Ujian Khas Kemasukan Pelajar SMAKA, SMK Segambut Jya dan SMK Seri Bintang Utara

Hari ni 16hb Disember pukul 5.30 pagi akak dah terjaga…anak yang nak ujian mak pulak yang tak lena tidur…lepas bereskan hal dapur..tenguk jam dah pukul 6.15 pagi..

ira..bangunlah…dah pukul 6.15 ni…nanti lambat…
mengeliat.termamai…mamai……pastu dia cakap…
mak ni…… apasal kejut awal sangat..baru nak pukul 5.30 pagilah...

la..cuba tenguk jam tu…dah pukul berapa?..tulah tidur lagi lambat..pukul 12.00 tak tidur lagi..kan dah tak boleh bangun… kena sampai kat situ pukul 7.30 pagi…kang lambat…jalan jem…bla..bla..bla….
apalagi…pot pet..pot pet..pot pet…..membebellah akak pagi-pagi lagi..geram betul…

lepas tu kejutkan firdaus pulak..dia ni bila kena kejut… senang sikit..cepat aje bangun..lepas dia solat..suruh gi hidupkan enjin kereta…

..akak masa tu nak pakai tudung aje lagi…tenguk jam dah pukul 6.35 pagi..
tenguk kat bilik dia..masih belum pakai tudung lagi…dia ni memang tembel (lambat sikit)..

cepatlah ira…mak takut lambat ni……
yelah..tengah nak cepat lah ni...

nasib baik segala fail semua dah settle malam tadi…akak dah masuk dalam kereta…dia tak turun lagi…lepas tu…dia jerit…….
mak…mana kasut ira yang ade tali tu….
eh..eh..mana mak tau…awak punyak kasut awak carilah sendiri…ala…pakai ajelah kasut sekolah apa-apa pun…

tak lama…… dia turun…apa lagi kena bebel lagi….dalam kereta akak bagilah tip-tip macammana nak cakap bila berdepan dengan ustaz dan ustazah yang nak temuduga dia nanti…pasal ira ni pemalu sikit orangnya…..alhamdulliah perjalanan nak ke sekolah smartkl tu ..jalan belum jem lagi..walaupun kereta agak banyak di jalanraya..dah lama tak pergi kerja..jadi tak tahulah jalan pepagi macam mana…

akak sampai kat sekolah ni …. belum pun pukul 7.00 pagi. Biasalah akak ni malas nak berdiri ramai-ramai kat perkarangan sekolah tu…cari tempat duduk…tak lama ira jumpa pulak kawan sekelas dia….orang makin ramai tiba….pukul 7.40 pagi ada pengumuman agar berkumpul di perkarangan sekolah…

Punyalah ramai yang menyerbu ke dataran sekolah tu…nak jalan pun payah……

Ibubapa dan anak pun sibuk nak beratur sama..padahal gurubesar suruh anak-anak aje yang beratur kat situ………..

Dah beratur pun ada juga ibu yang berdiri kat situ….entahlah..tak faham bahasa kot…

Ira di tempatkan kat bilik nombor 20…bila dah di bahagikan kepada beberapa barisan mengikut bilik masing-masing…guru besar dan pegawai jabatan pelajaran bahagian agama islam bagi taklimat…..kemudian pelajar di bawak ke kelas masing-masing diiringi 2 orang pegawai/guru..ibubapa tak dibenarkan ke bilik peperiksaan….peperiksaan di jangka berlangsung selama 1 jam 15 minit….

akak pun berbuallah ngan ibubapa yang berkumpul kat taman kat sekolah ni….masing-masing berbual pasal sekolah ni……

amboi ramainya budak yang datang nak ambil exam ye…dalam 500 lebih yang datang… dia orang nak ambil cuma 170 orang aje…kata Puan A

memang persaingan tinggi pasal di wilayah persekutuan/kuala lumpur ni sekolah menengah berasrama ni kurang ….sekolah rendah banyak…..jadi banyaklah yang memohon...Puan B.
ala..kalau ada rezeki..insyallah dapat..lepas ni tenguk pulak keputusan..dapat ke tidak masuk ke kelas aliran agama(kaa)….pelajar yang masuk sekolah kaa ni..selalunya duduk asrama jugak.. ..selalunya mereka ambil kepada pelajar yang tak dapat masuk smakl….Puan A.

patutnya tak ramai…pasal keputusan sekolah mrsm dan asrama penuh belum keluar lagi..tulah sebabnya ramai..eyalah…mak bapak takut….. kalau anak dapat 5A pun belum tentu lagi dapat gi sekolah tu….kat sekolah ni cuma nak kelulusan 4A 1B..nanti takut tak ambil ujian ni ..anak nanti kena pergi sekolah menengah biasa saja..ada pulak yang lain bercerita..

akak angguk mengiyakan aje….betul jugak..berharap sangat nak masuk sekolah asrama dan mrsm…sekali tak dapat dua-dua..haru jugak..at least ada pilihan masuk ke smakl ni..macam anak akak yang no 3 dulu…dapat 5 A pun tak dapat msk mrsm dan sekolah asrama penuh…akhirnya dapat masuk kelas aliran agama aje…tapi tak apa…ada asrama…lepas tu dapat jugak masuk sekolah berasrama penuh masa tingkatan 4 dan 5….merasalah jugak…

banyaklah lagi cerita..ada yang cerita pengalaman bila anak bersekolah di mrsm..asrama penuh..memang tak ada cerita lain lagi…hal sekolah aje….

