shopping lagi

Memang penat bila uruskan hal persekolahan anak-anak ni….tapi mengapa akak nak mengeluh ye….benda ni memang terjadi setiap tahun kan….

Hari selasa akak pergilah ke sekolah putri wilayah di kg bharu nak buat pengesahan…dalam surat tu tulis mesti lapur diri 7 hari dari tarikh surat di hantar…23hb Disember hantar…27hb. terima..hari sabtu…..akak kira-kira dengan jari….rasanya 30hb. tarikh akhir lapur diri. Alamak…walau macammna pun hari selasa mesti pergi jugak ke sekolah tu..kalau tidak melepas nanti….

Jadi pagi-pagi lagi dah kejut ira dan imran…dalam pukul 7.30 akak bertolak dari rumah. Nasib baiklah jalan kat gombak dan setapak tak jem….dalam perjalanan singgah dulu kat kedai…beli roti cream dan air kotak untuk im dan ira..tak sempat nak buat bf. Dah sampai kat jalan pahang….tiba-tiba…ira kata…

mak….ira nak buang air besarlah……
ya allah budak ni….mana nak cari toilet…tadi kat shell dan petronas kat gombak..tak nak buang air besar….
tak apa…ira dapat tahan lagi….akak dah membebel dah dlm kereta….pot pet..pot pet…

nasib baik ternampak lambang shell kat jalan pahang…singgahlah kejab pasal ira nak lepaskan hajat…

Oleh sebab dah survey dulu jalan ke sekolah tu…akak tak lah sesat….ya allah…susah betul nak cari parking kg sekolah ni….dahlah jalan sempit…kereta pun banyak…rupanya cikgu-cikgu ada meeting….nasib baik dapat parking kat kelab sultan sulaiman….baiknya pak guard india ni…
selamt pagi kakak….apa hal kakak…..
selamat pagi…..saya nak buat pengesahan anak ke tingkatan satu....
pejabat kat situ saja….yang ada cermin gelap…
terima kasih…..

bila masuk pejabat…..tak ada orang kat kaunter…..tunggu kejap…ada seorang perempuan datang…

kakak nak apa ye….
saya nak buat pengesahan kelas kaa untuk tingkatan satu….
ala….semua cikgu mesyuaratlah…boleh tak akak datang petang nanti....
eh..eh..mana boleh….takkan tak orang nak handle….hari ni tarikh akhir pengesahan tau…takkan saya nak datang dua kali….bukannya dekat nak datang…….
muka perempuan tu dah berubah….akak tak tahulah samada dia cikgu atau pun kerani sekolah….

kebetulan ada seorang perempuan datang dengan senyuman….
ye kakak…boleh saya tolong….kan bagus budi bahasa tu…..
akak pun bla…..bla…..bla….
o….mana surat tu…..saya nak tenguk……akak tunjukkanlah surat tawaran tu….
okey….akak isi surat jawapan di bawah ni ye…..dah baca…akak sign….

lepas baca isi kertas tu….dia koyakkan keratan jawapan…..
akak ambil dan baca semua ni…lepas tu isi borang yang berkaitan….nanti hari jumaat hantar..ada orentasi untuk tingkatan satu…
okeylah…terima kasih ye….beza betul 2 orang perempuan ni….

lega….rasanya….lepas tu berderet pulak orang beratur nak buat pengesahan…nasib baik akak orang pertama…tulah akak ni…kalau boleh nak jadi orang pertama aje….

Masa nak nak balik nampaklah pulak rumah ni….sayangnya……terbiar macam ni…kalau malam ada hantu ke tidak?

Yang ni rumah kat belakang rumah buruk tadi…nampak tangga batu tu..macam rumah orang melaka aje….

dahlah tanah kat kg bharu ni mahal giler…..rumah ni jadi macam ni…kalau di robohkan dan jual tanah ni…boleh jadi millionair tau…..tapi akak ralat tgk rumah ni…kalau akaklah…tentu akak bela rumah rumah ni dan jaga macam rumah kat belakang tu….rumah ni selang 2-3 rumah dari sekolah putri wilayah ni….

lepas tu pergilah ke jalan tunku abdul rahman….nak cari barang sekolah untuk 2 orang anak ni….sampai kat situ baru pukul 8.40 pagi…manalah ada kedai yang bukak….alhamdulliah parking pun masih banyak lagi….parking kat depan kedai kain jakel…tenguk kat situ dah tak ada tempat meter parking…..ingatkan tak payah bayar lagi… bila tanya kat restoren yang ada kat situ…dia kata dah pakai mesin….

