Anak Pertama

Bila dah kawin tentulah nak anakkan…oleh sebab duduk berjauhan…lambatlah sikit lekat..yelah..jumpa seminggu sekali..masa tu tak ada highway lagi..nak gi ke jb tu memanglah makan masa berjam-jam…nak buat macam mana..kerana kasih terpaksalah menempuh semua tu…….kebetulan masa majlis kat rumah suami di segamat tu akak period..jadi hb jilat jarilah.

Nak cerita sikit pasal adat kat tempat suami ni..lepas aje selesai majlis kat rumah akak…sebelah malam ada upacara buka hadiah..selepas selesai..suami akak masuk ke bilik pengantin bersama pengapit dia…mak dan abah termasuk akak tercengang-cengang…apa punya cerita ni..jadi tak adalah malam pertama…malam pertama tidur dengan adik beradik. Bangun pagi gi kat bilik pengantin..suami dan pengapit dah hilang…dia orang dah balik senyap-senyap sebelum subuh…abah, mak dan akak dah panik…takkan pengantin lelaki dah lari. Bila kemas cadar pengantin tu jumpalah pulak duit siling bersepah di merata-rata..adik dan kakak akak pun seronoklah mengutip..tak lama suami akak call bagitau..tu adat kampung mak dia…mak dia org muar…pengantin lelaki tak boleh sentuh pengantin perempuan selagi upacara bertandang di rumah lelaki tidak dilangsungkan..tak naik seri pengantin…suami akak ikut adat ni….bila sampai kat adik-adik dia…dia org sebat malam pertama lagi…tak sabar-sabar..kata arwah mak mertua.

Bila akak period aje…mak dan abah mengeluh…hai tak sabar betul dia org ni…akhirnya pada awal bulan April barulah ada rezeki..mak dan abah kemain suka hati…bila dengar akak morning sickness..ashik muntah bila bangun tidur…masa tu pergi kerja naik bas..dah kerja di kementerian kesihatan masa tu…kat jalan dungun, damansara..nasib baik ada bas direct sampai ke sana..kalau tidak tentu kena naik 2 bas….akak bawak asam banyak-banyak takut muntah dalam bas….sedih jugak rasa di hati..bila kena macam ni..suami jauh di mata…..masa tu kalau sebut nak makan apa aje…mak dan abah akan usahakan…suami kan jauh…nak buat macam manakan…pergi medical check up pun gi seorang-orang..masa tu check up kat klinik kesihatan gombak setia.

Dalam pangkuan arwah mak mertua.. masih dalam hari lagi ni..

Bila kandungan makin membesar akak dah tak larat nak naik bas gi ke jb…akak gi ke jb naik keretapi pulak…masuk kandungan ke 6..suami tak bagi lagi gi sana….dia yang berulang ke sini…duit habis kat tengah jalan aje masa tu….oleh sebab arwah mil ni orang jawa..kena buat pulak majlis lenggang perut..balik ke segamatlah jawabnya…mak dan abah org moden..tak buat semua tu…arwah atok suami ni bidan kampung..jadi dialah yang lenggang perut akak..geli hati pun ada bila kena buat ni…tapi tak berani cakap banyak…jadi ikut ajelah…masa mengandung ni terpaksa ikut cakap orang tua..mcm-mcm petua di beri….

Darah tinggi dah ada masa kandungan 8 bulan lebih…siksa di buatnya…naik tembam kaki dan tangan dan kaki akak..nak pakai sendal pun susah….akhirnya pada 9hb disember…akak kena tahan kat wad bersalin di hospital besar kuala lumpur..sebab darah tinggi makin naik..takut baby kena sawan…..sedih tau…pasal akak di hantar oleh mak dan abah…hb belum di beritahu masa tu..hb akak sampai pada petang tu jugak…ambil cuti kecemasan..

Dah masuk wad ni..doktor masukkan ubat kat bawah….dia suruh jalan-jalan nak bagi cepat bersalin..memanglah masa masuk ubat tu..sakit resa ada…tapi lama kelamaan sakit tu hilang…
doktor jugak suruh makan ubat nak turunkan darah tinggi..alhamdulliah bp makin turun..besoknya 10hb disember… doktor masukkan lagi ubat…sekejap aje jugak sakitnya…tak jalan jugak…suami akak terpaksa sambung cuti..isteri tak bersalin lagi…

11hb. Disember…doktor check lagi pagi tu..tenguk denyutan baby dah lemah dan bp akak naik balik…dia masukkan ubat tu….dan pada petang tu juga dia pecahkan air ketuban..sakit makin kerap datang…oleh kerana terlampau lambat sangat..doktor masukkan air kat tangan…barulah rahim bukak 6cm…masa tu kan kat hospital bersalin hb tak leh masuk..jadi tanggunglah sakit seorang kat labour room….menyampah tau..masa tu ada seorang india dan cina yang nak bersalin jugak…melolong..
.lau kong..lau kong…pastu melalak…yang india….ama..apa….kemudian meraung…sampai nurse tu cakap…masa buat ..lu diam-diam…mau beranak..lu bising-bising….

