kisah mak lagi

Pagi Sabtu lepas..dalam perjalanan nak ke pasar tani taman melawati….tanya mak…

macamana mak jumpa abah?
pastu…mak first jumpa abah kat mana….?
mak pun ceritalah….

semua yang dah baca kisah mak akak dah tahukan..yang mak ni angkat yang diambil oleh orang melayu…mak panggil mak angkat dia mummy… mak tak berapa ingat kisah masa kecil dia…..eyalah..mana nak ingatkan..masih kanak-kanak riang lagi…

mak bersekolah rendah di area batu road…….dan tinggal di gombak lane..suruh mak tunjukkan tempat tinggal mak masa tu ..mak dah tak cam lagi..kan dah banyak perubahan kat kl..umur mak pun dah nak masuk 66 tahun….masa tu mummy dah bercerai dengan suami dia….janda 4 orang anak termasuk mak….mak sejak kecil lagi dah kena buat kerja rumah….pastu mak selalu kena pukul…mummy ni memang garang……kalau salah sikit aje..nak bantai…..kadang-kadang bila mak keluar main….mummy jerit….asmah…balik.…kalau mak tak dengar…alamat kena belasahlah jawabnya……selalunya dengan batang pokok ceri…kesian mak….

mummy mungkin stress kot…yelah…duduk kawasan rumah setinggan masa tu…lepas tu cuma mampu sewa bilik…mana nak cari duit bagi makan anak-anak dan nak bayar sewa bilik…tulah agaknya kot dia lepaskan geram kat mak…..
kakak mak yang sulung kawin dengan org kedah….tapi bercerai tapi tak ada anak…lepas tu katanya dia macam orang tak betul….kdg-kdg okey..kdg-kdg tak okey…suka menyanyi seorg-org…lupa lak nak tanya mak sape nama dia…

pakcik zakaria, russhdi, mak dan akak…masa ni kami di rumah pakcik z di singapura..jalan-jalan…pakcik z belum pindah di jb lagi…

abang mak…pak cik z….memang pandai belajar..dia jadi pilot kat syarikat penerbangan mana tah…dia ni yang selalu manjakan mak……pakcik z berkawin dengan orang indonesia..akak panggil mak som…dapat 2 orang anak…lepas aje berkawin …mereka tinggal di singapura…kemudian bila pakcik z dah berhenti kerja dia buat rumah kat kg laut, skudai, jb..yang duduk singapura..cuma anak lelaki dia…..kebetulan rumah pakcik zakaria ni dekat pulak dengan rumah adik abah..jadi mereka jadi jiran sekampung….kalau pergi ke jb..akak selalu jugak tidur kat rumah pakcik z ni….memang mesralah jugak…mak dan pakcik zakaria pun memang rapat..tapi lupalah pulak nak tanya sejarah hidup mak…..sekarang ni …bila pakcik z meninggal….. mak som duduk di singapura bersama anak lelaki dia…tapi kami dah lost contact…anak dia macam sombong aje dengan kami…kami pun tak heran…orang dah tak nak bersaudara dengan keluarga kami ..yelah keluarga kamu pun bukan orang kaya……udahlah…cakap dengan mak…bukan dia yang bagi kita makan pun..biar pi sama dia……sebenarnya nak pujuk mak..supaya jangan nak ingat lagi anak saudara dia tu…

ulang tayang balik….mak masa kecil bersama maksu…jauh betul beza umur mereka..mungkin masa ni mak su anak dara dlm umur belasan kot…dan mak baru 3-4 tahun…

kakak mak yang nama kaksu tu pun berpelajaran orangnya dan bekerja dengan rtm….yelah orang bekerja dan lepas tu lawa pulak…jadi adalah orang yang minat..pakcik samad yang selalu datang ke rumah mummy bawak buah tangan…pasal mak yang kecil sekali, mak jadi adik kesayangan pakcik samad ni….pakcik samad masa ni kerja pegawai daerah…mestilah loadedkan…..

..mummy jatuh sakit masa anak-anak dia dah bekerja…katanya kena buatan orang..setelah menderita agak lama….mummy pun meninggal…mak tak tau apa-apa…. cuma mak ingat….pada satu malam …pakcik samad suruh mak hidupkan arang dan bubuh kemiyan….masa tu mak takut jugak nak jaga jasad arwah mummy tu..yelah meninggal waktu malam….mak teringat orang cerita…..kalau kucing hitam langkah mayat nanti mayat hidup balik…jadi mak jaga arwah dengan baik sehinggalah esoknya arwah di kebumikan….al fatihah….

bila dah tak ada orang jaga mak…terpaksalah ciksu yang sekolahkan mak…pakcik zakaria dah gi jauh merantau dan dah kawin pulak tu…….kakak mak yang tua pulak dah di bawa balik ke kedah…saudara mara dia orang jaga dia di sana..tak lama kemudian arwah mak su dan pakcik samad ni pun berkawin… pakcik samad di pindahkan ke pahang..jadi mak ni pun merasalah bersekolah di pahang…sekejap di temerloh…sekejap di kuala lipis….mak terpaksa tukar sekolah bila pakcik samad ni kena pindah kerja….walaupun begitu..pakcik samad masih sayang dan jaga mak dengan baik….cuma dengan maksu aje mak ada masalah…..suka memerintah dan suka pukul mak lagi…….masa tu cik su masih kerja lagi….mak bersekolah rendah hingga ke tingkatan 2 atau 3 di pahang….lama jugak mak di sana…..dan pakcik zakaria dan mak su pun di kurniakan 3 orang anak..

