiaw kung foo…memang senang nak buat masakan ni…lain kali tak payah gi kedai lagi…ambil resepi dari rumah anawahid…entah kenapa selera kita sama ye ana….dia kata dia ambil dari rumah hanis…oleh sebab malas nak menaip…akak copy and paste ajelah…tapi ada edit sikit…minta maaf ye tuan punya resepi..

Bahan-bahan

  • 400gm kuehtiaw
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh lada hitam/lada sulah – nak pedas tambah lagi
  • 4 ekor udang-dibuang kulit-tinggalkan ekor
  • 1 ekor sotong – dipotong 5
  • 1 cawan air
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • sayur-sayuran – akak letak bunga kobis dan daun sawi
  • 3 ulas bawang putih – ni akak tambah sepatutnya 1 biji(ditumbuk/cincang)
  • 3 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 biji cili api – akak bubuh sambal kicap
  • sos tiram dan kicap pekat – akak tambah sendiri
  • 1 kiub stok ayam maggi – akak tambah sendiri
  • 4 biji fish ball
  • sedikit daun sop dan daun bawang-hiris
  • garam dan minyak secukupnya

Cara-cara

  • Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/sulah didalam gelas.
  • Masukkan kuehtiaw sehingga 3/4 gelas.
  • Tuang sedikit minyak ke dalam kuali dan tuangkan bancuhan telur.
  • Ratakan kuehtiaw supaya menjadi nipis….api mesti sederhana aje…buat macam nak buat telor dadar.
  • Balikkan supaya kedua-dua belah masak.
  • Angkat setelah masak.

Untuk kuah

  • Tumbuk 3 biji bawang putih bersama lada hitam.
  • Goreng hirisan bawang merah..keluarkan bila masak.
  • Tumis bawang putih yang telah di tumbuk bersama lada hitam.
  • Masukkan air..bila mendidih masukkan kiub ayam maggi dan garam.
  • Masukkan juga kicap dan sos tiram. Bila mendidih masukkan udang dan fishball yang di potong dua.
  • Masukkan sotong dan sayur-sayuran dan masukkan bancuhan tpg jagung.
  • Tuangkan kedalam pinggan berisi kuehtiaw tadi.
  • Hidangkan panas-panas bersama hirisan daun sop/bawang dan bwg goreng.
  • Akak bubuh sambal kicap…meleleh atas bawah bila makan ni panas-panas..

Lepas makan kuehtiaw ni mesti berpeluh macam orang baru berkung foo…wacaaaaaa…..
p/s kalau nak kuah lebih…tambahkanlah air…pastu tambah garam…

kisah ira lagi

Hari Khamis tak kemana-mana pasal cik abang dah balik….punyalah penat cik abang tu ….ashik tidur aje sepanjang hari…bangun makan…solat..pastu tidur balik sampai ke petang..

Hari Jumaat akak bawa ira gi orientasi tingkatan satu kat smk putri wilayah…keluar 7.45 pagi dari rumah….jalan kat setapak jem….sampai kat situ nak dekat pukul 8.30 pagi…nasib baik belum mula….murid berbaris ikut kelas dan duduk di depan guru…lepas pengetua berucap…giliran guru-guru yang lain pulak…lama jugak mendengar cerita-ceriti cikgu-cikgu tu..masa tu jugak akak beli buku tulis dan alatan persekolahan..

cikgu yang berdiri di tepi sekali…guru tingkatan ira…murid-murid khusyuk dengar penerangan dari guru-guru…lepas tu pergi pulak ke kelas masing-masing nak serah borang dan kemudian ke pejabat pulak nak ambil senarai keperluan asrama…masa kat pejabat tu…kecoh sikit..ada parents yang bengang kerana anak mereka tak dapat duduk asrama kerana rumah mereka agak jauh…yelah ada yang duduk di bandar baru sungai buluh…takkan nak berulang alik ke sekolah tersebut..tapi penolong hal ehwal pelajar (pkhm) tak boleh buat apa-apa…jabatan yang uruskan benda ni semua…jadi beliau suruh ibubapa yang tak dapat asrama isi borang rayuan…untuk pelajar baru..tingkatan satu kekosongan katil cuma ada dalam 30 aje…jadi tergantung kepada first come first serve…pkhm suruh datang hari ahad masa pendaftaran pelajar baru di asrama..

habis segala urusan dah pukul 12.00 tengahari…kat situ parking susah..kalau letak kereta tak tentu arah kena saman…suruh russhdi bawak balik kereta…nanti dah sudah akak call….
ira tengah kebosanan tunggu abang dia datang.

sampai kat rumah terpaksalah masak…..masak sambal sardin, sop sayur dan goreng ikan.

petang keluar lagi ke greenwood cari kain dalam….ini baru tau pagi tadi…cikgu suruh semua murid pakai kain dalam..kalau tidak kena tindakan disiplin, tudung beli lagi satu dan sepasang kasut hitam…tambahan barang keperluan asrama yang perlu di beli…akak belikan juga biskut dan benda-benda yang ira nak kunyah masa duduk kat asrama nanti…..mak datuk…laju betul duit keluar minggu ni….

