Roti Arab


Dulu kalau buat roti arab selalu guna resepi sofinar…nak cuba pulak buat kak fiza dari myr punya resepi…sedaplah roti arab ni..ada orang kata kat luar jual sebiji mahal bebeno….tapi kalau buat lagi untung…bukan susah sangat pun…makan dengan kari daging yang tak habis semalam….kenyang sampai ke petang…maaf ye kak fiza..edit dan ambil gambar kak fiza sikit..lupa pulak nak snap..

Bahan-bahan ( 16 biji )

BAHAN A
  • 1 peket (11gm) yis mauripan
  • 1 sudu besar gula
  • 1/4 cawan air-akak gunakan air suam

BAHAN B

  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar marjerin @ mentega
  • 200 ml susu cair-akak gantikan dengan susu kotak
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Dscn0779

    Penyediaan yis (bahan A)

  2. Masukkan yis dlm mangkuk + gula + air suam dan kacau. Tutup dan biarkan sebentar. Yis yg elok ia akan berbuih.
  3. Dscn0778

    Tepung gandum + gula + garam + marjerin dan gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.

  4. Kemudian masukkan susu…..sambil tu tambah air sedikit-sedikit. Uli hingga jadi doh.

5. Doh harus lah lembut dari doh roti canai…….tak perlu uli hingga licin seperti buat roti-roti yang lain……tak mengapa jika adunan melekat ditangan, jangan di tambah tepung.
6. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
7. Selesai perap, tumbuk-tumbukkan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul. Bulatkan doh.
8. Ambil sebiji dan canai….jangan terlalu nipis….agak-agak sendiri lah ye..! kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung. Canai hingga habis.

9. bila selesai semuanya bolehlah digoreng. Semasa menggoreng simbah-simbahkan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung. Api jangan terlalu kuat sebab jika minyak terlalu panas roti tak sempat kembung. Time nilah yang best……..satu….

dua

tiga…..dah jadi….

9. Alih-alih kan roti dan masak hinga kekuningan….angkat dan toskan
Siap untuk dihidang.
10. Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging. Akak cicah dengan kari daging.
SELAMAT MENCUBA..!

5 thoughts on “Roti Arab

  1. mmg mengancam..tp yg lg mengancam..mangkuk itik tu…huuhuhuhcantik jugak kek ben10 tu…guna piping gel yek. halus kerjanya, kalau tangan saya ni, mau comot2..

  2. salam drNo…memang banyak yang berkenan dengan itik gembo-gembo tu..memang ter paksa guna piping gel..nak kata halus taklah jugak..first time mencuba….comotlah jugak bila di lihat dengan teliti…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s