Teruk juga mak kena buat kerja rumah…mak su ni malas sikit tang buat kerja rumah ni…walaupun ada orang gaji.. jadi mak bila balik sekolah kenalah tolong jaga jaga anak maksu ni..dan buat kerja rumah…oleh kerana jodoh mereka tak panjang…mereka bercerai…

maksu dan anak-anak bersama mak balik semula ke kuala lumpur…masa ni mak di sekolahkan di methodist girl school.. tulah yang bagusnya mak su ni..biarpun garang tapi masih lagi nak menyekolahkan mak…….masa tingkatan 3 mak ambil peperiksaan LCE…alhamdulliah mak berjaya di dalam peperiksaan tu….

Oleh kerana mak su bekerja…mak terpaksa jugak buat kerja rumah …..mak su bagi mak RM1.00..suruh beli lauk dan masak sekali…yelah masa tu barang masih murah lagi….kalau boleh..dia tak kasik mak habiskan duit tu…..mak beli kelapa…ikan…sayur..selepas balik bekerja…..dia akan tanya berapa ada duit lebih…dia akan mintak balik…maknanya mak mesti belanja kurang dari RM1.00 tu…..

Yang mak yang tahan tu…dah besar pun ashik kena pukul…sampai lebam-lebam….nak mengadu kat sape…terpaksalah menanggung sakit seorang diri…mungkin maksu stress kot…dah biasa duduk rumah besar…bila bercerai duduk rumah setinggan…pastu sewa bilik pulak tu…masa tu mereka semua menyewa rumah kat area jalan batu road kot..mungkin maksu penat… kena cari duit nak bagi anak-anak dan adik dia makan..kemudian mak dah bersekolah tinggi….tulah agaknya dia lepaskan geram kat mak….mak som ni banyak duit…lepas bercerai dia ada pakwe..tapi pakwe tu kebas duit dia….taklah mak su ni kawin lagi…khabarnya pakcik samad pun tak kawin jugak…entah dimana dia sekarang…mak pun tak tahu….

Gambar mak dan abah bersama pakcik zakaria bersama isteri dia…isteri dia orang indonesia….akak dah besar baru jumpa balik pakcik zakaria ni..masa tu mak su dah meninggal..

Lepas mak berjaya periksa LCE tu dan mak su pun masukkan mak ke sekolah berasrama di King George di Seremban..masa tu mak dah masuk ke tingkatan 4….kata mak..masa tu duduk asrama bukan macam budak sekarang yang senang lenang kat asrama….mak kena gosok baju sekolah guna seterika arang dan kena kanji dulu pulak tu..tapi mak tak lama kat situ….maksu ambik mak balik ke rumah…mungkin dia susah kot..tak ada sape nak bantu dia buat kerja rumah..dan tengukkan anak dia…..mak bersekolah semula di methodist girl school……perangai mak su tak berubah jugak…masih suka pukul mak…mak pun dah tak tahan….akhirnya terjumpalah abah …adalah tempat nak meluahkan perasaan..

Gambar abah..agak kabur sikit…ambil pun dari album member abah..orang tu tak pandai snap..jadilah macam ni….tak apa..at least dapat jugak tenguk muka abah masa muda.

Masa tu……abah bersama sepupu dia duduk sewa bilik kat area rumah mak…jadi selalulah jumpa mak ni……..abah pulak baru sampai dari kampung..dapat pulak kerja sebagai salesman kat gedung beli belah…masa tu mak kata tulah satu-satunya shopping complex yang ada…abah kerja kat bahagian jualan baju dan seluar dalam ..
(akak dah nak gelak dah bila mak cakap macam ni..mana ada budak lelaki sekarang kerja kat bahagian tu sekarang..)…bukan seluar dan baju dalam murah tau…yang ada branded macam wacoal tu kot….masa tu abah dah ada girlfriend..tapi orang asing…abah selalu bagi girlfriend dia hadiah baju/seluar dalam berjenama tu….sampai girlfriend dia pujuk masuk agama kristian…ajak kawin…nasib baik iman abah kuat…abah break dgn girlfriend tu dan berkawan dengan mak….(kalau idak akak tak adalah kan)

panjangnya..nanti akak sambung lagi ye….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s