Masak westernlah pulak


Hari Jumaat hari tu anak-anak teringin nak makan cara orang putih….jadi belilah ayam 2 ekor ( kalau seekor nanti makan terkulat-kulatlah pulak)…buat ayam bakar, mushroom and black pepper sauce dan coleslaw. Memang agak mudah masak cara western ni…..betul cakap lg tu…mudah dan tak menyusahkan….kalau nak buat hari-hari pun akak rela..resepi black pepper sauce tu akak ambil dari rumah lg…tapi akak tukar sikit..(jangan marah ye lg)….kan dia expert tentang hal ni…perap ayam tu akak buat ikut hati sendiri..pakai masuk aje..akak gunakan sos yang ada dalam botol tu…coleslaw pulak ambik resepi dari yani..tokey myr…

Bahan-bahan untuk sos

1. 20gm butter (akak tak timbang..pakai agak-agak aje)

2. 1 sudu makan tepung gandum

3. 2 biji bawang putih – di cincang halus

4. 6 biji cendawan butang dalam tin (toskan air dan hiris tipis)
5. 2 sudu makan whipped cream

6. 1/2-3/4 cawan susu cair

7. 1 biji bawang holland-cincang kasar (akak tambah sendiri)

8. 1 sudu makan sos tiram (akak tambah)
9. lada hitam biji (tumbuk \kisar kasar)

10.garam secukupnya

Cara-cara

  • Cairkan mentega didalam kuali dengan api perlahan sampai berbuih.
  • Masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dicincang. Tumis sehingga naik bau tapi jangan warna dia bertukar.
  • Masukkan pula cendawan butang dan kacau lagi selama 2 minit.
  • Masukkan pula tepung gandum sehingga 2 minit. Time ni kena kacau selalu..tak boleh tinggal.
  • Masukkan pula susu cair dan whip krim. Kalau nak banyak kuah tambah lagi susu…agak-agaklah banyak mana yang di sukai. Kacau sebati. Akak tambah sedikit air..nak bagi cair sikit..kat rumah ni tak suka yang pekat.
  • Masukkan garam, lada hitam dan sos tiram.
  • Hidangkan panas-panas.

Oleh kerana kat rumah akak ni banyak mulut yang nak makan..akak terpaksa buat 2 kali ganda…itu pun tak cukup lagi.

Bahan-bahan untuk ayam bakar

1. 2 ekor ayam di potong 12
2. 5 biji bawang putih – di kisar
3. 2 inci halia – dikisar
4. 2 sudu makan mixed herbs
5. 2 sudu besar madu
6. 1/2 botol sos hickory bbq sauce
7. 1 sudu besar lada hitam kisar
8. sedikit garam

Cara-cara

  • Bersihkan ayam dan toskan.
  • Campurkan semua bahan dan tuang keatas ayam.
  • Perap 2-3 jam (akak perap pukul 12.00 tgh hingga 6.00 petang)
  • Bakar dalam oven suhu 200 C sampai ayam masak. Akak bakar nak dekat 1 jam…kena balikkan ayam tu..

Nilah rupa sos tu..kalau nak tukar brand lain pun boleh…..

Bahan-bahan untuk creamy coleslaw-untuk 4 orang makan

1. 1/4 biji kobis cina (yang bulat kecil)
2. 1 batang lobak merah
3. 4 sudu besar mayonis
4. 2 sudu besar sour cream – tak letak
5. 2 sudu kecil gula
6. 1 sydy jecuk garan
7. 1 sudu besar lemon jus – akak bubuh jus limau nipis aje
8. sedikit lada hitam – tak letak
9. 1/4 bawang besar – akak tak letak…kalau letak anak-anak tak nak makan…

Cara-cara

  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali kobis dan lobak merah.
  • Basuh bersih kobis dan lobak merah. Hiris kobis.
  • Potong halus lobak merah..akak parut memanjang…
  • Gaul kobis dan lobak dan masukkan semua bahan yang lain.
  • Sejukkan ke dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

Kalau makan kat luar ni maunya satu pinggan dekat RM10.00 kot..buat sendiri lagi bagus.

3 thoughts on “Masak westernlah pulak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s