Sayur kailan sos tiram

Kat rumah ni sayur yang selalu akak goreng sayur kailan…ala…bukan susah nak masak sayur kailan ni kan…semua orang boleh buat.

Bahan-bahan

  • 1 ikat sayur kailan(selalunya RM1.00)bersih dan potong
  • 1 biji bawang holland dibelah 4
  • 2 biji bawang putih di cincang halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu teh kicap pekat
  • sedikit ikan kering keropok (entahlah org lain panggil apa..)
  • sedikit air
  • minyak dan garam secukupnya

Cara-cara

1. Tuang minyak dan goreng ikan kering dulu. Toskan dan di potong dengan gunting nipis-nipis.
2. Gunakan minyak yang baru dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan pula bawang holland diikuti dengan sos tiram dan kicap pekat. Masukkan sedikit air.
4. Masukkan sedikit garam…jangan banyak nanti kerna sos tiram dah masin..kalau tak letak pun tak apa…tumis sehingga sayur layu sedikit. Kalau masak sayur terlalu lama..hilang pulak khasiatnya.
5. Tutup api dan taburkan ikan kering tadi dan terus dimakan.

7 thoughts on “Sayur kailan sos tiram

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s