Chicken Pie


Chicken pie/pie ayam ni buat hari minggu hari tu..sebab tak pernah lagi buat pie ni…jadi excitedlah akak dengan yana nak membuatnya…cari punya cari jumpa resepi ni kat myr..resepi oleh pu3by..terima kasih ye…

Bahan-bahan untuk inti

1. 6 biji ubi kentang (di potong kiub atau di parut kasar)
2. 2 biji bawang besar (dipotong halus)
3. 4 biji bawang putih (di tumbuk)
4. 6 biji bawang merah (di tumbuk)
5. 1 inci halia
6. 4 sudu makan kari ayam (kalau nak pedas..tambah lagi)
7. 1 tangkai daun kari
8. 200 gram ayam/daging di potong kecil(kalau nak tambah pun boleh..lagi sedap)
9. minyak dan garam secukup rasa
10. kiub ayam maggi (optional)/air

Cara-cara

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk. Masukkan juga daun kari.
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air..biarkan hingga naik minyak..masukkan pula ayam/daging. Masukkan garam.
3. Masukkan ubi kentang dan bawang besar dan tambah 1 cawan air.
4. Masukkan kiub ayam maggi dan masak sehingga ubi kentang empuk dengan api yang perlahan.
5. Biarkan sejuk sebelum di gunakan.

Bahan-bahan untuk doh

1. 150gm mentega – suhu bilik
2. 280gm tepung superfine
3. 1 biji kuning telur (pukul sikit)
4. secubit garam
5. 1 sudu teh gula halus

Cara-cara

1. Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata.
2. Campurkan semua bahan yang lain dan gaul dengan tangan sehingga doh tak melekat di tangan.
3. Canai doh di antara 2 plastik dalam 1/2cm tebal.
4. Perlahan-lahan tanggalkan bahagian plastis atas dan terbalikkan doh ke dalam acuan pie.
5. Ratakan perlahan-lahan sehingga menutupi kesemua acuan pie. Potong lebihan tepi doh.
6. Masukkan inti yang telah sejuk dan tutup bahagian atas dengan kepingan doh.
7. Bahagian tepi atas doh di tekan-tekan dengan garpu supaya bahagian atas dan bawah doh melekat.
8. Sapu dengan kuning telur dan larikkan dengan garpu secara brsilang untuk menghasilkan corak.
9. Lebihan doh jangan di buang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
10.Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180 C selama 30 minit.
11 Biarkan selama beberapa minit dalam oven sebelum di keluarkan.

Sebelum di bakar….akak tak berapa minat makan pie ni..cepat muak…ada sesape tak yang ada resepi pie ayam yang lain sikit…kalau ada tolong bagi ye..

inti ada lebih..akak buat puff pastrylah pulak…yang ini dulu cepat habis….

2 thoughts on “Chicken Pie

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s