Kebetulan ibu kawan ira anak dia 2 orang bersekolah di sini…kami pun tanyalah tentang sekolah ni….

kat sekolah bila keluar result pmr dan spm memang peratus paling tinggi kat wilayah…dulu 5 tahun yang lepas..sekolah ni serba serbi kekurangan…sejak 3 tahun lepas aje baru lah ada perubahan bla…bla..bla……..

patutlah ramai yang mintak masuk ke sekolah ni …nak dapat sekolah ni memang payah..keputusan nak dapat masuk sini bergantung kepada peperiksaan bertulis dan lisan…..kecuali ada cable…(alah..orang dalam) apa nak buat akak tak ada cable..rantai adalah….tapi tak apalah…kalau tak ada rezeki nak buat macam mana…

tak lama …ujian berakhir…akak punyalah lapar..ajak ira beli air kotak dan roti..jadilah sementara alas perut…akak tanya

macammana ira….okey tak…
ada susah…ada senang…tapi semua dpt jawab…x tau betul ke tidak….
soalan macammana yang keluar…math ada tak…..
tak ada langsung….soalan 50 objektif…pastu yang lain subjektif….keluar bahasa arab, jawi, akhlak, fiqah dan sirah…..pastu dia ada bagi soalan….apa yang anda lakukan bila anda dapat sekolah nie……
ira jawab apa….
ira jawab….saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk meningkat ilmu pengetahuan….. kat dalam kertas tu tulis tak boleh lebih 10 perkataan…..

pelajar di beri masa 30 minit untuk rehat sebelum di temuduga…ira dan member-member dia borak-boraklah..akak borak dgn ibubapa mereka….tapi yang banyak kaum ibulah….pot pet..pot..pet…tenguk dah pukul 10.00 pagi…suruh anak-anak tadi gi balik ke kelas tadi…

akak mintak diri…nak cari sarapan..perut dah lain macam…tanya ibu kawan ira mana dia gi sarapan tadi…dia kata..

akak jalan depan sikit..nanti jumpa ada orang jual macam-macam…

akak jalan hingga 1 kilometer rasanya..tapi tak jumpa pulak kedai tu….patah balik semula ke sekolah tu balik….lepak lagi dengan ibu yang lain pula…pot pet–pot pet…tiba-tiba ira call guna hp mak kawan dia tadi…

mak kat mana…..
ada ni…kenapa…
ira dah habislah…....
eh…eh..cepatlah pulak….ira kat mana ni….
ira duduk ngan mak aziemah….
okey nanti mak datang….

sampai kat situ..tenguk dia dah tersengih…rupanya kawan-kawan di belum habis lagi..baru dia seorang…rupanya dia orang ke kena temuduga….habislah di usik dek ibubapa yang lain…sampai merah padam muka dia…malu…

pastu dia bisik…..

mak……susah jugaklah…
kenapa…..
dia bagi kertas bertulis ayat quran…. ira pun bacalah…lepas tu ustaz tu cakap.
.eh.eh..saya.belum suruh baca ..kamu dah baca…lepas tu ustaz tu tergelak2…..

lepas tu ustaz pergi dekat luar kelas cakap kat murid-murid lain…….
ikut arahan..kalo saye tak suruh jangan buat…..bila saya beri arahan baru buat….. lepas tu dia suruh ira baca….
lepas dah baca…dia tanya pulak pasal tajwid….ira lupalah pulak apa jawapan nyer…ira diam ajelah…pastu dia tanyalah berapa ramai kawan yang datang… ira jawablah 10 orang….. pastu ustaz tu cakap….huh…ramainyer
dia tanya lagi…kenapa nak masuk ke sekolah ni….mana tahu tentang sekolah ni…apa cita-cita ira?
.mula-mula ira kata nak jadi jururawat…pastu tukar pulak nak jadi ustazah…
dua orang tu gelak..yang perempuan panggil…o…ustazah athirah…. lepas tu dia suruh keluar…

o…macamtu ceritanya..okeylah tu…Akak call firdaus..suruh ambil akak..tgk kredit tinggal 0.11 sen…alamak..terpaksalah pinjam hp mak si aziemah ni….lepas call daus…akak bersalaman dengan mak aziemah…yelah ckp terima kasih pasal bagi pinjam hp….nak sampai pagar sekolah..firdaus dah sampai..mak ai…lajunya dia bawak…sekejap aje dah sampai……

bila firdaus sampai…ira pot pet pot pet lagi…

mak…ira rasa macam tak dapat ajelah….
la…relaxlah…dapat tak dapat tu bergantung kepada rezeki…dah jangan cerita lagi hal ni..tunggu surat sampai….
dia ada tanya dengan ira..samada nak masuk ke sekolah menengah bintang utara tak..ira tetap kata nak masuk ke sekolah ni jugak...

Yelah…ibubapa mana tak anak pandai…kita dah tunjuk jalan….semuanya bergantung kepada rezeki anak-anak..doa-doakan ajelah agar ira dapat masuk sekolah ni…pelajar lelaki yang nak masuk ke SMK Segambut Jaya..tak sampai 100 orang yang datang..jadi ada canlah dia orang dapat..pelajar perempuan…amboi ramai bebenor….

p/s korang simpan dalam ingatan tau apa jawapan ira tu..manalah tau ..nanti bila anak dah lepas upsr nak masuk sekolah agama.terutama nak masuk ke sekolah ni….tak adalah terkial-kial anak tu nanti…sebab dah tahu apa soalannya….

2 thoughts on “Ujian Khas Kemasukan Pelajar SMAKA, SMK Segambut Jya dan SMK Seri Bintang Utara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s