Laksa sarawak

Pergi rumah dayang kek lapis dah lama dah..masa tu akak terliur tenguk kek lapis dia..siap pergi rumah dia kat rawang…….dia bagi akak pes laksa sarawak.tapi akak simpan lama bebeno….tunggu anak-anak semua balik barulah nak cuba masa…se umur hidup tak pernah makan laksa…terpaksalah cari dalam myr..dapat resepi dari sherry mz….maaf ye tuan punya resepi…akak edit sedikit……….resepi ni untuk 10 orang tapi akak buat separuh aje…tapi akak tak berani bubuh sambal cili api tu banyak-banyak..nanti ashik gi bilik air aje…


Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 200gram pes laksa (1 bungkus)
  • 1 bungkus Bihun
  • 2500gram udang basah
  • 2 ketul dada ayam
  • 250ml santan pekat
  • 4 biji telur ayam-dadar
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam, gula & msg secukup rasa-akak letak garam aje

  • BAHAN TAMBAHAN
  • 500gram tauge
  • Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)-tak letak
  • Limau kasturi @ lemon


SAMBAL BELACAN

  • 15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
  • Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)-akak guna belacan melaka
  • Sedikit air perahan limau@lemon-guna limau kasturi
  • Garam & gula-akak bubuh garam aje..

Cara-cara

Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon.

Cara-cara

  1. Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
  2. Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
  3. Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.

  4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
  5. Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.
  6. Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
  7. Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.

CARA2 MENGHIDANG LAKSA SARAWAK

  1. Ambil sedikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.

2 thoughts on “Laksa sarawak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s