Russhdi dalam pangkuan ayah..suami takut tenguk leher anak dia terlentuk…akak masih dalam pantang lagi..

Sakit nak bersalin dah sampai kemuncak….doc kesian tenguk akak dah lemah…dia suruh sedut gas..nak hilangkan sakit katanya….kan first time bersalin…bidan cakap….
kamu jangan angkat punggung tau masa meneran…nanti koyak banyak…..
lepas sedut gas tu…rasa mengantuklah pulak…nak tidur aje…bila dah sampai masa…dia orang tepaksa kejut akak….suruh teran..oleh sebab pengalaman pertama..memang tak reti nak teran…bila resa dah kurang..akak tidur balik…agaknya mereka bagi ubat tidur kot…..yang bagusnya sakit nak bersalin taklah rasa sangat…

Akhirnya pada pukul 9.17 malam ..11hb Disember 1986 ….lahirlah Muhammad Russhdi. Alhamdulliah selamat.lepas bersalin……lepas mereka tunjuk baby…akak tertidur balik..sampai nak suruh salin baju pun kena kejut….oleh kerana akak kerja dengan kementerian kesihatan..layanan yang di terima..memang baguslah…baby semua dia orang jaga…bila suami azankan anak pun akak tak tahu…memang seronok dapat anak pertama..terutama mak dan abah…almaklumlah cucu pertama..

Mak sedang mandikan russhdi masa dalam hari…mandi dalam bilik tau…

Majlis cukur jambul kat rumah mak di gombak…russhdi baru 2 bulan…

Majlis cukur jambul kat rumah mak mertua..dah besar dah masa tu….

Bersama pakcik sani di segamat, johor…

Bersama mak tersayang..russhdi panggil wan..orang negeri sembilankan panggil wan…

Dalam pangkuan akak…selepas habis pantang akak pergi kerja balik…masa dalam pantang memang kena bagi susu ibu dan susu formula…nanti susah pulak mak nak jaga…mak jaga sampai umur russhdi 6 bulan…

Bersama dengan kakak..kakak baru bertunang masa ni…

Umur 3 bulan….

Di segamat..masa abah datang ke majlis perkawinan adik ipar akak..masa ni abah masih bekerja lagi…

Baru pandai meniarap…

Bersama anak buah pakcik zakaria … akak bawak mereka jalan-jalan di zoo negara..pastu belanja makan kfc…

kat zoo negara jugak…

Bersama pak itam dia … dulu orang panggil adik ipar akak ni klon amy search…adik ipar 2 orang tumpang kat rumah akak masa akak duduk kat johor…se orang lelaki dan seorang perempuan..

Russhdi panggil mak andak..adik ipar yang duduk kat rumah akak masa akak kat jb..

Masa ni akak dah pindah ke johor bharu…umur russhdi 6 bulan akak berhenti kerja di kementerian kesihatan..memang sayang…tapi nak buat macam mana…takkan dari mula kawin hingga dah umur anak 6 bulan nak berpisah lagi…mak yang suruh…abah pula tak bagi…pening kepala akak masa tu….lepas berbincang dengan suami akak nekad berhenti kerja walaupun orang kata sayang dah dapat kerja kerajaan..yelah dah keadaan memaksa..

Sebelum berhenti kerja pasal nak ikut suami di jb…dalam bulan Jun 1987…boss akak (pengarah) suruh jadi model untuk poster kementerian kesihatan…rasanya tajuk dia…pasal suntikan rubella kot….glamorlah sekejap….poster ni banyak di tampal di pusat kesihatan ibu dan anak….jadi kenanganlah tu….

Kat rumah di tampoi johor..menyewa tingkat 2 .. lupa lak nama taman tu..tapi berhampiran dengan pekan tampoi..dah jadi housewife masa ni..

Bersama adik bongsu…panggil pak usu…gambar ni di ambil di singapura…rumah pakcik zakaria..abang angkat mak akak….

Bersama akak di rumah johor bharu..

