Jalan-jalan ke museum

Walaupun dah lama pergi ke sini..akak nak masukkan jugak..untuk kenangan…peduli apa orang nak kata…janji akak happy…

Masa duduk jakarta dulu akak tak pernah teringin nak pergi ke muzium di sini..tapi bila adik datang tahun 2006…dia ajak jalan-jalan ke situ…salah satu yang kami pergi ialah di Muzium Fatahillah…jauh betul dari rumah akak. Ejaan muzium kat indonesia museum.

Pemandangan dari tingkat atas muzium…dataran kat depan muzium..

Masa ni ambil di pintu masuk muzium.

Nak masuk ke sini kena bayar..tapi tak mahal…masa time tu dalam RP2,500..lebih kurang 0.90sen duit malaysia..yang seronok tu tenguk barang-barang jati…semuanya jenis yang lama..

Museum Fatahillah ni juga di panggil Museum Sejarah Jakarta atau Museum Batavia..letaknya di Jalan Fatahillah, Jakarta Barat..

Geram betul tenguk perabut jati lama ni…masih cantik lagi tau…berkenan dengan ukiran kat katil tu…

Tenguklah ukiran bidai yang besar ni…

Muzium ini dulu adalah Stadhuis atau Balai Kota, yang dibangun pada tahun 1707-1710 atas perintah Gabenur Jenderel Johan Van Hoorn. (akak ambil dari wiki)

Bangunan muzium ni serupa bentuk dengan Istana Dam di Amsterdam , terdiri atas bangunan utama dengan dua sayap di bagian timur dan barat serta bangunan sanding yang digunakan sebagai kantor, ruang pengadilan, dan ruang-ruang bawah tanah yang dipakai sebagai penjara. Akak ada pergi ke belakang muzium tenguk penjara tu..tapi tak teringat nak ambil gambar…penjara tu lebih kurang macam rumah kg di muar…bawah dia berpagar tapi pagar besi… yang ni lagi rendah lantai bangunan …..kalau jalan kat bawah penjara tu kena membongkok….

Pada tarikh 30 Mac 1974 gedung ini kemudian diresmikan sebagai Museum Fatahillah.

Kat dalam muzium ini ada beberapa peninggalan sejarah kota jakarta (Batavia) seperti kapak batu, lukisan Jan Pieterszoon Coen berasal dari Hoorn(Belanda), satu set batu timbangan mata wang real, perabut meja dan kerusi yang digunakan oleh Pemerintahan Hindia Timur.(pun ambil dari wiki–tak ingat nak catat dalam buku pun masa tu)

Yang banyak kat dalam muzium ni lukisan dan perabot jati.

Ni lukisan sape tah..tak baca pulak sape dia…

Adik akak bergaya depan arca…

Masa nak balik adik ipar ambil gambar depan pintu masuk muzium..anak dia dah start nak melalak…

Masa nak balik ambil gambar kat meriam di depan muzium…

Panas betul cuaca masa kami pergi ke situ…..lepas tu kami pergi ke satu lagi muzium…dekat aje..cuma seberang jalan aje…

nanti sambung lagi….

One thought on “Jalan-jalan ke museum

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s