Nasi Ayam-Ayam Bakar


Masak lagi nasi ayam…..kalau boleh kat rumah ni makan nasi ayam tiap-tiap minggu…tapi bila kenangkan si ira tu…rasa sedih pulak nak masak….kesian dia..makan nasi kawah aje kat sana…tapi kita tak boleh bezakan anak-anak kan…pasal yang lain semua memang duduk asrama dari tingkatan satu hingga 5…jadi masaklah jugak….boring ashik goreng ayam aje…akak bakar pula ayam tu….lagi berkhasiat rasanya…..

Kalau nak resepi cari kat label ayam ye……nak perap ayam akak guna sos yang sama….

Bahan-bahan untuk ayam bakar

1. 2 ekor ayam di potong 12
2. 5 biji bawang putih – di kisar
3. 2 inci halia – dikisar
4. 2 sudu makan mixed herbs
5. 2 sudu besar madu
6. 1/2 botol sos hickory bbq sauce
7. 1 sudu besar lada hitam kisar
8. sedikit garam

Cara-cara

  • Bersihkan ayam dan toskan.
  • Campurkan semua bahan dan tuang keatas ayam.
  • Perap 2-3 jam.
  • Bakar dalam oven suhu 200 C sampai ayam masak. Akak bakar nak dekat 1 jam…kena balikkan ayam tu..

Nilah sos yang akak selalu beli tu….beli masa belum boikot barangan yahudi tau…lepas habis ni tak beli lagi..beli sos yang lain pulak…

Adussss…meratah ayam ni….tak leh berhenti tau…

16 thoughts on “Nasi Ayam-Ayam Bakar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s