Umur dia dalam 7-8 bulan baru tumbuh gigi bawah..bersama ayah………

Firdaus baru umur 3 bulan….abang masih menyusu lagi…

Bersama-sama atok…masa akak dah pindah balik ke kl…masa akak mengandungkan firdaus..masa tu dah 7 bulan..suami dapat tawaran kerja yang lebih baik dikuala lumpur..masa akak dalam pantang suami packing barang dengan sepupu akak yang duduk di skudai…bawak lori…oleh sebab ada 2 orang adik ipar tumpang kat rumah akak…suami tinggalkan katil, almari, sofa dan sedikit perkakas dapur…pindah kat dengan rumah keluarga kat taman melati…masa tu putra lrt belum ada lagi…pindah kat tingkat satu…

Di majlis perkawinan sepupu di skudai johor…tengah mengandungkan firdaus..

Dah pandai berjalan…dah setahun masa ni…

Kat kampung suami di segamat…

Bersama Firdaus yang baru pandai meniarap…

Masa perkawinan adik akak di rumah pangsa gombak…bersama ayah…

Bersama liyana yang tengah melalak…

Masa ni cucu abah baru 5 orang..adik lelaki baru kawin masa tu…sekarang dah 17 orang..

Bersama-sama sepupu..anak kakak akak yang pertama baju melayu johor yang di jahit oleh arwah mak mertua..

Bersama liyana…

Baju melayu ni akak jahit…jiran sebelah rumah yang ajar…mereka berdua ni tak nak lagi pakai baju melayu johor..macam baju orang perempuan ..kata mereka…

Suami bersama tiga cahayamata…masa ni dah pasang janggutlah pulak.

Berangan pakai kasut sape tah…masa di kg suami…

Umur 6 tahun..bersama yana di hari penyampaian sijil di tadika sri intan. gombak..

Russhdi bergaya di depan kereta ke 3 kami…

3 beradik di langkawi….

Di Langkawi…

Bersama firdaus di phuket, thailand..

Masa ni pulak di phuket, thailand…si athirah dah ada masa ni…tapi kecik lagi..baru 3 bulan..mak kata tak payah bawak…susah….jadi mak jaga masa kami di sini..

Tingkatan satu di sekolah swasta di beranang selangor…ingatkan nak bagi pendidikan terbaik..tapi hancur….tak lama sekolah tu kena tutup…

Ni pun di sekolah agama al ain…ni sekolah asrama…asrama lelaki ni banyak problem…sekejap baldi di pecahkah oleh kawan…pastu seluar spender hilang…mcm-mcm hal….

Pindah ke sekolah al amin di seremban dari tingkatan 2 hingga 3…kemudian pindah ke sekolah mahaad al ummah di chemor perak dari tingkatan 4 hingga 5.

Bersama Muhammad Imran..umur dia 14 tahun..

Sambut hari jadi bersama yana dan akak di jakarta….umur 18 tahun..

Dah besar panjang dah anak akak ni…sekejap betul masa berlalu…

Masa konvo ambil sijil di ikm, kampung pandan, kuala lumpur…

Bersama rakan sekelas di GMI di Cheras, Kuala Lumpur.

Bersama member se kelas….sekarang ambil diploma…dah masuk tahun akhir di gmi, bangi..sekarang duduk asrama lagi….bulan januari kena buat praktikal di sebuat syarikat di setiawangsa..

5 thoughts on “Anak Pertama

  1. salam kak ina…tengok gambar-gambar kenangan kak ina masa berpantang..mandikan bb kat dalam bilik..teringat masa mak saya berpantang dulu…sebijik,cenggitu ler…memang betul-betul nostalgia gambar tu ekss…gambar kuning2 lagik, skrg ada lagi ker org buat mcm tu ekss?

  2. tulah rozie..mak yang excited sgt dapat cucu pertama sampai mandi pun dalam bilik..untung tau jadi cucu pertama ni..semua orang sayang…agaknya bila akak dapat cucu pertama..macamanalah nanti ye…entah-entah mandikan kat ruang tamu..ha..ha..ha..

  3. faten…memanglah rindu bila terkenangkan masa mereka kecil lagi..walaupun rapat juga umur mereka tapi senang nak jaga..tak macam yang kecil dua orang tu..tension di buatnya…boleh naik darah tinggi akak..

  4. salam KakInaKL… seronok baca kisah akak… salam kenal ye kak… terima kasih sudi menyinggah ke page sya… sgt sayu rasanya, kak… rinih anniversary kami yg ke-5 dah… masih belum dikurniakan cahayamata… huhuhu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s