Tat Keju


Baru keluar oven masa ambil gambar ni….dah lama tak buat…hari tu akak tenguk kat satu kedai ni dia jual satu keping RM2.80..mak datok mahal giler..akak ambil keputusan kena buat sendiri..

Bahan-bahan untuk doh

1. 125gm mentega-suhu bilik
2. 63 gram gula aising
3. 250 tepung serbaguna (akak guna tepung gandum aje)
4. 1 kuning telur-suhu bilik
5. 1/2 sudu teh esen vanila
6. 1 sudu besar air sejuk

Cara membuatnya

1. Ayak tepung dan campurkan gula ke dalam mangkuk.
2. Campurkan mentega dengan tepung sehingga membentuk ‘crumbs’ kasar.
3. Tambahkan kuning telur, esen vanilla dan air.
4. Bentukkan menjadi bola dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Setelah 30 minit keluarkan dan bentukkan kedalam acuan tat dan bakar dalam suhu 170C sehingga perang. Sejukkan sebelum di guna.

Bahan untuk tat keju

1. 250 gram krim keju-suhu bilik
2. 20 gram mentega-suhu bilik
3. 60 gram gula halus
4. 1 biji telur-suhu bilik

Cara membuatnya

1. Pukul krim keju, mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
3. Tuang campuran ke dalam kulit tat pastri yang sudah sejuk.
4. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s