Sizzling yee mee

Bila taip resepi ni pun masih teringat-ingat lagi kesedapan sizzling yee mee…..dulu selalu makan kat giant taman permata….anak-anak panggil mee bangla..al maklumlah yang masak orang bangla…bila dah dapat resepi ni dari Lilydvalley dari myr tak adalah akak nak makan kat situ lagi….cubalah buat ..memang menjilat mangkuk….ha..ha..ha….gurau aje ye…..kalau dapat tuang atas hot plate lagi bagus…berdesir bunyinya….bila makan pada waktu sarapan pagi…berpeluh-berpeluh di buatnya…….akak c & p aje ye puan lily…tapi ada akak edit sikit….malaslah pulak nak menaip….

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih-dihiris nipis
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong serong-kalau nak pedas tambahlah lagi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • lobak merah-akak tambah-potong panjang
  • bunga kobis-akak tambah-potong kecil
  • sawi-akak tambah-potong kecil
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik minyak bijan-akak tak letak..suami dan anak-anak tak suka bau dia…
  • 1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayuran yang lain- tunggu 2-3 minit.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2…
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s