Ira masuk asrama

Hari Ahad yang lepas akak, suami dan imran kena hantar ira ke asrama….masa pendaftaran dari pukul 8.30 – 10.30 pagi untuk pelajar baru…sebelum tu ajar ni macam mana nak packing barang…akak dah suruh kakak dia buat check list apa yang perlu di bawa ke asrama..akak tak tolong langsung…saje nak bagi dia berdikari…tapi dah memang perangai dia…..ashik nak bertanya aje….

mak……nak bawak ni ke?
checklah kat senarai barang tu…..
mak…..mak….mak..……..eiiii geram betul akak di buatnya…

mungkin jarak antara kakak dia jauh….pastu jarak dia dengan imran pun jauh ..jadi ira manjalah sikit…masa akak gi kerja….nenek dia (dia panggil wan) yang jaga dia seorang masa tu…lagilah terlebih manja…..masa akak tinggal kat jakarta pun nenek dia jugak yang bela…mulut pun macam nenek dia jugak…pot..pet..pot..pet aje…

masa akak sampai kat sini…ibubapa pelajar tak ramai lagi….ambil no giliran..pastu bayar duit makan untuk 6 bulan dulu..RM125.00 sahaja….segala yuran yang lain akan di kutip dalam bulan febuari ataupun mac….bayaran makanan untuk sehari baru RM1.00 dari ibubapa dan subsidi dari kerajaan RM11.80…makan 5 kali sehari….mewah jugaklah makan kat sini…

kemudian gi daftar pulak kat ketua warden..nak tahu dorm apa…..ira dapat dorm C di tingkat 2. Bila sampai kat dorm tu … baru tau tak boleh pakai cadar putih..yang tak bestnya akak dah beli cadar putih tu kat kamdar…nasib baik beli satu aje….kena beli kat koperasi sekolahlah pulak..cadar, selimut dan sarung bantal semua warna pink..warna kegemaran akak tu…

Masa akak sampai kat dorm ni..tak ada orang lagi…jadi ira bebaslah nak pilih tempat yang dia rasakan terbaik….dia pilih tepi pintu….akak ajar dia macam mana nak kemas barang dalam almari..

alhamdulliah semua kelengkapan di dorm ni masih elok lagi…mungkin sebab pelajar perempuan yang duduk …jadi taklah patah sana sini..ira pasang sendiri cadar dan sarung bantal…cadar tu tak kemas sangat..nanti kena belajar lagi macamana nak kemaskan cadar tu..

Dalam pukul 10.30 pagi ibubapa pelajar baru di beri taklimat tentang tatacara tinggal di asrama…apa yang boleh di buat dan apa yang tak boleh di buat….kalau banyak melakukan kesalahan maka pelajar akan di buang dari asrama…mcm-mcm pkhm cerita mengenai kerenah anak-anak dan ibubapa yang anak dia pertama kali duduk di sini…ada yang menangis…ada yang ashik telefon mak dan ayah dia…..yelah…. kan pertama kali anak-anak ni berpisah dengan ibubapa mereka….

dalam pukul 11.30 taklimat selesai..naik balik ke dorm…se belum balik..akak tanya lagi…

sekarang fikir nak duduk asrama ke….atau nak balik…...
ira nak duduk asrama ….. tak nak balik….

senang hati akak bila dia kata begitu…..harap-harap dia kekallah duduk di asrama tu sampai tingkatan 5…dan semuga beliau berjaya di dalam pelajaran beliau…

5 thoughts on “Ira masuk asrama

  1. alalalaaaaaaaaa…sume gamba monyokkkk je! hihihi..mmg betul la kan kak? cam aku ni bebudak ni asikkk la ‘mama..mama..mama..’ sampai laki aku yg rimas! keh keh..tak psl2 kene tempek ngan abah dowang..~ai pon doakan kejayaan utk ira. amin!

  2. salam ai………mak dan anak pun monyok tau…anak kamu kalau geng dengan anak akak mesti riuh rendah jadinya….terima kasih kerana doakan anak akak..akak pun doakan agar anak dara kamu menjadi seorg anak yang membanggakan ibubapa…

  3. Teringat masa dolu2 dok hostel…Bila balik cuti jer, mcm xpernah jumpa makan! W/pun mak masak cuma sayur air jer..Maklum ler dok hostel makan xbest mcm mak masak…Kak ina tunggu jer ler bila Ira tu balik…hehehe

  4. salam ai…mula-mula excited nak gi asrama..lepas tu dia rasa tertekan duduk kat situ…memang anak-anak sekarang ni banyak mulut..tak mcm kita dulu…kalau banyak mulut kena cili mulut tu…

  5. salam reenaz…ala reenaz..bukan jauh sangat pun asrama dia tu..ikut pengalaman yang lepas-lepas..bila anak-anak balik asrama akak yang lebih-lebih masak…nak bagi mereka makan sedap…kecian kat sana makan nasi kawah…nanti tenguk macammana pula selera ira tu..kalau rajin nanti akak cerita ye..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s