Saje nak cerita

Bila ira dah dapat masuk ke sekolah putri wilayah ni..akak sibuklah sikit….nak update pun tak sempat…pagi lagi dah kena keluar…..kena buat pengesahan salinan sijil, borang dan salinan kad pengenalan ira, akak dan suami…..oleh sebab suami akak masa tu tak ada kat m’sia ..kenalah pulak cari surat beranak dia…kalau nak diikutkan…ni kali ke 3 akak kena buat pengesahan sijil, kp dan borang yang di beri oleh sekolah…mula-mula smk batu muda….kedua smk seri gombak dan kali ni smk putri wilayah….

hari rabu pergi ke smk seri gombak nak buat pengesahan…tapi cikgu semua mesyuarat..kat kerani tu mungkin mesyuarat habis dalam pukul 2.00 petang…akak nak potong nama sekali kat sekolah ni…pihak sekolah ni nak pulak salinan surat tawaran tu untuk rekod..akak lupa pulak nak buat salinan….surat asal pihak sekolah tu dah ambil masa buat pengesahan hari selasa….terpaksalah akak pergi balik ke smk putri wilayah ni…selalunya memang akak akan buat salinan surat ni…tapi kali terlupalah pulak….akak tinggalkan borang tu semua kat situ untuk pengesahan…janji nak ambil petang nanti….masa dah suntuk pasal hari khamis dah cuti tahun baru..kena settle hari ni jugak…pagi jumaat nak hantar balik ke smk putri wilayah…ada orientasi pelajar tingkatan satu…

dari smk seri gombak gilah ke smk putri wilayah…pihak sekolah bagi surat asal dan satu salinan..mereka suruh bawak surat yang asal masa hari orientasi pada hari jumaat nanti….satu salinan untuk skm seri gombak……memang pun dah plan nak bawak ira dan imran gi jejalan ke ikea…yelah kan sekolah nak bukak…mungkin lepas ni masa tu kurang sikit masa nak bawak mereka jejalan…..sampai kat sana dah nak dekat pukul 11.00 pagi..nasib baik parking tak penuh….rupanya banyak yang tersalah jalan nak masuk sini kerna jalan yang sebenar di tutup pasal ada pentas kat depan ikea tu…kalau tidak dalam pukul 11.00 ni dah payah nak cari parking…

rupanya ada konsert untuk sambut tahun baru kat situ..masa tu mereka tengah buat raptai…kuatnya bunyi sound system tu…bergegar gegendang telinga akak…

boleh di katakan banyak lagu orang putih di mainkan kat situ…yelah kawasan orang kaya kan…

seperti biasa imran dan ira nak masuk ke tempat permainan ni…kalau nak diikutkan si ira tak boleh masuk..pasal dah terlebih umur…tapi dulu ada penjaga tu ajar akak…kalau nak teman si imran tulis umur 10 tahun kat dalam borang…..mungkin si ira ni kecik ….penjaga kat tempat tu benarkan ira masuk….masuk kat sini satu jam aje…pastu kena ambil…kalau tidak dia orang call….

akak dan yana gi jejalan…window shopping kat harvey normanlah…..tenguk laptop, kasut dan baju..tenguk masa nak habis satu jam…ajak yana beli bahan nak masak malam ni kat cold storage…..cadang nak masak spageti aje malam ni…..lepas ambil imran dan ira…kami makan kat restoren ikea….

akak nak jadi mat salleh…makan ikan salmon…….tak pernah makan ikan ni…sedap pulak rasanya sos tu….makan macam ni pun boleh kenyang…cakap dgn yana…nanti bila mak dan ayah dah tua..akak nak masak macam ni…senang dan berkhasiat….tapi suami akak ni orang jawa…mana boleh tak makan nasi….

yana makan chicken with lemon sos…rasa sos masam sikit….ayam di panggang aje…

kalau kat sini ira mesti nak makan meatball…dulu rasa sedap tau…sejak barang dah naik ni..meatball dia dah kecil pastu rasa macam dah kurang daging..keras sikit..rasanya lagi sedap meatball yang akak buat…tapi tak jumpa lagi resepi nak buat sos macam kat ikea ni…

imran sekarang ni susah nak ambil gambar….dia kata….
mak ni..ashik ambik gambar im aje…pastu masuk dalam blog…boringlah…
masa kat sekolah smk putri wilayah gigi tepi dia dah patah…nasib baik gigi susu….tenguklah tu …dah rongak…

imran lepas makan suka lepak tenguk televison…

akak dah yana share minum air kopi…yang best kat sini…boleh tambah air samada air kopi, cuppacino……ataupun soft drink….1 cawan kopi dia kira RM3.50…soft drink dalam RM1.50 rasanya….kalau tak silaplah harga dia….akak bayar 1 cawan hot drink dan 1 soft drink…kira berbaloilah jugak..minum hot drink 4 kali dan soft drink..banyak kali…lepak kat sini lama jugaklah…lepas tu masuk dalam ikea..beli barang tak sampai pun RM10.00…nanti tak payah bayar parking….masa kat situ juga tangkai cermin mata ira tercabut sebelah….

balik dari ikea pergi ke greenwood dulu…betulkan tangkai cermin mata dan ambil gambar si ira…. sampai ke smk seri gombak ambil borang yang telah di sahkan dah nak dekat pukul 3.00 lebih……..malam masaklah meatball spageti.

meatball yang baru keluar dari oven…

meatball spageti…resepi dah ada dulu…jadi tak yah bagi resepi lagi ye…

lebihan meatball buat sos lada hitam…sedap jugak makan meatball dengan sos ni….sesape ada resepi macam kat ikea tu bolehlah bagi resepi..

Kad dari hana

Seronok si hana bagi ole-ole dari tokyo, jepun….tak apalah…tak dapat pergi sana…dapat kad cyber pun tak apa…terima kasih banyak-banyak ye hana…