Kung Pao Chicken

Nasib baik bukan panggil kung foo chicken..kan ana kan…oleh sebab gi umah si ana nilah akak teringat makan kung pao chicken kat restoren amy search hari tu..teruja nak buat..sebab nak rasa…sama tak macam kat restoren tu….belek punya belek…aiseyman kacang gajus dah tak ada stock..yang ada cuma almond cincang…belasah ajelah…kita yang masak…pandailah nak adjust nanti…ana kata dia ambik kat rumah diana..tapi akak cilok dari rumah ana ajelah…tapi akak tokok tambahlah sikit ye…

Bahan-bahan A

1. 600gm ayam – dipotong dadu

2. tepung jagung secukupnya

3. sedikit lada hitam

4. sos tiram

Cara-caranya

  • Perap ayam dengan sos tiram dan ladahitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
  • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  • Toskan selepas di angkat.

Bahan-bahan B

1. 100gm kacang almond cincang – akak panggang aje..(sebenarnya letak kacang gajus ye-di goreng dan toskan minyak)
2. 30gram cili kering – pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
3. 2 biji bawang besar holland – potong dadu besar-besar(rasanya 1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat lagi sedap kot…lain kali nak cuba pulak cara ni)
4. 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
5. 2 inci halia – di tumbuk halus
6. 1 biji cili benggala – potong lebar-lebar (akak tak letak)
7. 3 sudu makan sos tiram
8. 2 sudu makan cili sos
9. minyak untuk menumis
10. garam jika perlu
11. minyak bijan – akak tak letak
12. seasoning maggi

Cara-caranya

  • Panaskan minyak dan goreng cili kering hingga garing dan toskan.
  • Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
  • Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
  • Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam dan cili benggala. Kalau gunakan gajus kena masukkan bersama ayam dan cili bengala tau..

Selepas di angkat baru taburkan pula badam cincang tadi.

p/s memang betul kata ana..rugi tak cuba….buat 2 kali tau….yang ni buat belah tengahari…dah habis terpaksa buat lagi sekali……tapi kat restoren amy tu rasa dia lain sikitlah..mungkin dia ada bahan rahsialah…lepas makan bolehlah berkung foo..wacaaaaa..


6 thoughts on “Kung Pao Chicken

  1. tak pernah dengar nama masakan ni, maklum kakchik ni jarang makan di restoran. tapi kak ina punya masakan tambah-tambah kakchik pun minat kung fu, rasa nak try juga buat ayam kung pao ni, ratah pun sedap kot.

  2. okeylah macam tu …kalau yang suka tenguk cerita kung foo bolehlah buat masakan ni..yelah kena berkung foo jugak tau..tapi kung foo kat dapur ajelah…cubalah …memang sedap..bila gigit cili kering tu yang buat makan nasi bertambah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s