Pizza Smoked Beef Pepperoni dan Chicken Salami

Dah lama jugak tak makan pizza…hari khamis ingat hati nak gi tenguk tempat tragedi tanah runtuh di bukit antarabangsa…dan pergi sekali ke bagus bakeri..nak beli cheese mozarella dan chedder. Bila sampai di tempat tragedi…tak boleh masuklah pulak..ada polis jaga. Akak dan yana gilah kat pasaraya giant yang ada kat bukit antarabangsa tu…..beli chedder cheese dan mozarella…akak beli juga smoked beef pepperoni dan chicken salami..nak cuba bubuh kat pizza…macam kat pizza hut tu ..memang berbeza rasanya. Kali doh/base akak ambil dari rumah chef popular ah mat gebu..akak edit sikit-sikit ye cik mat..

Bahan Doh:-

1. 250 g tepung roti (high protein flour)
2. 130 ml air
3. 1/2 camca teh garam

4. 1/2 camca besar gula
5. 1 camca teh yis (instant yeast)

6. 1 camca besar madu

7. 1 camca besar lemak sayur (shortening)

8. 2 camca besar minyak zaitun
9. 2 ulas bawang putih, cincang halus

10. 1 camca teh oregano kering

UNTUK DOH

1. Ayak tepung dalam satu bekas.
2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih.
3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.

4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh.

5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.

6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.

7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.

KAEDAH LAIN: Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.

Untuk imran dan ira


Sos pizza ni akak kena masak..akak pernah letak sos tomato dan sos cili aje atas doh pizza tu..tapi si imran tak tahan..sakit perut..sejak tu kenalah masak dulu sos ni..sebenarnya cara masak sos ni sama macam masak sos spagetti.

BAHAN UNTUK SOS

1. 500gm ayam yang telah dikisar
2. 1 biji tomato (kisar halus)
3. 1 biji bawang besar (potong dadu)
4. 2 biji bawang putih-(potong dadu)
5. 3 sudu makan sos tomato
6. 2 sudu makan pes tomato
7. 1 sudu teh mixed herb
8. 1 sudu teh pizza herb
9. 1 sudu teh paprika
10. garam secukup rasa
11. minyak zaiton

CARA-CARA

1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan tomato yang telah dikisar dan juga ayam.
3. Biarkan seketika sehingga daging masak dan berair.
3. Masukkan pes tomato, sos tomato, mixed herb, pizza herb dan garam.
4. Biarkan sos pekat sedikit barulah di tutup api. Sejukkan.

untuk akak, suami,russhdi, firdaus dan yana


BAHAN UNTUK DI LETAK DIATAS PIZZA

  • minyak zaiton
  • smoked beef pepperoni
  • chicken salami
  • cili benggala
  • cendawan butang
  • hotdog ayam ramly-dihiris tipis
  • cendawan butang di hiris tipis
  • chedder cheese – diparut
  • mozarella cheese

CARA-CARA

1. Keluarkan doh dan uli sekali lagi. Tumbuk doh untuk buang angin.
2. Canaikan doh dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton.
3. Biarkan 10 minit . Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.

4. Ratakan sos ayam dan selang selikan smoked beef pepperoni dan hotdog ayam. 5. Letak pula chicken salami, cili benggala dan cendawan butan. 6 Taburkan chedder cheese dan mozarella cheese. 7. Bakar dalam oven 200C dan bakar selama 20-30 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Memanglah rasa tak sama dengan pizza hut..tak kira sedaplah jugak..
sape lagi nak puji..kalau bukan diri sendiri

5 thoughts on “Pizza Smoked Beef Pepperoni dan Chicken Salami

  1. salam kak ina.kakchik pun baru ke tesco tadi beli barang nak cuba buat pizza. tak pernah buat, jadi nak cuba buat yg mudah-mudah dulu.tapi nampak sedaplah pizza akak tu. cheese byk, nampak best sangat.

  2. agaknya minggu ni minggu pizza kot. saya dah 2x buat pizza – sabtu lepas dan ari ni. anak2 request. sabtu tu 1st time try buat pizza. dah le anak2 mintak buat lagi. cheese plak mahai…x leh buat slalu…

  3. salam azita…anak-anak sekarang ni ..memang favourite makanan macam ni…tak tahulah kenapa…akak tak pernah beli cheese kat giant ke..tesco…akak selalu beli kat bagus bakeri…murah sikit harganya….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s