ira pindah sekolah

Akhirnya ira masuk jugak ke sekolah agama menengah rawang..tu pun puas pujuk dia…kalau nak diikutkan dia tak nak berpindah ke sekolah baru…dia dah dapat ramai kawan…dan di sebabkan itulah akak tak dapat nak duduk depan pc ni…sibuk uruskan hal dia..balik rumah dah penat sesangat…

Lepas suami akak jumpa dia pada petang hari isnin dan suruh dia call rumah bagi keputusan samada nak masuk ke tidak ke samrs ni….dia tak call langsung..akak tunggu sampai pukul 11.30 malam..hati ni tertanya-tanya….agaknya dia tak nak pindah sekolah kot?

Pagi selasa pun dia tak call..akak risau jugak..mungkin dia tak nak kot?tapi akak dah tekadkan hati nak hantar jugak dia ke sana…..lepas hantar imran ke sekolah..akan terus pergi ke sekolah samrs ni…

sesat jugaklah nak pergi ke rawang…itupun tanya kat stesyen minyak….bila dah masuk ke simpang yang betul akak terbebas pulak sampai ke perumahan tun teja…(kalau tak silap)…kebetulan jumpa pulak dengan dengan seorang ibu yang bawak anak yang pakai baju tadika…
tumpang tanya…mana sekolah agama rawang……
ya ibu….ibu sudah pergi jauh ni…… tadi ibu jumpa pondok satpam..langsung masuk aja disitu..
laa orang indon rupanya…nasib baiklah akak tahu ngomong indon….
terima kasih ya bu…

pusing balik….tak lama nampak pondok pengawal….minta kebenaran masuk ke sekolah…terus ke pejabat…dan minta borang-borang yang perlu diisi….lepas tu minta keizinan nak melawat persekitaran asrama dan sekolah….

jalan-jalan kat situ …tak tahu yang manak satu asrama putra dan mana satu asrama putri… …tanya dengan seorang tukang kebun……
salam…boleh tumpang tanya…..mana satu asrama puteri…..
sinilah asrama puteri dan sana asrama putera….makcik boleh parking kat sana….

lepas parking minta kebenaran nak ambil video tentang persekitaran asrama….baru tahu tukang kebun pun orang indon jugak……

bagus ngak sekolah ni bapak….(speaking indon lagi)
ya bagus….sini banyak yang sambung belajar di negara mesir……

wah pandai pulak bapak indon ni…macamlah dia tahu pasal sekolah ni…akak berborak kejap dgn dia…

dah ambil video dewan makan dan asrama puteri..akak beredar gi pulak ke dewan dan ke kantin sekolah..kat situ pun ambil video….jumpa pulak dengan pelajar tingkatan 5 dan tanya lagi berkaitan dengan sekolah ni….dari segi sampai mana tahap yang boleh pelajar sampai bila dah habis tingkatan 5.

terus pulak pecut ke sekolah ira….dah sampai akak minta kebenaran jumpa dia….tanya dia
kenapa tak call mak….
tak boleh callah…kakak-kakak tak kasi……
cakap ajelah ada hal penting….mak ni tertunggu-tunggu tau…besok dah nak daftar..kalau nak cakap nak…
rasa-rasanya nak….tapi kawan-kawan tak kasi…..
kenapa pulak nak dengar cakap kawan…dengar cakap mak dah ayahlah…cuba tenguk video ni dulu….lepas tu fikir..mak nak ke pejabat sekolah…tapi sekolah ni….bla…bla….bla….

akak bagi kamera kat dia…

sampai kat sekolah…kerani tu kata kena tunggu pukul 11.00 pagi…cikgu petang belum datang lagi..masa tu baru pukul 10.00 pagi….malas nak tunggu akak gi balik ke asrama…..
macamana…nak tukar sekolah ke tidak? ustazah sastina kata sekolah ni lagi bagus tentang agama…irakan minat nak masuk sekolah agama…..
akak pun …..bla….bla…..bla…..

kebetulan ada 2 orang lagi member dia yang nak tukar ke sekolah yang sama…
lelama dia setuju…akak jumpa ketua warden dan minta potong nama dan kebenaran nak keluar asrama….dan juga minta kebenaran nak tolong kemas barang….lupa pulak nak bawak beg besar….terpaksa jumpa dengan orang kantin…orang indon jugak…..apa pasal sekarang ni merata-rata orang indon…..

antara kawan-kawan yang agaknya tak bagi dia pindah sekolah…

dia kawan dari sekolah rendah lagi…


lepas kemas barang suruh dia salam dan ambil gambar dengan member dia yang nak makan tengahari……menangis jugaklah dia…kan dia ni budak cembeng….

selepas dah angkut semua barang ke kereta…akak terus pulak ke sekolah balik…nasib baik cikgu petang dah ada dan dah keluarkan fail peribadi….borak kejap dengan guru kelas ..guru kelas dia rupanya lepasan dari sekolah tu jugak…akak pun tanyalah macamana keadaan sekolah dan pelajaran apa yang di ajar di sekolah tu…..lepas pulangkan balik buku teks dan bersalam dengan guru kelas dan terus pergi ke pejabat suami…nak ambil duit…nak beli barang lagi…

lepas jumpa suami …makan di kg baru..lapar.. dari pagi…alas perut dengan air kotak dan roti inti kelapa aje…lepas makan terus balik ke rumah suruh anak dara akak isi borang dan hantar nasi bungkus…terus pergi beli baju t-shirt labuh paras lutut, mini telekung, kain hijau, stokin hitam….habis beratus-ratuslah jugak…nasib baik baju sekolah lama tu…tuan punya kedai nak jahitkan cekak kat tangan..tapi kena ambil lepas pukul 5.00 petang…..pakai yang tu ajelah…cuma beli baju lagi satu….

balik rumah kejap..solat terus hantar yang kerja dan akak nak buat medical check up untuk ira..lepas tu ambil gambar…beli kasut hitam….dah selesai gi pulak ambil si imran…..tenguk baru pukul 4.30 petang….ajak gi taman permainan yang berhampiran dengan kedai tu…lepas pukul 5.00 terus gi kedai ambil baju yang dah siap.

sampai rumah dah 5.00 lebih…aduh barulah terasa penat giler…nasib baik mak bagi semangkuk lauk…..goreng sayur dan ikan…suruh ira basuh benda yang baru di beli dan suruh dia kemas barang yang nak bawak ke sekolah baru…..malam tidur cepat…

2 thoughts on “ira pindah sekolah

  1. Akhirnya ke sana juga ye si ira ni.. ;)mmg ai duk kat tmn tun teja tu la. eh, leh la suh si ira lepak2 kat umah aku kan kak? (ewahhh, melepak pulak!..org nk blajar..keh keh).Ade rezeki nnt boleh kita jumpa. boleh ai masakkan kan mee sop sempoi tu.Utk ira, semoga menjadi lebih cemerlang ye dek..eh..nak..eh, dek la..(pasan muda jap) ;PInsyaallah, AMIN!

  2. salam ai…mana boleh dia keluar ai..cuma ibubapa boleh melawat hari sabtu dan ahad aje..kamu pun memang awet muda..bolehlah ira panggil sister…semuga doa kamu menjadi kenyataan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s