Jemputan…Jemputan…Jemputan

Hari Sabtu yang lalu akak ada 3 jemputan untuk makan……tak payah masak hari tu…gantung periuklah jawabnya…..cuma kena buat sarapan pagi aje…tu pun makan burger aje. Oleh kerana undangan untuk menghadiri majlis perkawinan ni jauh …di Bentong, Pahang..kami pergi ke sini dulu. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan sampai pukul 2.00 petang. Masa sampai tu pengantin telah selamat bersanding dan tengah salam dengan saudara mara…. orang pun dah tak berapa ramai lagi…jadi kami nak makan pun tak payah beratur panjang.

Akak suruh anak snap gambar suami akak yang sedang berbual dengan pengantin lelaki sambil makan ice cream….pasal suami akak tak suka bergambar….pengantin lelaki yang kerja satu department dengan suami akak…sebelah pengantin tu member office suami panggil castelleo…

Masa nak balik pengantin lelaki bagilah cenderahati…pengantin perempuan dah penat agaknya..sampai terduduk dah tu…sebelah dia pulak cameraman….

Nilah isi kat dalam bag tu…muffin tu dapat masa makan..

Oleh kerana ice cream free…anak-anak ashik ulang makan aje ice cream ni….orang masa tu dah kurang..jadi tak payah tunggu lama nak dapat ice cream…akak pun makan 2 kali…sedaplah ice cream ni..walaupun buatan sendiri.

Semuga berbahagia kepada pasangan pengantin ni… Fitri dan Tini. Kemudian kami turun gunung dan pergi pulak ke rumah saudara di Gombak yang mengadakan majlis cukur jambul 3 orang anak buah dia sekaligus kenduri kerna rumah baru siap. Oleh kerana nak dekat pukul 4.00 petang…majlis telah lama berakhir…tak apalah..janji tunjuk muka. Perut masih kenyang lagi…jamah jugak sikit sebab nak ambil hati tuan rumah…berbual dengan tuan rumah sampai lupa nak ambil gambar. Kemudian kami terus pula ke Teluk Panglima Garang di Kelang..nak pergi pulak ke rumah kakak ipar yang buat kenduri doa selamat. Ikut jalan MRR 2…kereta memang banyak…..jadi agak lambatlah kami sampai di sana.

Kami sampai di sana nak dekat pukul 6.00 petang…tenguk ada orang sedang pasang khemah…akak seloroh dengan kakak ipar…ingatkan nak buat majlis pertunangan anak dia….rupanya bukan…kata dia….nanti senang nak buat buffet dan makan di luar..sekarang ni mana ada orang hidang lagi….tenguk kat dalam rumah tak ada apa lauk pun yang di masak..yang ada cuma kuih muih aje..rupanya dia ambik katering aje untuk buat majlis ni…senang bukan…kalau RM ada di tangan. Satu kepala dalam RM8.00 termasuk air, buah dan jugak segala peralatan untuk makan dan minum. Pinggan dan gelas pun tak payah basuh..senang memang senang…..

Selepas makan tu ..kakak ipar akak ni buat pulak majlis potong kek sempena hari jadi beliau..saja suka-suka katanya……akak dan yana pun di ajak sama potong kek…1 kek coklat dan 1 lagi kek karet….
Macam biasalah..kanak-kanak yang excited….si imran pun sama menyibuk…

Kakak ipar sedang potong kek….lupa pulak nak tanya…hari jadi ke berapa?

Lepas tu giliran akak dan yana….orang suruh potong….akak pun potong jugaklah….seronok potong kek dua kali dalam sebulan.

Acara makan kek….sebab dah kenyang…tak ramai yang nak makan…yang makan pun kanak-kanak aje…

Ira tengah makan kek..macam sedap aje kek tu ………..

Semua jemaah masjid dapat ni masa nak balik…yang dapat orang lelaki aje..termasuklah suami akak dan firdaus. Kami bertolak balik dalam pukul 11.00 malam dan sampai ke rumah pukul 12.00 lebih….penat … memang penat…tapi seronok………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s