Roti Nan Lagi

Dulu masa akak tak join lagi myr akak ni tak pandai buat roti tau…masa muda-muda buat roti ikut resepi dalam majallah ataupun suratkhabar…mana ada komputer dan internet masa tu…gaji suami akak masa tu kecil bebenar..duit gaji lepas untuk makan dan sewa rumah aje…kalau ada duit dapur lebih baru akak cuba buat roti……bila ikut resepi kat situ…jadi memang jadi .tapi semuanya keras kematu…kalau baling ke dinding boleh pecah tau….

sekarang nilah baru pandai buat roti ni…oleh sebab akak tak ada bread maker (mesin uli roti) akak guna mixer biasa aje…gunakan penguli yang bentuk cangkuk tu…tapi pakai mixer ni tak boleh uli lama…nanti bau hangit motor dia….akak uli doh sampai mesin tu rasa panas sikit ..akak stop dulu dalam 5-10 minit..masa tu buat dulu kerja lain…lepas motor mixer dah sejuk baru uli balik…ulanglah dalam 2-3 kali…insyallah jadi…

alamak panjangnya membebel…sarapan pagi tadi buat lagi roti nan….uli dulu dalam pukul 6.00 pagi…dah siap pergi pasar dulu…balik dari pasar..doh dah naik 2x ganda…bolehlah di bakar dalam pan…cicah pulak dengan balance kari daging semalam….kalau nak resepi cari balik dalam label roti….selamat mencuba………

akak guna mixer yang ini aje….lepas ni sape ada mixer mcm ni bolehlah cuba buat roti ye…tapi tepung roti tu setakat 500gm aje…kalau lebih takut tak boleh gerak nanti mixer tu….kalau nak buat banyak…buat 2 kali…itu kalau rajinlah….

4 thoughts on “Roti Nan Lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s