daging

Masak lemak cili api perut tembusu dan nangka

Sebenarnya dah masak lauk ni lama dah..tapi lupalah pulak nak masuk dalam blog..masakan orang negeri sembilan memang tak pakai bawang baik bawang kecil atau bawang putih….ada orang kata tak elok makan organ dalaman ni..tapi tak apa…sekali-sekali…aduh kalau masuk cili api bebanyak boleh gi ke bilik air aje tau….

Bahan-bahannya

  • 200gm usus lembu (perut tembusu)
  • 10-15 biji cili api kampung (nak pedas tambah lagi)
  • 1 pelepah nangka (1/3 dari sebiji nangka)
  • 300ml santan pekat di campur dengan 150ml air
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai di titik
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 keping asam keping
  • garam secukupnya

Cara-caranya

1. Potong usus lembu anggaran 1-1 1/2 inci dan rebus sampai lembut.Toskan.
2. Siang nangka dan rebus sampai lembut. Toskan.
3. Tumbuk cili api bersama halia, kunyit hidup, garam dan serbuk kunyit.
4. Masukkan ke dalam periuk bersama perut tembusu yang telah lembut.
5. Masukkan santan dan serai dan masak sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
6. Masukkan nangka, garam dan asam keping.
7. Perasakan garam dan bolehlah di tutup api..

6 thoughts on “Masak lemak cili api perut tembusu dan nangka”

  1. Salam dan wksalam. Haritu datang rumah kakpah ye. Sedap nampak masakan tu. Nampak masakan ni teringat satu peristiwa di Paya kumbuh tiga tahun lepas. Di rumah seorang saudara kami dijamu dengan lauk perut campur nangka masak cara padang. Tiga jam lepas tu semua yang makan sakit perut termuntah-muntah. Rasanya, perut yang dimasak tu tak dicuci bersih-bersih. Lepas tu anak beranak jeran dah nak makan lauk perut ni.

  2. Ina…terliurnya tengok perut lembu tu…Feveret anie tu…tapi dah lama tak masak sebab cik abang tak boleh makan bende2 dalam….ada gout…Dulu masa adik bongsu kawin kitorang masak perut lembu dgn nangka…memang sedap…tapi lepas tu semua kene cirit birit…mungkin sebab perut tu dia tak cuci bersih ada kesan2 kapur lagik…tapi tak serik makan sebab sedap

  3. Adoiiiiiiiiii!!!kak! kau kijam kak! kijamm!!!feberet aku ni kak. organ2 dalaman pon mmg peberet aku. huhuhu..;e;agi pewot tembusu masak lemak cili api. adohaiiii..sedapnye!!!

  4. salam kakpah…terima kasih datang kat sini…tak tahulah pulak ada yang kena sakit perut sampai termuntah-muntah….keracunan agaknya..mungkin dia org tak cuci bersih-bersih..apa nak buat….kalau masak sendiri lagi bersih…

  5. salam aNIe..dah kena gout ye..memang kalau org lelaki dah ada gout banyak pantang larangnya….tapi hb aNIe selalu gi oversea..masa tu bolehlah kamu cuba masak…ajak sha sekali makan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s