Kisah Si Imran

masa ni dia dalam hari lagi..

Akak nak cerita pasal si imran pula….

Seperti yang semua tahu imran di lahirkan pada 21hb. Januari 2001…..
Alhamdulliah walaupun akak mengandungkan dia masa tu umur dah masuk 37, dari mula mengandung hingga bersalin tak ada pula masalah seperti darah tinggi atau pun kencing kotor.

Masa akak mengandungkan anak-anak yang lain penyakit darah tinggi tu memang ada…jadi akak berjaga-jaga..takut jadi apa-apa kat baby ….bila baca dalam paper,bila ibu-ibu yang mengandung agak lewatataupun telah berumur….. risiko nak dapat baby yang bermasalah agak besar…bila ke klinik, doktor bagi macam-macam ubat..akak memang rajin makan…memang dengar betul nasihat doktor zana di klinik naluri tu..

Bila tiba masa check up pun akak ikut tarikh yang doktor bagi tu….alhamdulliah dari awal kehamilan hingga ke akhir tak ada apa-apa masalah. Bila nak masuk sembilan bulan …akak dah tak larat….akak cakap dengan doktor ..boleh tak keluar awal…tak larat nak bawak perut…..dia scan perut dan kata baby memang sehat tapi, kena tunggu lagi satu minggu sebelum due date…kalau dah lewat dari tarikh sepatutnya akak mesti datang ke klinik walaupun cuma 1 hari… takut nanti baby makan najis dalam perut ataupun baby lemas.

Patutnya 21hb. Januari tu akak ada jemputan hari raya rumah 2 pupu kat lembah keramat, cadang nak pergi lepas sembahyang zohor….jadi lepas breakfast …. lepak-lepak dengan suami….tiba-tiba akak rasa ada air mengalir..eh..eh…air apa pulak ni….. kencing dalam seluar ke? ..panik jugak dibuatnya…yelah selama ni bila masuk bulan ke sembilan aje dah ada darah tinggi..pastu doktor suruh masuk wad..jadi terpinga-pinga di buatnya bila keluar air macam air kencing…….takut betul….macam first time nak bersalin rasanya.

Suami pun suruh akak siap-siap..gi hospital….terpaksalah akak pakai pampers takut nanti basah baju/kusyen dalam kereta….sampai kat naluri dah dekat pukul 2.30 petang…perut pulak tak rasa lapar….macam biasalah di pam (tak ingat..panggil air apa)….pastu gi ke toilet…buang apa yang patut….hati berdebar-debar aje..dah lama tak bersalin…last bersalinkan ira tahun 1996.

Oleh sebab dah lama tak bersalin, usia pulak dah banyak… tak tahan pulak rasa sakit ni….kebetulan ada seorang budak perempuan perempuan menjerit melolong-lolong dalam labour room…lagilah akak kecut di buatnya…..tapi tak lama kemudian dia senyap…hairan jugak…tanya dengan nurse….apasal budak tu tiba-tiba tak dengar suara dia menjerit…..rupanya budak perempuan tu ambil suntikan epidural…..patutlah dia senyap…rupanya tak rasa sakit lepas di cucuk epidural tu.

Masa tu company suami memang dah tanggung rawatan bersalin ni…. akak bincang dengan suami boleh tak ambil ubat bius epidural tu….lagi pun bila lagi nak merasa benda ni..nak alami pulak pengalaman baru…ashik macam-macam problem masa melahirkan empat orang anak yang lepas…….cost dia dalam RM450.00…..suami pun bincang dengan doktor zana…..nasib baik suami setuju…dalam pukul 6.00 lebih pakar bius datang..cucuk kat belakang…..rasa macam semut gigit aje……bila dah cucuk tu akak tak rasa sakit pun…cuma bila datang resa….dapat rasa perut tu menegang….akak siap boleh tidur lagi….bestnya bila tak rasa sakit.

