Sotong Masak Kari Pekat

Fuhh..penat…. tengahari pergi kedai tm jalan kuantan…nak tanya pasal streamix…ada 1 bulan dia charge double….dah settle gilah ke Perpustakaan Negara kat Jalan Tun Razak nak pulang buku..

ni buku yang nak di hantar…mesti ada novel terbitan alaf 21…..kalau tak ada baru akak pinjam novel penerbitan yang lain…ni campur buku si ira dan si imran….

Pemandangan dalam perpustakaan negara bahagian orang dewasa…memang akak biasakan anak dengan library dari mereka sekolah rendah lagi……..

Sepatutnya tak boleh ambil gambar…oleh kerana masa tu akak aje yang ada kat bahagian ni..akak snaplah jugak….tak ramai orang masa ni…cuma 4 orang termasuk akak…akak lepak kat situ sampai pukul 3.15 petang….

nasib baik jumpa novel alaf 21 yang belum pernah akak baca…akak tak kira…lama ke atau baru akak pinjam…tema tentang kasih sayang dan percintaan…akak ni memang romantik..tapi suami tak romantiklah pulak..nak buat macam mana…..tak suka baca buku yang lari dari tema tu… ..kebanyakkan buku ni dah ada yang compang camping…orang yang pinjam tak pandai jaga…..kalau beli semua novel ni…mesti kempis dompet akak…

Yang atas ni pinjamkan untuk si imran…ira punya akak tak ambil..kat asrama dia ada library…se imran punya tak boleh pinjam buku yang tebal-tebal…nanti dia boring…budak lelakilah katakan…

Dalam pukul 3.15 petang pergilah ambil anak dara akak yana…sekarang ni dia kerja sementara kat petronas gombak setia….dia ni tengah tunggu result …22hb atau 23hb keputusan tu keluar….mak dia yang risau…berdebar-debar….takut….dari duduk rumah goyang kaki baik dia kerja…dapat jugak duit poket…nak harap mak ayah bagi…sorrylah….lepas tu zoom pulak ambil imran kat sekolah dia….sampai balik rumah dah nak dekat 4.30 petang….

Sebelum tu…akak masak sotong masak kari….kalau nak cuba…cubalah…

Bahan-bahan

  • 10 ekor sotong-bersihkan dan masukkan balik kepala dan toskan
  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 1 cawan santan pekat
  • 5 sudu makan kari ikan
  • 1 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
  • 2 sudu makan sos tomato
  • garam, air dan minyak secukupnya

Bahan tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji tomato didadu
  • 1 biji bawang putih di hiris
  • 1 sudu teh halba campur

Cara-cara

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan halba campur, bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
3. Masukkan pula buah tomato yang telah didadu. Biarkan sebentar.
4. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air…kacau selalu dan kecilkan api.
5. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
6. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan.
7. Apabila santan mendidih masukkan pula sotong.
8. Jangan masak sotong terlalu lama…bila mendidih masukkan pula jus asam jawa dan rasa dulu garam barulah di padamkan api.

Sedap makan bersama nasi panas, pepedum dan sayur kangkong masak sambal…bubuh belacan, bawang putih, bawang merah dan ikan bilis…..makan panas-panas…

15 thoughts on “Sotong Masak Kari Pekat

  1. Nak sikit sotong tu… sedap bebenor teman nengoknya. Sotong kat sini, sotong frozen. Kalau masak, mesti dah lain sikit rasanya. Tak sedap langsung. Tunggu balik, nak gi ke rumah Kak Ina makan sotong, boleh?

  2. alaa bace buku keluaran alaf 21 je ye…sure tak penah bace buku penulisan sy.xpe…nnt klu ade umuo kite jumpe sy kasik free kat akak…sy mmg suke makan sotong tp hb tak suke.klu masak sotong,muke dia tarik 100 depa.ish payahkan…

  3. Kak Ina,terima kasih kerana berkongsi resepi sotong tu…Saya suka sotong masak tumis..hmmm yummy!!kenapa ye kadang kadang bila masak sotong, dia jadi cam SPRING,liat..kak ina boleh bagi tips tak??

  4. salam fiza…ala.aa..janganlah merajuk…akak tak pernah jumpa buku kamu di library tu..kalau jumpa akak baca ye…nak bagi free buku tu…kalau nak bagi…akak tadahkan dengan carpet mas lagi tu…apa nak buat..kalau hb tak suka..anak-anak kamu pun tak suka ke?

  5. salam ashley..selalunya kalau akak masak sotong ataupun udang..akak masak sekejap aje..kalau lelama jadi spring…lainkali dah cukup asam garam dalam sambal baru masuk sotong…biarkan masak sekejap…terus padam api…ini cara akak masak…cubalah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s