Kisah mak..dah habis tau..tak ada sambungan lagi

Aiseyman ….lupa lak nak sambung cerita tentang mak akak yang di sayangi tu…

Dalam gambar ni ada seorang kawan baik mak yang menaniaya mak sampai mak di buang kerja..kesian mak kena tuduh……tapi tak apalah…..bila kami pindah ke kampung padang balang ni….mak terjumpa balik orang yang buat mak tu…dia masih lagi bekerja cari duit nak makan…sedangkan mak dah boleh berehat…

masa mak berhenti kerja kami masih sekolah menengah lagi. Oleh kerana abah gaji tak banyak mak kena bantu abah dan mak terpaksa ambil upah mengasuh anak jiran dan anak mak ngah kasmah yang duduk sebelah rumah…mak dan ayah dia kerja … jadi dia suruh mak jaga anak dia 2 orang…. mak ada juga jaga lagi 2 orang anak jiran….tapi tak lama….sejak ibubapa mereka pindah mak tak pernah mereka lagi. Mak ni memang suka dengan budak-budak..masa mak jaga anak jiran tu…sampai dia tak nak balik rumah mak ayah..nak tidur kat rumah kami.

Nilah anak mak ngah kasmah yang mak jaga dari kecil lagi..si amril…..sekarang ni dah jadi taukeh besar….
Tiap-tiap pagi raya mesti dia datang jumpa mak…dia rindu dengan masakan mak…

Anak pak ngah hamid dan kasmah yang mak jaga..amril dan lina….masa mereka kecil…..nak main air agaknya si amril tu…

Masa ni mak mengandungkan adik bongsu….si amril ni mesti mengekor mak ke mana-mana..mak pernah jugak berniaga nasi lemak…tapi duduk kat kg mana ada sangat orang nak beli….

Ni jiran akak..orang terengganu…amril dan lina…lina duduk atas riba adik akak…amril pulak duduk kat riba anak jiran….sekarang ni akak dah lost contact dengan cik wan sekeluarga….mereka suami isteri dah pindah ke terengganu…

Mak bersama keluarga wak kusen….akak masa kecil mengaji dengan anak dia…kak sabariah…mereka masih tinggal di kampung puah….kdg-kdg gi jugak melawat…

Mak sibuk melayan tetamu masa akak sambut hari jadi yang pertama kali dalam hidup akak…jadi agak ramai jugak orang yang datang….meriah betul masa tu…

Mak kat kg abah di alor gajah melaka masa perkawinan adik perempuan abah…oleh sebab mak ni pandai ambil hati ayah dan mak abah…mak di terima dengan baik selepas tu…yelah..mak menantu sulung…adik beradik abah ramai…bila mak balik kampung mak selalu tolong puan(wan) dan masa tu mak kerja..mak selalu salam kaup…bagi mereka duit…

Nilah arwah puan dan atok…lepas puan meninggal atuk terlantar sakit…agak lama jugak sakit…sampai tinggal isi dengan kulit…al fatihah untuk mereka berdua…

dalam tahun 1980an…tak ingat pulak tahun berapa mak mengandung adik yang bongsu..nak buat macam…rezeki dah tuhan beri….

Oleh sebab dewan bandaraya nak besarkan sungai kat belakang rumah akak….mereka suruh kami berpindah ke rumah pangsa dbkl di gombak setia….sedih tau nak tinggalkan rumah kat kg puah ni..tempat kami bermain kat sungai..tempat abah bela ayam..tempat abah tanam sayur dan yang paling sedih tu..kena bagi bunga orkid abah kat jiran yang masih tinggal kat situ….nak buat macam mana….terpaksa…..oleh sebab rumah pangsa tu kecil….banyak barang yang kena tinggal..

