Tomyam Udang

Kat rumah ni tiap-tiap minggu mesti buat tom yam…tak kiralah tomyam udang, sotong, daging atau pun ayam…makan tomyam dengan nasi putih pun dah sedap…patahkan pulak cili padi…sedapnya sampai menghirup mangkuk….member kolej yana kata…kalau masak udang tak leh campur dengan daging…tak elok….apa yang tak eloknya pun akak tak tahu…nanti nak tanya dengan Dr Ummi lah…nak kira gm tak retilah..pasal masak tomyam ni ikut suka hati..tapi air jangan banyak sangat……agak-agak….. kalau nak makan baru masak….

Bahan-bahan

  • 20 ekor udang
  • 1 bungkus pes adabi
  • 3-4 batang serai – dititik
  • daun limau purut di carik-carik
  • 1/2 incilengkuas di hiris nipis
  • air ikut keperluan
  • garam secukupnya
  • bunga kobis-dicerai kuntumnya
  • 1 batang lobak merah di potong memanjang
  • 4 putik jagung di potong serong
  • 1 biji tomato di belah empat
  • 1 biji bawang holland di belah empat
  • 5-6 cili padi-bergantung kepada kepedasan
  • daun saderi-dipotong sepanjang 2-3 inci

Cara-cara

1. Bersihkan udang dan tinggalkan ekor.
2. Masukkan air dalam periuk….biarkan mendidih.
3. Masukkan lengkuas yang telah dihiris bersama serai yang telah dititik.
4. Masukkan pes adabi dan daun limau purut. Masukkan sayur lobak merah,
bunga kobis, putik jagung, daun saderi dan bawang holland. Biarkan mendidih.
5. Masukkan pula udang, tomato dan garam.
6. Bila mendidih tutup api..takut udang keraslah pulak…
7. Hidangkan panas-panas dan bubuh cili padi yang telah dipatahkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s