Tepung Pelita


Kalau bulan puasa …memang kuih nilah yang selalu beli…kalau makan kuih ni ..terasa sejuk je tekakkan…oleh kerana sekarang ni…anak dah ramai….kalau seorang makan 4 biji..x dengan 7 orang..dah berapa kena beli….kira sendirilah…nasib baik jumpa resepi si Yani taukeh myresepi ni..terima kasih ye yangi….sekarang nak jimat cermat punya pasal….terpaksalah buat…nak pakai daun pisang tu susah sikit rasanya….jadi gunakan aje bekas plastik..

Bahan-bahan untuk lapisan bawah (hijau)

1. 1 cawan tepung beras
2. 1 cawan gula
3. 5 cawan air
4. 4 helai daun pandan di mesin dgn sedikit air (akak buat 7 helai)tapis.
5. sedikit kapur dan garam
6. pewarna hijau (ni akak tambah sendiri)
7. gula secukupnya – untuk diletak diatas lapisan hijau.

Cara-cara

1. Campurkan tepung beras, air, air daun pandan, gula, garam dan air kapur.
2. Masak di atas api perlahan sehingga campuran diatas menjadi pekat dan berkilat.
3. Bila dah masak cepat-cepat masukkan ke dalam acuan yang disukai. akak gunakan bekas plastik aje…
4. Selalunya part ni…anak-anak suka tolong…tapi panaslah..kena hati-hati…lepas di tuang taburkan sedikit gula…..dalam resepi tak tulis..akak saje-saje tambah…kalau idak rasa tawarlah…

Bahan untuk lapisan atas (santan)

1. 1 biji kelapa di perah menjadi 4 cawan santan.
2. 4 sudu besar tepung beras (ratakan)
3. sedikit garam

Cara-cara

1. Campurkan semua dan masak di atas api perlahan sehingga pekat.
2. Tuangkan ke atas lapisan hijau tadi. Sejukkan.

Memang senang dan mudahkan nak buat kuih ni…kat rumah akak kena buat 2x ganda..kalau idak…… tak cukup.

AKAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA YANG SUDI SINGGAH KAT RUMAH AKAK..PETANG NI NAK BALIK KE SEGAMAT.
TAPI KENA MASAK DULU KAT RUMAH UNTUK ANAK BUJANG 2 ORANG..
.

KEPADA SAPE YANG MEMANDU..BERSOPANLAH DI JALANRAYA…AKAK DOAKAN SEMUGA SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s