termasuklah batu giling….bila sebut batu giling ni…teringat dulu masa sekolah menengah akak dan kakak sulung terpaksa menggiling cili bila mak nak masak sambal ataupun masak asam…lagi best rasanya cili pakai batu giling ni…tapi duduk di rumahpangsa tak bolehlah nak menggiling…nanti jiran-jiran atas bawah bising…abah banyak jual lelong barang seperti almari dan sofa…sedih tau nak tinggal tempat akak membesar ni…..masa pindah ni…kami bertiga dah bekerja…masa duduk kat sini…semua ruang terhad…sanak saudara nak datang pun payah…ruang tamu kecik sangat…kalau nak buat baca yassin ataupun kenduri pun payah…nak buat macammana…kenalah terima hakikat sebuah kehidupan…abah tak mampu nak beli rumah….gaji abah kecil….sewa kat sini RM124 sebulan..

Mak bersama jiran satu tingkat…kami duduk kat tingkat 3…sebelah kiri tulah jiran sebelah rumah akak yang kata anak dia pun nakkan akak bila akak dah kena risik…dah tak jodoh…..kalau tidak jadi isteri cikgu…hi..hi…hi…

Mak memang suka memasak…kalau kenduri kecil-kecilan…tak payah panggil orang lain tolong….kami anak beranak aje yang buat….tapi dah duduk rumahpangsa ni..kawasan terhad…kenalah masak kat balkoni….bandaraya ni kelentong kami tau…mula-mula katanya kalau dah menyewa lebih dari 10 tahun…bayaran sewa di bayar setiap bulan…nanti dbkl nak jual rumah ni…tapi habuk pun tarak..

Mak kat rumah arwah mak mertua masa majlis bertandang di batu 29, tangkak, johor.

Mak kat pulau langkawi…pergi dengan akak sekeluarga dan adik lelaki yang baru kawin..masa ni akak dah beranak tiga….kami tak tidur kat pulau langkawi tapi tidur kat hotel di perlis..

Mak bersama adik ipar yang paling mak kamcheng….mak itam gayah…dah arwah dah..al fatihah…meninggal masa akak di jakarta…suami dialah yang paling banyak membantu abah masa abah tak ada duit nak sekolahkan kami…masa ni suami dia kerja dengan mara….sekarang ni suami dia dah kawin lain….pasal suami dia dah tak berapa sehat…

Nilah kawan-kawan baru mak di rumah pangsa ni…mak aktif masa duduk kat sini..mak jual kain, pinggan mangkuk dan barang kemas..selalunya mak ambil kain kat kota bharu, kelantan…dapatlah mak duit lebih sikit…

Walaupun rumah kecil tapi di sinilah akak bertunang…..

kat sini jugaklah akak selamat menjadi seorang isteri..

dan se orang ibu….tenguk muka mak tu…garangkan…skrg org kata muka akak pula garang..ikut mak kot…

Mak bersama arwah mak mertua dan adik akak….yang lain adik ipar…masa ni akak tinggal di tampoi , johor…

Mak bersama akak di rumah pakcik zakaria di singapura…beliau pun dah meninggal..al fatihah…

Mak dan abah masa nak gi ke pulau besar di mersing, johor…family akak dan family adik lelaki pun join jugak…abah yang belanja..lepas dapat epf….kami manalah mampu masa ni…gaji suami akak kecik…kami tidur kat hotel di mersing..masa nilah kereta adik akak rosak dalam perjalanan ke mersing dari kuala lumpur…kena tarik dan repair kat mersing….abah jugak yang dahulukan duit…

Gambar akak sekeluarga di rumah pangsa gombak setia..biar pun rumah kecil tapi kami hidup bahagia…kakak sulung dan adik masa ni belum kawin lagi…akak langkah bendul….dapatlah kakak se pasang baju…russhdilah cucu su

Mak dan russhid….mak dan abah sayang betul dengan russhdi ni..al maklumlah cucu sulung..pastu akak dari kawin hingga bersalin duduk dengan mak…berpisah dengan suami…

