Perjumpaan member myr di klcc

Semalam hari yang menggembirakan buat akak…member-member myr buat perjumpaan di klcc…sebenarnya kami semua nak meraikan puan nor dari kuala terengganu yang nak hantar adik ipar dia sambung belajar di maktab perguruan cheras…nor duduk di de palma hotel di jalan ampang…sebelum tu buatlah kek apple…suruh anak dara akak buat….akak nak masak untuk makan tengahari…suami akak malas nak join…

kali buat pakai cawan kertas…nanti senang nak makan…tak payah nak potong-potong…dalam resepi kek epal kan pakai tepung gandum…oleh sebab tepung gandum dah habis..akak suruh yang pakai aje tepung naik sendiri…tapi hasilnya tak memuaskan hati…kek mcm merekah pulak bila dah masak…lain kali akak tak nak pandai-pandai tukar tepung…kena ikut resepi jugak…

Perjumpaan tu mula dalam pukul 2.00 petang…tapi akak datang lambat sikit..sebab hantar barang si ira di asrama dia dulu..keluar dalam pukul 2.00 petang dari rumah…oleh sebab nak cepat sampai akak dan russhdi ikutlah jalan lebuhraya duke tu..keluar dari rumah akak memang dah jumpa jalan nak naik ke lebuhraya tu….buat masa ni kan tak payah bayar tol lagi….tapi kami sesat pulak..sepatutnya turun kat jalan semarak..tapi turun kat jalan air panas, setapak..akak dah panik…eh..eh….akak memang tak pernah sampai kat jalan ni…..kami tak jumpa jalan nak keluar balik..takkan nak naik balik kat lebuhraya tu…nanti sampai balik ke jalan karak……jalan punya jalan sampai kat kuarter polis air panas…..
assalammualaikum tuan….macammana nak keluar ke kuala lumpur….
cik pusing dulu kat dalam….ikut kereta depan tu…dia pun sesat….

lepas u turn..akak tanya balik…

tuan..nak keluar ke kuala lumpur ikut jalan mana…..
ni kat kuala lumpurlah ni...jawab polis tu sambil tersenyum-senyum….dalam hati akak kata…isss..loyar buruk pulak polis ni….
puan nak ke mana…..
akak nak ke kg bharu, kuala lumpur….
okey…akak keluar balik jalan ni…nanti jumpa traffic light…lepas tu pusing ke kiri..nanti jalan terus jumpa jalan genting kelang dan terus lagi jumpa bulatan pahang….
terima kasih tuan…

dalam kereta akak membebel kat russhdi…
tulah…ingatkan nak cepat….langsung jadi lambat…..

keluar dari situ…kami ikut jalan yang di katakan tu…jumpa traffic light..sampai kat situ..
akak dah tahu jalan..o…rupanya jalan kat sekolah tinggi setapak…dari situ ..akak dah tahulah jalan…rupanya jalan air panas….akak ikut jalan nak ke jalan semarak…tak ikut jalan genting kelang tu..takkan nak pusing balik ke sana….lagi jauh rasanya..kena tempuh pulak jalan setapak dan bulatan pahang…..malu je kan….duduk kat kl pun boleh sesat….

sampai kat asrama ira dah dekat pukul 2.45 petang…jumpa dia pun sekejap aje…bagi duit dan buku yang dia suruh beli….lepas tu terus gi ke klcc…sampai kat sana dah nak dekat 3.00 lebih…dari jauh lagi dah nampak member-member yang dah datang….akak sampai saing dengan kakyu…nasib baik akak bukan orang yang terlambat sampai…ajak russhdi join dia tak nak…malu katanya…dia balik rumah lepas hantar akak..

bila mak-mak dah jumpa…riuh rendahlah jawabnya….selepas bersalam-salaman…si imran tak sempat-sempat nak mandi……..suruh dia tukar baju…lepas tu terus berendam…

mandi tak ingat nak naik…sampai kecut jari tangan dan kaki…lepas tu baru terasa lapar..

macam-macam makanan yang di bawak oleh member-member ni…tenguk tu si zie dan siti fadillah dah nak makan…si lily sibuk dengan anak dara dia….

izah yang baju biru dan kak intan..member paling senior setakat ni kat myr…

si bee sibuk melayan anak kecik dia…tapi rajinlah si bee ni…siap buat rojak pasembor dan bawak tong berisi air….mula-mula duduk kat tepi kolam..

kakyu datang dengan suami dan power rangers dialah…si masz tudung purple..bakal besan tau…tak habis lagi bercerita ceriti…syok-syok makan tenguk cuaca dah lain macam….tenguk hujan macam nak turun kami semua pindah ke pondok yang ada kat situ…takut nanti kelam kabut bila hujan turun…

sambung balik makan dan berborak kat pondok…ya allah kami ashik tergelak aje dengar celoteh kakyu yang pegang kamera tu…

Masa sessi bergambar si kakyu ni ashik buat joke aje..tenguk tu semua tergelak dibuatnya…

masa ni barulah okey…suami puan nor yang ambil gambar..akak tumpang sekaki suruh suami kakyu ambilkan..puan nor yang bercermin mata dan pakai tudung merah dan anak ipar yang nak sambung belajar yang berdiri di sebelah kiri…

tengah seronok berborak-borak suami akak dah call…dia nak jemput akak dalam pukul 5.30 petang…ingatkan nak balik lambat sikit…cadang nak naik putra lrt sampai taman melati..nanti russhdi jemput kat situ….akak terpaksalah bersalam-salaman dengan mereka semua…sampai kat depan masjid klcc dia dah pun sampai….si imran merajuk pasal akak balik cepat…dia tak dapat nak main kat taman permainan dengan anak-anak kakyu..

Nilah ole-oleh yang akak dapat..malunya..akak tak bawa apa-apa pun…terima orang kasi aje…potpuri, buku nota dan key chain..nor bagi…..fm tu si masz bagi dan mangkuk kecil tu puan ton yang bagi…

buat member-member myr terutama puan nor…maaflah jika ada yang tersinggung atau pun terasa bila kita borak-borak tu…insyallah nanti kita jumpa lagi…

12 thoughts on “Perjumpaan member myr di klcc

  1. sonoknyer kak ina!!!betul kate si ai tu..dia geng2 m.com kami la..kahhh..lame x gather2 gini..windu lak…heheh..sonok nyer gath myr..mesti semua masak sedap2..huhuh..sya pun slalu gak try masakan dari myr tu..x mengecewakan..mantapp..

  2. eeee..bestnya dpt kumpul ramai2.lama dh x lepak2 ni time muda2 dulu ble la lepak ngan kwn2 tp skang ni dh kawen x penah pun.tambah plak skang ni merantau lg la xde member.tp membe2 myR ni dh tittle akak2 kot sbb semua senior2.tp seronok laaaa.. hopefully lenkali ble join.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s