Tart Apple dengan Krim Cheese Filing/Apple Tart with Cream Cheese Filling

Liyana sibuk nak cuba buat tart epal…suruh dia cari resepi dalam internet…cari punya cari jumpa resepi ni…resepi asal dari joy of baking.com…tapi kulit dia ambil dari resepi martha stewart….suruh dia buat sendiri..nasib baik jadi……hasilnya memang tidak mengecewakan…sedap rasanya...


Kulit Tart

  • 1 1/4 cwn tepung gandum
  • 1/2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu makan garam
  • 1/2 cwn mentega(sejuk,potong kecil2)
  • 2-4 sudu makan air sejuk

Cara :

  1. Gaul tepung, garam dan gula dalam mangkuk.
  2. Masukkan mentega dan gaul sampai mentega jadi serbuk/breadcrumbs.
  3. Masukkan air sejuk..gaul sebati sampai doh tak melekat di tangan…(kalau perlu tambah lagi 2 sudu makan air sejuk)………tapi jangan terlebih gaul..takut doh keras.(but not overwork).
  4. Canai doh 3/4 inci tebal di atas 2 lapisan plastik dan letak atas pan pie (dulang pie) dengan berhati-hati.
  5. Balut pan pie (dulang pie) dengan cling wrap dan sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam.

Filling

  • 227gm cream cheese
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla

Cara :

  1. Pukul cream cheese sampai lembut.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi.
  3. Masuk telur dan pukul sebati.
  4. Akhir sekali masukkan esen vanilla.
  5. Masukkan filing ke dalam kulit tart tadi
  6. Masukkan semula ke dalam peti sejuk sementara nak buat bahagian atas (topping)

Topping

  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 3-4 biji buah epal-buang kulit dan potong 8
  • 1/3 cawan cincangan badam (sepatutnye gune kepingan badam tapi badam cincang pun ok)

Cara :

  1. Gaul gula dan serbuk kayu manis ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan epal kedalam mangkuk tadi.
  3. Susunkan epal keatas cream cheese layer (filing)tadi…taburkan dengan badam.

Bakar 230 drjah celcius selama 10minit…kemudian turunkan suhu pada 205 C dan bakar lagi selama 25-30 minit,sampai perang (epal lembut bila dicucuk guna garpu)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s