Flour Tortilla


Dah lama teringin nak makan tortilla…jejalan kat rumah anawahid http://waheedeana77.blogspot.com. ternampaklah pulak resepi ni kat rumah dia. Resipi asal kat Myr… by azareena … Tortilla ni memanglah ada jual kat pasaraya…tapi rasanya puas hati buat sendiri…akak copy & paste aje ye…tapi edit sikit-sikit..jangan marah ye ana dan tuan punya resepi…nanti kena jual….

Bahan-bahan ( 12 keping )

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 4 sudu besar vegetable shortening (boleh juga diganti dgn 3 3/4 sudu vegetable oil kalau tak ada shortening)-akak ganti dengan minyak zaiton
  • 1 1/4 cawan air suam

Cara-caranya
1. Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk.
2. Masukkan minyak/shortening dan gaul hingga sebati.

3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.

4. Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan setiap bahagian dan rehatkan selama 10 minit.

5. Canaikan doh hingga menjadi nipis (seperti buat chapati/paratha)

6. Goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan, lebih kurang 1-2 minit utk each side.

Siap untuk di gunakan..

Oleh sebab banyak yang tak ada-akak pandai-pandailah modified apa yang ada kat rumah …janji boleh makan..betul tak…bukan nak ikut betul-betul pun…

7.** Inti utk fajitas – grilled beef/chicken-akak tukar ke nugget ayam, pastu hiris tipis-tipis
* lettuce-salad
*salsa (tomato)

* guacamole (avocado)-tak letak pasal kat sini mahal bebeno
* shredded cheese-tukar slice cheese aje..
*sour cream-akak tukar ke mayonis campur dengan sos cili
*bawang besar holland di hiris bulat -utk hb…

13 thoughts on “Flour Tortilla

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s