Saje nak cerita

Bila ira dah dapat masuk ke sekolah putri wilayah ni..akak sibuklah sikit….nak update pun tak sempat…pagi lagi dah kena keluar…..kena buat pengesahan salinan sijil, borang dan salinan kad pengenalan ira, akak dan suami…..oleh sebab suami akak masa tu tak ada kat m’sia ..kenalah pulak cari surat beranak dia…kalau nak diikutkan…ni kali ke 3 akak kena buat pengesahan sijil, kp dan borang yang di beri oleh sekolah…mula-mula smk batu muda….kedua smk seri gombak dan kali ni smk putri wilayah….

hari rabu pergi ke smk seri gombak nak buat pengesahan…tapi cikgu semua mesyuarat..kat kerani tu mungkin mesyuarat habis dalam pukul 2.00 petang…akak nak potong nama sekali kat sekolah ni…pihak sekolah ni nak pulak salinan surat tawaran tu untuk rekod..akak lupa pulak nak buat salinan….surat asal pihak sekolah tu dah ambil masa buat pengesahan hari selasa….terpaksalah akak pergi balik ke smk putri wilayah ni…selalunya memang akak akan buat salinan surat ni…tapi kali terlupalah pulak….akak tinggalkan borang tu semua kat situ untuk pengesahan…janji nak ambil petang nanti….masa dah suntuk pasal hari khamis dah cuti tahun baru..kena settle hari ni jugak…pagi jumaat nak hantar balik ke smk putri wilayah…ada orientasi pelajar tingkatan satu…

dari smk seri gombak gilah ke smk putri wilayah…pihak sekolah bagi surat asal dan satu salinan..mereka suruh bawak surat yang asal masa hari orientasi pada hari jumaat nanti….satu salinan untuk skm seri gombak……memang pun dah plan nak bawak ira dan imran gi jejalan ke ikea…yelah kan sekolah nak bukak…mungkin lepas ni masa tu kurang sikit masa nak bawak mereka jejalan…..sampai kat sana dah nak dekat pukul 11.00 pagi..nasib baik parking tak penuh….rupanya banyak yang tersalah jalan nak masuk sini kerna jalan yang sebenar di tutup pasal ada pentas kat depan ikea tu…kalau tidak dalam pukul 11.00 ni dah payah nak cari parking…

rupanya ada konsert untuk sambut tahun baru kat situ..masa tu mereka tengah buat raptai…kuatnya bunyi sound system tu…bergegar gegendang telinga akak…

boleh di katakan banyak lagu orang putih di mainkan kat situ…yelah kawasan orang kaya kan…

seperti biasa imran dan ira nak masuk ke tempat permainan ni…kalau nak diikutkan si ira tak boleh masuk..pasal dah terlebih umur…tapi dulu ada penjaga tu ajar akak…kalau nak teman si imran tulis umur 10 tahun kat dalam borang…..mungkin si ira ni kecik ….penjaga kat tempat tu benarkan ira masuk….masuk kat sini satu jam aje…pastu kena ambil…kalau tidak dia orang call….

akak dan yana gi jejalan…window shopping kat harvey normanlah…..tenguk laptop, kasut dan baju..tenguk masa nak habis satu jam…ajak yana beli bahan nak masak malam ni kat cold storage…..cadang nak masak spageti aje malam ni…..lepas ambil imran dan ira…kami makan kat restoren ikea….

akak nak jadi mat salleh…makan ikan salmon…….tak pernah makan ikan ni…sedap pulak rasanya sos tu….makan macam ni pun boleh kenyang…cakap dgn yana…nanti bila mak dan ayah dah tua..akak nak masak macam ni…senang dan berkhasiat….tapi suami akak ni orang jawa…mana boleh tak makan nasi….

yana makan chicken with lemon sos…rasa sos masam sikit….ayam di panggang aje…

kalau kat sini ira mesti nak makan meatball…dulu rasa sedap tau…sejak barang dah naik ni..meatball dia dah kecil pastu rasa macam dah kurang daging..keras sikit..rasanya lagi sedap meatball yang akak buat…tapi tak jumpa lagi resepi nak buat sos macam kat ikea ni…

imran sekarang ni susah nak ambil gambar….dia kata….
mak ni..ashik ambik gambar im aje…pastu masuk dalam blog…boringlah…
masa kat sekolah smk putri wilayah gigi tepi dia dah patah…nasib baik gigi susu….tenguklah tu …dah rongak…

imran lepas makan suka lepak tenguk televison…

akak dah yana share minum air kopi…yang best kat sini…boleh tambah air samada air kopi, cuppacino……ataupun soft drink….1 cawan kopi dia kira RM3.50…soft drink dalam RM1.50 rasanya….kalau tak silaplah harga dia….akak bayar 1 cawan hot drink dan 1 soft drink…kira berbaloilah jugak..minum hot drink 4 kali dan soft drink..banyak kali…lepak kat sini lama jugaklah…lepas tu masuk dalam ikea..beli barang tak sampai pun RM10.00…nanti tak payah bayar parking….masa kat situ juga tangkai cermin mata ira tercabut sebelah….

balik dari ikea pergi ke greenwood dulu…betulkan tangkai cermin mata dan ambil gambar si ira…. sampai ke smk seri gombak ambil borang yang telah di sahkan dah nak dekat pukul 3.00 lebih……..malam masaklah meatball spageti.

meatball yang baru keluar dari oven…

meatball spageti…resepi dah ada dulu…jadi tak yah bagi resepi lagi ye…

lebihan meatball buat sos lada hitam…sedap jugak makan meatball dengan sos ni….sesape ada resepi macam kat ikea tu bolehlah bagi resepi..

4 thoughts on “Saje nak cerita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s