Rendang daging


Kadang bosan tau ashik resepi yang sama aje…lepas gi rumah member-member cyber akak teringinlah pulak nak cuba resepi dari fp rinnchan.terima kasih ye..tapi akak edit sikitlah..jangan marah ye…..nak rasa apa kelainannya….kalau nak diikutkan resepi rendang lebih kurang sama aje..cuma ada resepi yang ada penambahannya..

Bahan-bahannya

  • 300gm daging lembu di potong dadu
  • jus air asam jawa-akak letak 1 sudu makan
  • garam dan gula (akak tak letak gula)
  • kerisik secukupnya-akak letak 1 sudu makan
  • 1 cawan santan pekat- dalam resepi asal tak letak
  • 2 helai daun kunyit
  • minyak secukupnya

Bahan untuk di kisar

  • 5 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • 10 biji tangkai cili kering-di potong dan rendam air..akak rebus dulu..baru blender
  • air secukupnya untuk mengisar

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar.
2. Masukkan daging dan biarkan sebati.
3. Masukkan santan dan kacau selalu dengan api yang sederhana.
4.. Apabila daging empuk masukkan pulak air asam jawa dan garam.
5. Teruskan mengacau sehingga kuah pekat baru masukkan kerisik.
6. Setelah agak pekat barulah di masukkan daun kunyit yang di hiris.
7. Tutup api dan bolehlah di hidangkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s