Nurse kat situ pakaikan akak satu klip di jari dan mereka pantau graf kat monitor tu…bila dah cukup masa nak meneran pun akak tak tahu….dalam pukul 10.00 lebih nurse kata pintu rahim dah terbuka besar…berapa cm lupalah pulak…dia call hb suruh datang…masa tu hb kat rumah jaga anak-anak yang empat orang tu…

Bila hb dah datang lega sikit hati akak….. tak lama doktor zana pun datang….dia pasang kaset orang berzikir..nilah pertamakali akak dapat dengar orang berzikir bila nak bersalin walaupun cuma guna kaset aje….akak tak tahu bila nak push….cuma bila doc kata push…baru akak push….penat jugak meneran bila usia dah banyak ni…tercungap-cungap akak di buatnya…2-3 kali jugak meneran barulah baby nak keluar…alhamdulliah akhirnya pada pukul 10.41 malam.. imran selamat dilahirkan. Bila keluar aje baby tu doc buka pulak azan…meleleh jugak air mata bila tenguk baby….

Selepas bersalin barulah terasa lapar…tak makan dari tengahari…nurse buatkan air milo dan bagi roti. Suami lepas azankan baby terus pergi cari nasi untuk akak..lepas settle semuanya akak
di tolak masuk ke bilik untuk seorang….menyesal pula duduk seorang ni…takut…

Tak lama suami akak sampai bawa makanan..dia tunggu sampai habis makan barulah dia balik kerumah bersama-sama uri yang nak di tanam.

Duduk kat sini 3 hari 2 malam..ambil package….anak-anak datang pada hari esok…semuanya excited tenguk adik baru….masa tu bincang apa nak bagi nama baby ni…entah kenapa dari masa mengandungkan baby ni suka sangat dengan nama imran…masa dah tahu jantina anak ni lelaki..lagilah akak suka bebeno dgn nama imran.

Lepas bincang dengan suami dan anak-anak…kami pilih nama Muhammad Imran…..masa dalam pantang imran ni buat perangai…siang tidur malam berjaga…penat akak dibuatnya berjaga malam….nasib baik ada astro..dapatlah jugak tenguk cerita macam-macam….nasib baik mak yang tolong masak…kerja rumah suami dan anak-anak-anak yang buat.

Biasanya anak-anak akak dari kecil memang kena penyakit kuning..tapi tak teruk sangat…yang si imran ni tak ada penyakit kuning tapi kena penyakit kulit pulak…kat leher dan ketiak ada keluar ruam….bila buat medical check up kali pertama kat naluri…doktor pakar kanak-kanak suruh bawak ke hospital…dia kata anak akak sakit…takut dan sedih betul masa tu..dahlah dalam pantang…


Lepas ambil surat dari doktor tu…kami terus ke hospital ampang putri…dan imran terus di masukkan ke inkubator…ashik melalak aje dia ni…oleh kerana dia menyusu badan..akak terpaksalah pergi ke bilik rawatan bila dia nak menyusu. Jauh pulak tu dari bilik nak ke situ..nasib baik badan akak dah kuat.

Akhirnya imran sembuh dan akak pulang semula ke rumah setelah duduk kat situ 3 hari 2 malam. Mula-mula mak akak malas nak jaga…akak pun carilah jiran yang sanggup nak jaga dia…tup..tup…akak dah dapat orang…mak nak jaga pulak….kesian katanya..lagi pun akak kerja setengah hari aje….

Bila 2 orang abang dan seorang kakak imran masuk asrama…tinggallah mereka berdua ni aje kat rumah…jadi mereka ni jadi member kamcing dan member bergaduh dan bertekak..pening dibuatnya..tenguk perangai 2 orang ni…tak sama dengan perangai abang-abang dan kakak dia..

Ira akak bawak ke tadika dan imran tinggal seorang kat rumah…alhamdulliah beliau tak pernah lagi sakit…cuma demam, batuk dan selsema tu biasalah..

Bila pindah di Jakarta…mula-mula si ira bersekolah kat situ..seronoklah dia..pasal ada member..bila ira bersekolah balik ke kl…dia ashik bad mood aje….nasib baik tak lama kemudian ada 2 keluarga datang dan tinggal kat apartment yang sama..cuma tingkat aje yang lain-lain..bila mak dan abah datang..dia sukalah..bila dia orang nak balik…dia menangis nak ikut balik…melalak kat airport….


