Lala Masak Santan


Ikan sekarang ni mahal bebenolah…tak menasabah harganya…ikan sardin RM12 sekilo..baik beli ayam ataupun daging…akak bosan pulak ashik makan ayam dan daging ni…beli lala…sedap pulak..dah lama tak makan….

Bahan-bahan

  • 500gm lala
  • 1 sudu makan udang kering-rendam dengan air
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar-hiris halus
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan santan pekat
  • 2 batang serai di titik
  • 1 helai daun kunyit di carik-carik
  • Minyak dan garam secukupnya

Cara-caranya

1. Rendam lala dalam air bersama garam..biarkan 20 minit sehingga lumpur keluar. Bilas bersih dan toskan.
2. Tumbuk udang kering bersama bawang putih.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang telah di tumbuk bersama serai.
4. Apabila naik bau, masukkan pulak cili kisar dan tumis sehingga cili masak. Kacau selalu. Masukkan garam sedikit.
5. Masukkan lala dan kacau sebati…apabila lala masak masukkan pula santan bersama daun kunyit dan hirisan bawan besar. Biarkan dalam 5-10 minit barulah di padam api..
6. Siap untuk di makan.

3 thoughts on “Lala Masak Santan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s