Hari raya aidil adha

Sebelum nak balik ke segamat…suami dah call adik beradik dia..tanya balik ke tidak bila hari raya haji nanti…..bila call semua kata tak balik…cuma seorang adik ipar yang duduk kat nilai yang akan balik lepas sembahyang raya…dia nak balik ke rumah mertua di jb dulu…
Tak boleh jadi ni….akak dan suami berbincang…

Ina….tak ada orang balik hari raya ni….kesian ayah…malam raya dia seorang aje….
Okeylah macam tu…kalau abang nak balik…ina ikut aje….
Bila agaknya ina nak balik..
Balik hari Ahad petanglah…nak masak untuk Russhdi dan Firdaus..lagi pun kat rumah ayah bukan ada benda yang nak di masak…(fil tu duda..jadi jarang masak)

Pagi lagi akak dah pergi ke pasar pagi di greenwood…nak masak untuk bujang 2 orang tu…….masak rendang dan sambal ikan bilis kering..ayam berempah akak dah perap…cuma kalau makan tinggal goreng aje…untuk bawak balik ke segamat akak dah bekukan..takut rosak nanti…nasi impit tak masak dulu..nak masak kat rumah ayah mertua….bawak segala bahan nak masak sayur lodeh….tempe dan tahu dah goreng dulu…

Kami berlima bertolak dari rumah dalam pukul 3.00 petang..dalam perjalanan tu nampak satu kereta yang telah di cat satu badan…selama ni tenguk gambar aje……lawalah..

Tak berapa nampak…..imran yang suka tenguk..

Nasib baik perjalanan lancar…tapi hujanlah pulak sepanjang perjalanan..berhenti solat asar kat stesyen minyak petronas…suami pun nak isi minyak sekali….dalam perjalanan nak ke kg tu akak suruh suami berhenti di Gemas…nak beli santan kotak…suami kata..

Tak payah beli santan kotaklah…kan rumah ayah banyak kelapa…

..ala…ina nak senang kerja…sape pulak yang nak kait kelapa..pastu nak parut…tak rajinlah ina…

Bila sampai kat Gemas…dah masuk maghrib…solat kat masjid kat situ…pusing balik ke pekan gemas….cari kat 3 kedai…semua tak ada santan kotak…ada pun kelapa parut..malaslah pulak nak perah santan pagi raya nanti….akak dah panik…alamak mcm mana nak masak lodeh nanti…puas jugak mencari kedai yang jual santan kotak ni….alhamdulliah akhirnya jumpa jugak kedai yang jual santan ni…tapi dalam kotak kecil…memang tak sedap pakai santan kotak..nak buat macammana..terpaksalah pakai….

Bila sampai kat rumah fil jam dah pukul 8.30 malam…tenguk gelap aje….macam tak ada orang….agaknya fil nampak cahaya lampu kereta dia bukak lampu luar…kesian akak tenguk dia duduk seorang kat rumah tu..tak ada anak yang balik malam tu…nasib baik kami balik…tenguk nasi dah masak…tapi sikit sangat…suruh yana masak lagi….bagi fil, suami, imran dan ira makan dulu…sambil rebus nasi impit…akak dan yana makan kemudian…

Masak asam pedas ikan sembilang sungai campur daun kesum dan bunga kantan…

Sambal ikan bilis campur tempe dan tahu..sebenarnya nak buat makan pagi raya..tak apalah buat tambah lauk makan malam…lepas tu akak dadar telur…….fil ada beli lauk sikit…kenyanglah jugak makan malam tu..

Gambar fil masa muda..tulah bila di fikirkan balik…anak ramai…12 orang termasuk anak angkat..bila dah tua duduk seorang….kesiankan…mil dah 5 tahun meninggal dunia…tapi fil ni setia…tak nak kawin lagi…ajak duduk rumah anak dia tak mahu….kalau sekejap boleh…kalau lama sorry…yelah anak-anak dah ada keluarga sendiri…

Semua geli tenguk mengkarung ni…dah jadi teman fil masa semua orang tak ada…sampai beranak pinak…kalau semua balik…ada aje yang terjerit bila mengkarung ni tunjukkan diri..

bila hari raya aidil fitri penuh rumah..dari dapur sampai ke ruang tamu penuh bila nak tidur malam..kena booked dulu khemah masing-masing…akak, ira, mimi dan mimi (anak buah/adik beradik), ayu (biras), aiman (anak ayu) yana dan fil….masa ni nak balik ke kuala lumpur semula..

Russhdi, Sani(bil), Kak Hamidah(sil), anak buah panggil Y aje, Apah(sil), Farhan(anak buah), Kudin (biras),yang pegang baby… Mas (anak angkat fil dan mil..semua dah anggap adik beradik..pasal bela dari baby lagi)..anak dia panggil syasha, samsiah (ab), nazirah(ab) dan fil…ramaikan…

Sani yang balik pada petang raya…dari jb singgah ke kg..masa tu akak dah nak bersiap-siap nak balik semula ke kl….bertolak dari segamat pukul 3.00 petang…dari simpang empat nak masuk ke tol dah jem….bila sampai kat highway…okey sikit..nak masuk senawang…jem giler….sampai ke tempat rehat di seremban nak pukul 6.00 petang…punyalah lama nak sampai kat situ….berhenti nak solat dan makan malam sekali..sampai kat rumah nak pukul 9.00 malam….lama betul perjalanan balik kali ni…selalunya 3-4 jam aje dah sampai…

Juadah di pagi raya…..goreng ayam berempah…masa sampai tenguk minyak tinggal seciput..nak beli hari dah malam…gorenglah sikit-sikit di pagi raya tu……

Rendang daging yang di bawak dari rumah..

