Suamiku sudah pulang

Alhamdulliah suami akak telah selamat sampai di rumah…dalam pukul 7.00 pagi..akak tengah menghadap pc ….ada pulak bunyi talipon….dah agak dah…mesti suami akak ni…

ina…abang dah selamat sampai …dah ada dalam erl..tapi belum gerak lagi..
agak-agak pukul berapa abang sampai kat kl sentral…….
mungkin dalam pukul 7.45 pagi kot…sekarang ni erl berhenti 3 stesyen….
kalau macam tu ina tunggu kat tempat ketibaan…kalau tak jumpa abang call nanti ye..
yelah…nanti abang call ina….
okeylah macam tu ina keluar kejap lagi…

akak bawak kereta slow aje…bukannya banyak kereta pun bila hari cuti ni..sampai kat kl sentral baru pukul 7.30 pagi….tunggu dalam kereta ajelah…

Dalam pukul 7.45 pagi suami akak sampai…tenguk muka dia macam orang penat aje…rupanya sakit kepala dan selsema…masa pergi… akak suruh bawak ubat kencing manis..dia tak nak bawak…leceh katanya..nanti bersoal jawab dengan kastam…..memang penat katanya….dahlah penerbangan ambil masa 8 jam…..tidur dalam flight tak lena…pastu terkejar-kejar..masa tak cukup katanya…jalan kat sana ashik jem aje..sebab tulah masa banyak terbuang…

Masa gi beli baju sekolah hari tu di jj setiawangsa ingat nak beli iron baru….iron lama dah nak putus tali…dah di tampal dengan cellotape…suami kata…tak payah beli kat sini…beli kat air port…abu dhabi nanti…murah sikit katanya….iron ni tak pernah rasanya tenguk kat sini…yang bestnya ada 2 function…nak pakai cord atau pun tak payah pakai cord…senang sikit nak iron baju…siap ada steam dan air…murah betul…baru 85 dirham…ataupun RM85.00…terima kasihlah suamiku..

Suami beli handphone baru untuk diri sendiri….biarlah…duit dia yang cari…..

Seperti biasa coklat….imran merajuk…ayah dia tak belikan mainan…suami akak kata tak sempat nak pergi mana-mana…bzzzz..memanjang…ni semua pun beli kat airport abu dhabi aje….

Akak suka makan kurma yang berisi badam….memang pun suruh dia beli kat sana….
tak kisahlah…… apa pun yang suami beli akak ucapkan terima kasih…janji beliau balik dengan selamat….alhamdulliah…..

16 thoughts on “Suamiku sudah pulang

  1. salam kak ina.amboi seronoknya suami dah balik ya dah tu siap ada buah tangan lagi.seterika akak banyak canggih kak, kakchik hari tu nampak yg jenis multi-fungsi ni kat KB Mall, tapi tak jadi beli sb mahal sgt.terliur tengok handphone br akak, kakchik dok plan nak beli satu lagijenapa apa yg kak ina punya tu?

  2. Salam kak ina,Kat Saudi ni ada coklat dlm dia dates n almond. Sedap gak. Nanti arr balik M’sia saya beli utk akak… Tp akak kena dtg umah saya kat Johor….hehehe….

  3. salam kakchik….ala kak chik..iron lama tu dah lebih dari 5 tahun pakai..takutlah pulak rumah terbakar..harga dia murah dari sini..jenama nokia ..kat sana baru RM1,300 kat sini RM1,800…beli kat kedai free duty…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s