Kisah hari isnin

Hari isnin suami akak bertolak ke abu dhabi….sejak balik dari jakarta ..tak pernah lagi dia pergi ke luar negara…..rasa sayu pulak hati kena tinggal kali ni…yelah tak ada bantal peluk malam nanti…….nasib baiklah dia pergi tak lama…pagi khamis dah sampai balik ke rumah…

Pagi lagi dah buat sarapan puff pastri ..kali ni akak bubuh hot doglah pulak……..

Dalam pukul 9.00 pagi akak hantar suami di KL Sentral aje…nanti naik erl aje dari situ…senang ..tak payah buang minyak kereta dan duit tol…

Semuga suami akak selamat pergi dan selamat kembali …..sayu pulak hati bila bersalam dengan dia tadi…akak gi dengan imran…balik dari kl sentral pergi pulak survey jalan nak ke smk putri wilayah, kg baru…pasal esok nak buat pengesahan di sekolah tu..

Dah jumpa sekolah tu kami ke perodua jalan genting klang..sebenarnya nak pergi hari selasa…..saja-saja jalan kat situ….ingatkan tutup……rupanya bukak.. akak nak check bateri kereta….pasal kadang-kadang susah nak hidup enjin…pernah balik dari pasar tani hari sabtu lepas …..enjin tak hiduplah pulak…nasib baik kat rumah….kalau kat pasar tani….tak tahulah nak cakap….rupanya memang bateri punya hal…kena tukar bateri baru….

Dah selesai……… pergi pulak kedai jual beg sekolah jenama swan…kat sini yang jual cuma jenama swan…kiranya macam ejen…..akak suka beli kat sini kerna harga dia lebih murah dari tempat lain…banyak tau perbezaan harga..sebenarnya masa di jj wangsa maju….si imran berkenan dengan beg yang jenama biasa-biasa aje…..dahlah tapak beg tu tak berlapik….dah garenti sekejap aje terbolos beg tu…buku pulak banyak..belajar dari pagi hingg ke petang….pagi belajar akademik….petang pulak belajar agama…..kalau beli beg tu tentu sekejap aje jahanam….imran ni pakai beg ganas sikit…nanti zip tak boleh pakailah…poket beg koyaklah…dan macam-macam lagi….yang peliknya harga dia mahal jugak ..RM39.90…baik akak beli jenama swan ni…..kat tempat ni…selepas diskaun baru RM43.90…lagipun design terbaru …ada jugak harga yang lebih murah..tapi si imran dan ira ni cerewet……kalau rosak zip atau koyak boleh suruh dia orang repair….kena bayar dalam RM5.00 hingga RM10.00……belilah beg untuk ira dan imran..dalam perjalanan balik call yana…. suruh dia masak nasi..

Dari sini zoom pulak ke kedai yang jual pakaian…nak cari baju tidur ira…yelah…nak duduk asrama kenalah pakai baju tidur….belilah 2 pasang….sampai kat rumah dah dekat pukul 1.00 tengahari…cadang nak masak nasi goreng…tapi semua kata kenyang lagi…akak lepak dululah jawabnya…dalam pukul 3.00 lebih baru terasa lapar perut ni…akak goreng ajelah nasi…

Akak goreng nasi goreng kampung…bubuh cili padi dan ikan bilis…kat rumah ni kalau makan nasi goreng nak ada keropok goreng…dulu tak ada keropok ni….masa duduk kat indon…dah memang kebiasaan orang sana…kalau makan nasi goreng mesti ada keropok…selalunya keropok melinjau atau keropok sayur…terikut-ikut pulak kami macam orang indon…kat sini akak selalu goreng keropok ikan aje…beli yang terengganu punya….yang lain kurang umph…

Bila dah malam akak suruh yana bancuh tepung….suruh dia buat apam balik….yang ni untuk akak dan yana….buat sendiri boleh bubuh jagung dan kacang tanah banyak-banyak….

Untuk si imran dan ira…pecinta coklat…bubuh coklat chip.

Akak show gambar dulu..nanti akak bagi resepi ye….kenyang jugak makan apam balik ni tau…

10 thoughts on “Kisah hari isnin

  1. salam kak ina…sesekali berjauhan bagus juga…memupuk rindu…makin rindu makin sayang hihihi…kecil2 dulu saya selalu mkn nasi goreng atau mee goreng dgn keropok…org Trg…keropok senang nak dpt….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s