Mak dan abah…semuga mereka kekal hingga ke akhir hayat..masa abah dapat duit epf..abah beli tanah lot kat kampung padang balang…dan buat rumah…dia ajak akak buat rumah sekali dengan dia…kalau tidak dia tak mau duduk suami isteri…jadilah rumah town house..akak duduk kat atas dan mak dan abah duduk kat bawah….akak ada beli rumah lain…tapi tak sampai hati pulak nak tinggalkan mereka berdua ni…..lagi pun best tau duduk kat sini…setakat ni tak pernah lagi berlaku kejadian yang tak di ingini…pintu terbukak pun tak ada orang nak masuk….

masa akak mengandungkan ira…kami belum pindah kat kg padang balang ni…..mula-mula mak tak nak jaga si ira……akak dah cari orang lain..tup..tup..bila dah lahir aje…mak nak jaga pulak.pagi lagi mak datang kat umah akak di flat sri langkawi….masa tu akak sewa rumah di situ….tapi taklah jauh dari rumah mak…mak masak sekali…lepas akak balik…dia baru balik kerumah dia…kecuali ada hal tertentu..akak terpaksa hantar ira kat rumah mak di tingkat 3…

Ira memang sayang dengan wan dia……nasib baiklah kerja guru tabika ni sekejap aje…pukul 12.00 dah sampai balik rumah..

Si imran ni mak yang jaga jugak…lagi senang…..kalau dia masih tidur masa akak gi kerja…akak tinggalkan aje…nanti dia dah bangun baru mak ambil bawa turun…tulah bila nak pindah aje..terkenang balik jasa mak jaga anak akak dua orang ni….masa akak kerja memang maklah yang masak untuk keluarga akak….dia kesian tenguk akak penat balik kerja…akak bagi duit tau…bukan free tau..

masa akak duduk di jakarta pun mak yang tolong masak dan tengukkan anak teruna akak 2 orang tu…yana masa tu duduk kat asrama…oleh sebab asrama dia dekat..mak selalu masak lauk…suruh anak teruna akak hantar ke sana setiap minggu..bila ira tak nak sekolah di jakarta…..nak sekolah kat sini.akak hantar balik ke malaysia..maklah yang jaga dia….sepanjang akak di sana…tapi masa ira dah sekolah kat sini…. akak akan duduk di sini 1 bulan dan bulan depan akak akan tinggal di jakarta..begitulah berselang setiap bulan…nak buat macam mana..di sana suami…di sini anak….

Gambar mak dan abah masa hari raya tahun 2008…ni kat rumah ayah amril…abah dah uzur..tapi mak masih kuat lagi…dua-dua ada penyakit kencing manis…alamak akak kena jaga-jaga….selalunya bila ibubapa kena penyakit ni…anak-anak pun kena….oh tidak…..

Sekarang ni mak jaga anak adik bongsu…kami suruh anak bongsu duduk dengan abah…sekurang-kurangnya abah dan mak tak kesunyian..sekarang ni menantu dia mengandung lagi…tak tahulah sape yang nak jaga baby tu…..nak suruh akak…o….tidak….akak ni bzzzzz..suka berjalan….mesti mak yang jaga…mak tak sampai hati nak suruh orang jaga cucu dia..dia takut kena dera…..

SAYANG MAK SESANGAT….TANPA MAK TAK ADALAH KITA …MAK DAH PUAS SUSAH..JADI AKAK TAK NAK MAK RASA SUSAH….INSYALLAH AKAK AKAN JAGA MAK SAMPAI KE AKHIR HAYAT..

Sekian…TAMMAT……….

6 thoughts on “Kisah mak..dah habis tau..tak ada sambungan lagi

  1. salam kak ina, menarik sungguh tuliasan akak…saya baca sebelum masuk tidur, terus jadi tak ngantuk…penceritaan sungguh detail..Apa2 moga mak dan ayah kak ina, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki….insya allahh.

  2. salam mat gebu…terima kasihlah kerna sudi jugak nak baca cerita mak akak..ye ke…sampai tak jadi tidur…akak pun doakan agar ibubapa mat di panjangkan usia dan kekal bahagia sehingga hayat dan juga di murahkan rezeki oleh allah swt…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s