Nasi impit segera…rebus kat rumah fil…

Sayur lodeh pakai santan kotak…

Anak buah yang terbaru sekali…kesian kena tinggal…ayah dia (adik bongsu suami)kerja kelasi kapal….baru seminggu pergi belayar..lama tau…6 bulan kena tinggal…itu pun akak call suruh mak dia datang….biras ni dekat segamat jugak…

Ira pun sibuk nak pegang baby…

Baby ni di lahirkan pada hari pertama umat islam menyambut hari raya aidil fitri…sebenarnya due date seminggu lagi…pagi hari raya tu…akak dan adik beradik suami bising tgk kaki dan tangan mak dia dah bengkak…kaki bengkak sampai ke lutut.memang masa ni dia dah ada darah tinggi….ajak gi hospital dia tak nak….nak raya dulu..pasal dia baru beli baju raya….pujuk punya pujuk baru dia nak gi…tupun akak ajak gi ke klinik biasa dulu…

Kami pergi dengan adik ipar yang pakai baju merah tu..akak panggil dia sani dan suami biras akak…..puas cari klinik..semua tutup..almaklumlah hari raya….jumpa satu klinik yang bukak..itupun doc org india..tak kisahlah…
org ramai pulak tu…..masa tu akak yang teman mereka suami isteri masuk ke dalam bilik doktor ..mereka tak tahu nak cakap apa..al maklumlah anak pertama…

Doc…cuba tenguk kaki dan tangan dia dah bengkak..lepas tu dia kata rasa kebas-kebas..
doc pun check buku merah, check bp dan tanya pasal kandungan..
Ooo..bahaya ni…darah tinggi you tinggi sangat….sekarang terus pergi hospital tak payah balik rumah...
Biras ni dah menangis…dia sibuk nak raya dulu jugak….bengang jugak akak di buatnya…
Sekarang you mau raya ke…atau you nak baby you jadi apa-apa..nanti penat aje you mengandung 9 bulan (maknanya takut baby matilah tu..tapi doc tu cakap berlapik)
Akak kata dengan doc tu….
Okey doc..tq very much…saya akan bawak dia terus ke hospital….

Punyalah baik doc tu…tak nak ambil satu sen pun…ajak mereka naik kereta dan suruh sani gi terus ke hospital segamat…sepanjang perjalanan tu biras menangis..nasib baik ada suami dia(kebetulan suami dah balik dari belayar)..akak terus ke kaunter…dan terus diarahkan ke wad bersalin….dah masuk ke labour room…kami semua tunggu kat luar aje…bosan menunggu sani ajak balik….suruh suami dia tunggu…masa tu dalam pukul 10.00 lebih….

Sampai kat rumah…kami pelan nak gi jalan raya kat muar…dan tangkak..bila nak pergi dapat panggilan dari adik bongsu ni…bagi tau ..sape yang senang …tolong hantar beg berisi baju baby….salah satu kereta kena gi hospital dulu…rupanya dalam pukul 2.00..biras tu kena operate…sebab bahaya…bp makin tinggi…doc kat situ takut baby jadi apa-apa….

Selamat jugak baby tu….oleh kerana ayah biras ni dah bercerai dengan mak dia (mak dia di penang)..pastu dah kawin balik dengan kawan sekolah biras ni..(bapak dapat isteri muda beb)…dapat pulak adik lagi…tak ada sesape nak jaga…terpaksalah bawak balik ke rumah fil….yang jaga suami dan fil lah…kecian kan..orang lelaki yang jaga dia dalam hari…dahlah operate…apa nak buat…mak dah tak ada..pandai-pandailah nak hidup….adik bongsu ni tak merasa mak dia jaga isteri dia…keciankan…fil kata adik suami jaga betul isteri dia….masak..basuh baju..mandikan anak…bagi makan ubat….cuma urut aje ada orang tua datang…salute lah dgn dua orang lelaki ni…untung biras akak….bila suami dia dah belayar balik ..biras terpaksa balik semula ke rumah ayah dia balik….anak dia tak bagi mak muda jaga..dia bagi orang lain jaga..tak percaya katanya…..tinggallah fil balik seorang diri…takkan ni duduk berdua dengan fil…nanti jadi fitnahlah pulak…oleh sebab fil yang jaga masa mak dia dalam pantang….fil ashik terbayang-terbayanglah si kecik ni….masa ni baru seminggu biras balik rumah ayah dia….

Mintak-mintak besok akak dan suami dah tua…tak jadi macam ni….sedih tau masa sampai malam tu…tenguk dia duduk seorang aje…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s