Carrot Cheese Cake

Bila pergi kat umah amal fotopage…geram pulak tenguk kek karot berkeju ni..excited nak buat…stok pun ada lagi….projek hari minggu…puan amal kata dia ambil dari rumah mamafami dan mamafami ambik dari rumah nina…jauh jugak ye dah berjalan resepi kek ni…

Bahan A

  • 125gm cream cheese-dilembutkan pada suhu bilik
  • 150gm mentega-dilembukan pada suhu bilik
  • 230gm gula castor
  • 5 biji telur

Bahan B

  • 230gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder-ayak kedua-duanya

Bahan C

  • parutan lobak merah-perah dan buang airnya
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya

1. Panaskan oven pada suhu 170C.
2. Putar bahan A sehingga menjadi sebati dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga ia gebu.
4. Tuangkan bahan B sedikit demi sedikit menggunakan kelajuan perlahan sahaja.
5. Masukkan parutan lobak merah dan esen vanilla dan gaul sebati.
6. Bakar secara ‘bain marie’ (loyang kek dalam bekas berisi air) selama 60 minit atau sehingga kek masak bergantung kepada oven masing-masing.
7. Sejukkan sebelum di potong.



Posted in Kek

13 thoughts on “Carrot Cheese Cake

  1. Assalamualaikum kak ina. Hai… waktu rehat gini kalau jalan rumah org ni mesti ada benda yang menambahkan kelaparan ni. Sedapnya kek tu… hulur la sikit kat sini kak. Nak buat tak reti… tgk bahan pun dah ada yg tak kenal, huhuhu

  2. K Ina, bak mai skettt… nak wat, sampai arini tak jumpa cream cheese.. merata daku cari.. yg spreadable jer ada.. mek2 arab nie tak reti wat cheesecake ker? ke dia pakai nama lain kat sini? adoyaii..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s