Cinnammon Badam

Hari Sabtu tanya ira…..

ira nak makan apa sebelum pergi …
dah lama mak tak buat cinnamonkan….
yelah…dah lama dah tak buat…nanti petang kalau mak rajin mak buat…

Ikutkan malas…tapi fikirkan esok dia dah kena kurung…nak tak nak buat jugaklah..cinnamon ni memang kesukaan dia..memang dulu selalu buat…tapi tak dapat show pasal tak ada blog lagi….akak pun buat 2 adunan…saje buat lebih..nak suruh dia bawak sikit ke asrama..resepi ni dari yani myr…

Bahan-bahan

  • 300gm tepung roti
  • 50gm mentega – suhu bilik
  • 1 biji telur
  • 50gm gula halus
  • 100ml susu segar suam – panaskan tapi jangan sampai mendidih
  • 8gm yis kering – 2 1/2 sudu kecil
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Gaul mentega dengan tepung roti sehingga menjadi serbuk.
2. Masukkan gula dan yis kering. Kacau dengan sudu sehingga sebati.
3. Masuk garam, telur dan susu suam. Uli sampai tidak melekat di tangan hingga menjadi doh yang kenyal dan licin selama 10-15 minit.
4. Masukkan ke dalam bekas besar dan tutup dengan plastik cling dan biar naik sekali jam (1 jam).

KAEDAH LAIN JIKA GUNA BREADMAKER

1. Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam bread maker.
2. Pilih setting untuk doh dan tekan “on”. Tunggu hingga siap.

BAHAN UNTUK FILING

  • 2-3 sudu makan serbuk kayu manis
  • 60gm gula perang
  • 30gm mentega – suhu bilik
  • 5-10gm badam cincang yang telah di panggang/sangai(kalau banyak lagi best)

1. Campurkan semua bahan filing kecuali badam cincang sehingga sebati dan ketepikan.

BAHAN UNTUK ICING

  • 20gm mentega – suhu bilik
  • 50gm krim keju – suhu bilik
  • 100gm gula aising – ayak
  • 2-3 titik esen vanilla
  • secubit garam
  • coklat chip (optional)

1. Campurkan semua bahan dan pukul sebati. Ketepikan.

CARA-CARANYA

1. Masa ni yang best…..bila tenguk doh macam gunung berapi nak meletus setelah 1 jam..
Keluarkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian.

2. Canaikan bentuk empat segiala…lebih kurang aje….

3. Ratakan filing keatas doh yang telah di canai.

4. Taburkan badam cincang di atas filing tadi.

5. Gulung ketat-ketat.

6. Cubit-cubit tepi doh supaya tidak terbuka semasa proses memotong.

8. Potong dengan pisau yang tajam 7-8 potongan bergantung kepada tuan punya diri yang buat.

9. Masukkan ke dalam cawan kertas dan biarkan doh naik lagi..dalam 20-30 minit.
10. Si ira rajin nak hias dengan coklat chip. Panaskan oven kepada suhu 190C.

11. Siap untuk di bakar….bakar pada suhu 190C selama 10 minit. Selepas itu turunkan suhu kepada 180C dan bakar lagi dalam masa 8-10 minit bergantung kepada oven masing-masing.

12. Setelah masak..sapukan icing….sedap di makan panas-panas….

14 thoughts on “Cinnammon Badam

  1. Salam kenal.. thanks k ina sudi singgah blog aymy.. yelah k ina, dok jejauh ni apa yg teringin kena ler masak sendiri..sedapnya nampak cinnamon badam nie.. sok2 cukup bahan blehla cube..

  2. Salam perkenalan k ina. terima kasih tinggalkan komen. Nampak cukup sedap cinnamon tu. cukup kreatif betul. Nanti akak ambik resepi ni dan try acu cuba test. tk

  3. salam ai..ala ai..akak pun bukannya guna alatan yang mahal nak buat roti ni…guna mixer aje..tapi jangan lelama tau..nanti terbakar pulak motor dia..modal..rasanya tak banyak..beli barang kat kedai bakeri..murah sikit rasanya dari hypermarket tu..cubalah ai..berbaloi tau..

  4. salam jie-jie…seronok gi jejalan kat rumah kamu…mcm-mcm info ada..akak baru pertamakali gi blog kamu…tq jugak sudi singgah..cubalah buat ye cinnammon ni..agaknya lagi menarik kalau jie yang buat..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s