Bila ira dah balik ke kl..akak terpaksa bergilir dengan suami….sebulan kat kl…sebulan kat jakarta..sampai giliran balik ke jakarta…imran tak nak balik…sebab tak best katanya….dalam bulan jun 2007 satu family balik ke malaysia….tinggallah satu family aje…

Kat airport jakarta masa nak hantar ira balik semula kekuala lumpur..akaklah yang uruskan pertukaran si ira ni…suami tak dapat ikut..dia tak leh cuti.

Dengan anak dia nilah imran berkawan..akak tak bagi dia bercampur dengan orang indon yang duduk kat apartment..kena hati-hati. Dengan family ni jugak akak berkelah buat pertama kalinya kat Pantai Anyer…

Dari tak pandai berenang…imran dah pandai berenang kat sini…tiap-tiap minggu ke sini..jadi masa si ira ada…ira yang ajar imran berenang.

Dalam perjalanan ke bandung….masa ni ira masih ada lagi…

Tak lama kemudian datang satu lagi family….tapi anak-anak akak ni dah besar…tinggal kat malaysia aje…datang bila ada cuti sekolah….akak ana ni suka bagi macam-macam kat imran.

Sebab dia anak yang kecil sekali…jadi dia ni manjalah sikit…kadang-kadang mengada-gada..tapi dia cukup takut dengan abang-abang dia…


Anak nama imran ni..time baik…baik bebenor..time dia bad mood…aiiiii susah nak cakap…

Bila dah balik sini…imran dah masuk 6 tahun…jadi masuk pasti …kat situ ada mengaji dan akademik. Masa sukan tabika pasti si imran ni banyak pulak masuk acara sukan..sampai 6 kali…sebab ramai yang tak datang…yang bestnya dapat sampai 5 pingat…5 kalilah naik pentas.

Sekarang ni dia minat pulak lukis kartun..terutamanya shinchan…suka main…kalau nak suruh belajar susah kemain…geram akak di buatnya…

Sekejap aje masa berlalu….dah 8 tahun rasanya….agak-agaknya dapat tak akak tenguk dia kawin nanti…mak doakan agar imran berjaya di dunia dan akhirat. Jangan nakal-nakal ye..(pasal dia suka baca blog akak ni..)…suami akak pun ada tanya….dah tak kerja tak nak baby lagi ke?dia kasi can akak bersalin nanti boleh ambil epidural lagi….tapi…akak tak sanggup dah….tunggu cuculah pulak…

15 thoughts on “Kisah Si Imran

  1. kekdg saya tingin beranak kecil lg..tp tu la, x der rezeki lg..2 org tu jer la..umo lak makin meningkat…dah 9 tahun umo yg siadik…baby x jugak muncul2..huhu..tp imran mmg comey..besor nnti mesti ensem…

  2. kak ina..eh kita bersalin adam pun ngan dr zana kt hosp.naluri tu..sama thn ngan imran 2001 sept 15.kita pn guna epidural gak..punyala syok x sakit..menyesal lak rasanya x guna epidural masa bersalin sebelum2 tu..dr zana tu my senior MO nasa kt hkl sebelumtu..so kitorg mmg baik.apa2pn harap imran akan menjadi insan yg cemerlang lg budiman bila besar nnti..insyaallah..

  3. salam kak inaza suka baca kisah imran ni..kak ina tulis dengan begitu baik sekali.Semoga imran membesar jadi anak yang soleh dan berjaya..insya ALLAH ALlah panjangkan umur akak untuk lihat Imran besar🙂

  4. Selamat ulang tahun wat Imran. Semoga jadi anak yang soleh. Lewat sket arrr bukak blog kak ina. 2001? Sama tahun dgn anak saya Nabilah. Tp Nabilah 15 Nov 2001

  5. salam jasmeen…tulah..org yg nak anak tak dapat..org yg senang dpt..taknak pulak..tak apalah…bersabar ye..mana tahu kalau ada rezeki nanti dapat kembar..akak doakan ye…

  6. salam puan dc..rupanya satu tempat ye kita bersalin..tahun yang sama pulak tu…seronok pulak bersalin cara epidural ni..tapi dah malas nak mengandung lagi..tulah yang pertama dan terakhir…tapi nanti nak promote kat anak menantu pasal epidural ni..ina ada masa lagi nak tambah..pastu bolehlah guna epidural lagi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s