Tenguk wayang

Hari Jumaat…akak, ira,imran dan yana tenguk wayang di mid valley..sebenarnya imran yang nak tenguk sangat cerita cicakman ni..terpaksalah akak bawak jugak..lagi pun tak lama lagi..cuti persekolahan dah habis..kami tenguk pukul 11.15 pagi..sebelum tu pergi ke bank dulu..nak bukak akuan sspn untuk si imran di bank cimb. Ambil masa jugak nak bukak akuan ni..tgk dah pukul 11.10 pagi..kelam kabut gi beli air dan coklat…untuk imran dan ira.

Sebelum masuk ke panggung wayang…imran posing dulu kat cerita antoo fighter..bila dah masuk dalam…tak berapa ramai dalam tu….banyak tempat yang kosong. Pertengahan cerita akak tertidurlah pulak…mungkin boring kot..atau tempat sejuk ni…sedap tidur…

Bila habis cerita cicakman tu…imran menangis..ajak keluar cepat…pasal orang semua dah keluar..tinggal kami 4 beranak aje..dia takut sampai menangis….kami saja aje menyakat dia..lagi kuatlah dia menangis……

Imran sambil menangis ajak keluar cepat….cepatlah mak…im takut ni…orang semua dah keluar...dia dah sampai kat bawah dah tu…pastu naik balik….penakut betul anak lelaki akak ni…kerna kesian kami pun keluarlah dari situ…budak-budak sukalah tenguk…akak bagi 3 1/2..anak-anak bagi 5 bintang….

Kat Hall B..ada pulak pameran barangan dari sulawesi…ada pulak benda ni…tak terang sangatlah…….akak tenguk macam pelamin tempat mereka aje..

Jalan-jalan kat ruang legar..banyak betul pokok krimas di sini…ada santa claus lagi..lepas tu ada sessi bergambar dengan santa claus………kalau ambil gambar dengan santa tu…. kena bayar..

Santa celup nak balik dah….dah habislah tugas dia agaknya…

Kemudian kami makan tengahari di mc donald…solat dan pergi pulak ke C4 beli barangan dapur..sampai kat rumah dah nak dekat pukul 4.00 petang. Lepas lepak kejap..masak untuk makan malam…masak cincai aje..ayam masak kicap dan sup sayur.

Lepas maghrib pergi pulak ke bangi….pergi dengan firdaus dan imran……..nak ambil barangan russhdi yang dah habis belajar di gmi tu..ya allah dari jalan nak ke tol sungai besi tu dah jem giler….nak sampai ke tol ambil masa dekat 1 jam….rupa-rupanya lepas aje tol..jpj buat road block…giler betul ..orang nak balik rumah lepas penat bekerja dan nak balik kampung .. dia sibuk pulak buat road block….akak melepaskan geram…membebel kat firdaus…

Alhamdulliah lepas aje tol…perjalanan lancar…selamat sampai ke bangi nak dekat pukul 9.00 malam..nasib baik akak dah suruh dia siap-siap packed barang….nak balik ke rumah ikut pulak jalan mrr…….lancar jugak perjalanan nak balik tu…sampai kat rumah dekat pukul 11.00 malam…..penat akak di buatnya.

One thought on “Tenguk wayang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s