akaksuruh imran dan ira duduk dalam restoren…akak nsk bayar parking…..oleh sebab sistem meter dia lain dari majlis perbandaran selayang (ni akak dah biasa) akak tak boleh masuk duit…ingatkan rosak….pergi pulak mesin yang agak jauh dari restoren…..bila sampai kat situ….tulis pulak out of order…..dari situ akak tenguk orang lain masuk duit okey aje kat tempat yang mula-mula tadi…pergi balik ke situ……tenguk cara orang depan akak buat…barulah akak faham (tulah…eksyen sangat…tak nak tanya) akak masukkan duit cukup untuk 2 jama….leganya….kalau idak nanti kena saman dengan dbkl…dulu senang….ada mat dadah jaga….suruh dia masukkan duit…..lepas tu bayar upah…

akak makan roti canai dan teh tarik…si ira pulak makan roti canai…si imran minum milo aje….tiba-tiba imran pulak nak buang hajat….

mak…kan im tak boleh makan/minum pagi…ni dah sakit perut….

suruh si ira hantar adik dia ke toilet….pasal akak tengah makan…nanti potong stim…
ira datang bagi tau..si im tak nak masuk ke toilet tu…kotor katanya…
imran datang balik….

ala im..kenapa tak nak buang kat toilet tu…..mak tengah makan ni…
tak naklah …kotorlah….im boleh tahan….
mana boleh tahan….kedai bukak lambat lagi…nanti nak cari toilet kat mana..masuk ajelah..tutup mata dan tutup hidup….cerewet sangat….

imran buat muka bodoh aje…akak dah geram…tapi akak tenguk muka dia macam dah tak boleh tahan……suruh ira temankan lagi si imran ke toilet…..lepas tu imran datang balik….

kenapa ni…akak dah naik angin……….
gilah buang air tu….
mak….bau rokoklah….busuk

ya allah…geramnya akak…macamlah dia ni pembersih sangat….
ira….kotor ke bilik air tu…..
taklah…ira tenguk biasa aje…..
akak dah membebel…..pot pet…pot pet..pot pet…..

jom mak teman…loratlah imran ni….masa tu akak dah habis makan dah…
akak suruh dia masuk jugak…..
tutup mata tu….pas tu tutup hidung….buang cepat…kalau tidak kita balik…
tak yah beli barang sekolah….
akhirnya dia buang jugak….

tenguk jam dah pukul 9.20 pagi…..
ira…keluar kejap…..mydin dah bukak belum……restoren ni dekat dengan mydin..
si imran pun nak ikut jugak….
belumlah mak.…..
lepak lagi kat kedai…masa ni akak perasan..banyak pulak
orang luar dalam restoren ni….ada ckp mcm org brunei dan indon…..agaknyakat sana cuti….

pukul 9.30 pagi…akak gi bayar kat kaunter….amboi mahalnya…itu bagi akaklah….RM6.20…yelah jarang makan kat luar….mungkin orang lain kata …okeylah harga tu…

cari barang sekolah dan baju melayu si imran….pusing-pusing..tenguk jam dah nak dekat 10.30 pagi….
cepat ira….meter nak tamat..mak bayar untuk 2 jam tadi…kita bayar yang ni dulu…

kelam kabut dibuatnya…takut kena bayar saman…masa ni penguatkuasa dbkl memang ramai kat situ..siap pegang surat saman lagi…..nasib baiklah orang tak ramai masa nak bayar.

dik…bagi akak duit siling masa bayar baki nanti…nak gunalah…nak bayar parking…
nasib baiklah akak cepat 5 minit….terus bayar untuk 2 jam lagi….kalau tidak kena bayar saman..mahal tau…. sekali saman RM30……..

pergi ke mydin lagi satu…pasal songkok untuk imran tak ada saizlah pulak…beli lagi tali pinggang…gayung, berus…dan sebagainya……ala… barang untuk orang duduk asrama….cari songkok kat situ pun tak ada saiz….

pergi pulak ke kamdar…beli kasut si ira…….cari pula songkok…nasib baik kat sini ada..rasanya ada satu barang lagi belum beli…suruh ira check kat list…cadar asrama belum ada…..naik ke tingkat 3…..nasib baik ada…….lega…rasanya semua dah settle……leceh tau …kalau ada yang tertinggal…..

dah….. jom balik….mak dah penat dah ni…

sampai kat umah dah dekat pukul 12.30 tgh…kerah yana rendam udang dan ayam…nak masak mee sup……pasal ada orang tolong….dalam pukul 1.00 lebih dah siap…..

Lepas makan …..lepak….selalunya pergi dengan suami….boleh pau dia…ni dia tak ada..kenalah settlekan sendiri…nak makan kat luar…malaslah pulak…

Malam masak nasi goreng dan ayam goreng…..settle untuk hari ni…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s