cerita akak/anak-anak

Selamat Hari Jadi Ke 8 Tahun

Sebenarnya hari jadi muhammad imran ni jatuh pada 21hb. Januari bersamaan hari Rabu..dah masuk 8 tahun rupanya anak kecik akak ni (ye..ke yang bongsu)….tapi bila nak buat kek harijadi dia..teringatlah pulak dengan dengan athirah yang dah duduk kat asrama…bincang dengan suami dan anak-anak nak buat hari Jumaat bila ira balik cuti hari raya cina…tak bestlah kalau salah seorang tak ada.

Dari pagi akak dah buat kek span coklat ikut si nina-sweetlily kitchen..tokey kek …dah lepas bakar kena tunggu kek sejuk dulu..baru boleh deco….selama ni akak tak pernah lagi deco kek…..cuma buat ganache coklat aje…minta tolong yana bagi idea…

Oleh sebab si imran ni peminat setia Ben 10…akak pun carilah image Ben 10…pergi dari umah ke umah..terjumpa pula dengan blog puan amal.fotopage.
dia pun ada orang tempah kek Ben 10…akak pun ambil inspirasi dari dia aje…terima kasih ye Puan Amal. Memang salutelah sape yang pandai deco kek ni…bukan senang tau kerjanya….

Tenguklah macam mana lintang pukang akak paipkan aising kat tepi kek….kena gi kelas decolah nampaknya….Punyalah seksa nak buat gambar Ben 10..akak dan yana gelak-gelak tenguk kecomotan gambar tu..yelah…nak lukis kat plastik gunakan coklat cair…pastu nak tunggu kering…barulah boleh di tekap ke atas kek…lepas kena letak piping jelly pulak….banyak kerja ….tapi akak puas hati…tak lawa pun tak apalah…janji imran dapat kek Ben 10 dia….

satu..dua..tiga…potong….

aduh…sakitnya kaki Ben 10 telah dipotong..

KEK SPAN COKLAT

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • 120gm gula kaster
  • 1 camb ovalette – kalau tak de pun tak pe..
  • 80gm tepung gandum
  • 1tsp baking powder – kalau tak de pun tak pe.. kek tetap jadi..
  • 20gm serbuk koko
  • 65gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan


Cara membuatnya:

1. Dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar hingga putih menggunakan kelajuan maksimum..
2. Mesti kembang, pekat dan berwarna putih …. bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah..
3. Ayak tepung gandum , baking powder dan serbuk koko. Masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau sebati.
4.Terus masuk minyak. Putar perlahan hingga adunan bergaul rata dan sebati.
5. Bila adunan yang dah sebati, tuang dalam loyang berukuran 8″. Boleh la di bakar pada suhu 170’c – selama lebih kurang 30 minit api atas bawah..

*Kek yang dah siap.. masak je, terus hentak loyang tu, hentak perlahan je.. pas tu terus keluarkan kek dari loyang.. kalau biar dlm loyang nanti keknya kecut mecut… sejukkan atas redai..

Mula cadang nak buat buttercream guna creamwell…tapi dah tinggal sikit pulak creamwell tu…malas nak keluar beli lagi…akak guna resepi yang lagi satu…

Bahan-bahan

  • 250gm butter
  • 200gm shortening
  • 1 tin susu pekat – ikut kemanisan memasing


Caraku:
– putar sumer bahan hingga kembang.
– letak kaler dan leh hias atas kek…

Terima buat nina-sweetlily’s yang tak kedekut ilmu…dan puan amal nun jauh di utara….love you….

21 thoughts on “Selamat Hari Jadi Ke 8 Tahun”

  1. SELAMAT HARI JADI buat Imran…semoga membesar menjadi anak yang soleh…dan membanggakan ibu dan ayah….suka dia dpt kek coklat ben 10..Bertuah imran dpt ibu yang rajin buat kek

  2. salam k ina…eh,imran boleh tiup lilin dgn untie pija la…imran 21/1 ye, untie pija 24/1…oklah tu.tak jauh sgt date tu, heeee (K ina, nak kongsi kek boleh?haha)selamat hari lahir utk Imran.semoga mendapat keberkatan dariNYA…insyaALLAH…(k ina,sy mmg suka name IMRAN sbb ade history disebalik name ni hehe kisah dolu2…)

  3. wah pandainye akak deco kek walaupun first time deco kek tapi chumil sgt2…good job…bestla akak nie eaa..klu itew jadi imram pun itew suke sbb dpt mam kek dari air tangan mama dye..ngee~~pape2pun hapy belated birthday to imran…dan happy holiday jugak..

  4. happy birthday imran!!! moga panjang umor murah rezeki… saya pon suka jugak ben10. sila sponsor kek coklat gambor ben10 bila birthday saya ye. hehehehehe….

  5. huhuhu… sukernya imran tu ek kak ina. senyum sampai ke tinga gitu. hepi besday imran. semoga pjg umo, bijak, dan jd anak soleh 🙂

  6. kak ina,cantik kek tuuu..menjadi!Puas hati sebab buat sendiri.Imran patut syukur tu.Ada kak dan mak yang sungguh sungguh buat khas untuknya.hepi birthday Imran..err kat rumah ni ada budak yang akan umur 8 tahun jugak tau..ehmm.he he he he..

  7. salam hazlin..terima kasih diatas ucapan kamu..mcm tu anak kamu dan anak akak ada genglah…hairan ye apa yang ada dengan Ben10 tu…Ala…malu pulak bila kamu puji mcm tu..apa-apa pun terima kasih ye…

  8. salam fiza…satu bintang dengan imran rupanya…terima kasih sudi bagi ucapan kat imran…ada peristiwa di sebalik nama imran?agaknya peristiwa manis ke sedih?

  9. salam ashley..rupanya ada juga anak yang sebaya dengan anak akak…lelaki ke perempuan?skrg ni nak cuba memenuhi kehendak anak tentang hal makanan sahaja..klu hal yang lain kena pertimbangkan dulu ….

  10. Salam Kak Ina..Wah..pandainya K.ina deco kek ben 10..anak eiyda yg laki tu pun suka sesangat ben 10 tu..dvd,jam,baju semua ada..neway harap tak terlambat lg utk auntie ucapkan pd imran..Happy Birthday..Semoga membesar menjadi anak yg soleh, bijak dan semoga tercapai segala cita2..Amin..

Tinggalkan Jawapan kepada Jiya Batal balasan