Ke Taman Mini Indonesia

Sepanjang 2 tahun lebih tinggal di jakarta..taman mini indonesialah yang selalu akak pergi..ada yang pergi dengan A…ada yang pergi dengan L…bawak adik akak pun pernah….tempat ni memang luas…kalau jalan memang penat..lebih-lebih lagi bila bawak budak kecik….lepas tu banyak pulak tempat yang nak kena pergi. ..ada muziumlah…ada permainan airlah..dan taman bunga…… setiap tempat di indonesia ada replika rumah mereka…..seperti rumah bali, sumatera…kira-kira kalau gi sini..macam dah melawat satu indonesialah……

Nak masuk sini kena bayar tau…murah aje bayarannya kalau nak dikira dalam rupiah…yang tak bestnya kat sini…kalau bawak kereta pun di bayarin jugak.kereta kena bayar Rp10,000…kalau naik motor lain pulak bayarannya ..murah sikit dalam rp6,000….lepas tu penumpang pun di kira ikut kepala…kalau kanak-kanak di atas 3 tahun kena rp9,000 setiap seorang.. Kat pintu masuk banyak betul orang pakai baju bentuk harimaulah…arnablah…nak ambil gambar kena bagi tip tau…bukannya free….

akak malas nak ambil gambar tapi anak-anak ni yang teringin…bagi ajelah Rp2,000 (RM0.80sen)…murah kan..

Mula-mula jumpa rumah jawa tengah dan semestinya replika borobodurlah yang ada kat situ…sebenarnya ada jugak pertunjukan kesenian kat belakang tu..tapi selalunya hari minggu baru ada..kami tak suka pergi hari minggu orang ramai…ni pergi dengan russhdi..masa ni dia datang seorang….masa tu cuti semester….tension dia…dia nak ambil gambar…budak-budak ni sibuk aje…

Masa ni pergi dengan adik lelaki dan isteri dia…

Yang ni bersama L…kalau pergi sini kami memang bawak air dan makanan…kat sini memang ada orang jual makanan dan minuman tapi tang makanan tu kena tenguk jugak…akak kan cerewet…lepas jalan-jalan..penat…lepaklah sekejap…

Saje aje nak bergambar kat tempat orang main gamelan…

Tak pergi bali pun tak apalah…ambil gambar dengan adik ipar kat pintu rumah bali…geram betul tenguk pintu….lawalah….kalau pasang kat rumah akak..tentu grand…

Russhdi pun nak ambil gambar jugak…

Tak ingat pulak ambil gambar ni kat rumah mana tah…

Tengah jalan-jalan dengan A…ada pulak pelancung dari korea nak ambil gambar..nak buat kenangan katanya…

Kat rumah jawa….masa ni anak buah akak ikut jugak…pasal mereka berlima termasuk mak dan abah ambil passport visitor…guna passort tu untuk sekali masuk aje…takkan mereka nak buat seorang satu passport….satu dah RM300…x 5 orang dah berapa….kalau guna passport tu cuma bayar RM250.00 sahaja…bukan mereka nak datang banyak kali pun…

Ambil di rumah orang Papua…bukan free tau…kena bayar…share dengan L….

Ni pun di rumah papua…




…banyak ambil gambar kat sini..pasal rumah ni yang paling best..yelah rumah orang asli kan..nak gi ke papua tu jauh sangat..semua dah pergi cuma firdaus aje yang belum pernah datang sini..entah kenapa akak pun dah lupa…

Kat rumah nusa tenggara timur…

Rumah Nangroe Aceh Darussalaam….kata belakang rumah nilah baru akak jumpa pokok kari…..punyalah seronok masa tu….pergi dengan L dan bibik….suruh bibik ambil banyak-banyak..kat jakarta mana ada daun kari….penduduk kat sini..tak tahu masak kari kot…

Kat dalam rumah acheh…

Depan pelamin pengantin daerah Acheh

Yang ni pulak di panggil Istana Anak-Anak Indonesia…nak masuk kena bayar jugak…ada jugak permainan

Imran bergaya depan patung kuda…masa ni akak pergi bertiga aje …anak-anak semua kat malaysia…tinggallah si bongsu ni aje buat penghibur hati…

Layan ajelah gambar ni ye…ni kat umah kalimantan timur..












Rumah mini banyak betul lah…rumah maluku..rumah kalimantan timur, tengah, selatan dan barat, rumah acheh, rumah jawa tengah, rumah papua, banten, sulawesi tengah, tenggara, selatan dan utara, rumah bengkulu, jambi, riau, sumatera utara, barat dan selatan, rumah jawa barat, rumah jawa timur, rumah jakarta, rumah yogjakarta, bali, nusa tenggara barat dan timur, rumah gorontalo…kan banyak yang di jenguk tu….tu sebabnya akak pergi banyak kali…satu hari tak boleh habis..
Imran masa ni boleh senyum lagi…bila dah cuaca panas dan penat berjalan dia punya angin pun datanglah….

Dah mula tarik muka….nak ambik gambar pun tak berapa hendak….

Oleh sebab kawasan tu luas..jadi di sediakanlah titihan samirono/aeromovel…ala macam monorail tu…nak naik pun kena bayar jugak….

Nak naik ni pun perlu di bayarin….

Yang ni di panggil di panggil skylift atau pun kereta angkut…..takut akak nak naik ni…takut jatuh dalam tasik nanti…semacam aje akak tenguk…harga nak naik ni Rp20,000 (lebih kurang RM8.00)..best lagi naik cable car genting tu…

Antara muzium yang ada kat sini..muzium indonesia namanya…

Ni pulak muzium telekomunikasi..

Ada taman jugak ..yang ni di panggil taman kaktus..

Ada juga taman burung..

Ada jugak kolam renang…


Tulah akak dah kata..tempat ni besar sangat sampai si imran tension bila ashik pergi kat sini..penat katanya…sampai terduduk dah..tak mau jalan lagi…jadi sesape yang sesat di jakarta tu dan nak pergi ke taman mini indonesia ni..akak nasihatkan pergi pagi-pagi tau…kalau idak jadi macam anak akak…..dan lagi satu bawak air banyak-banyak..kalau malas nak bawak..beli aje..kedai makan pun banyak kat sini…nak makan pun boleh..memang banyak sebenarnya gambar kat sini…tak kan nak show semua..nanti orang jemu tenguklah pulak…….

13 thoughts on “Ke Taman Mini Indonesia

  1. Kak InaSalam singgah.. wah best ye jalan-jalan ke jakarta.. tengok gambar pun dah banyak tempat yang boleh pergi yang tak tahan semuanya kena bayar ye.. agak2 kalau nak masuk taman mini tu kena standby bape ekk duitnya😉

  2. iina..terima kasih sudi singgah..kamu lagi best…dapat gi jauh lagi dari akak tau…study rajin-rajin ye..seminggu impian menjadi kenyataan…kat situ..kalau di kira rp memanglah banyak…bawak setengah juta rupiah cukuplah kot…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s