Sambal Daging


Asalnya nak buat daging dendeng…oleh kerana tahap kemalasan menebal..buatlah sambal daging aje….leceh sebenarnya nak buat dendeng ni…kena perap daging dulu..pastu rebus daging…kemudian kena tumbuk..goreng balik daging ni…buat sambal baru bubuh daging yang telah siap di goreng.

Bahan-bahan

1. 1 kilo daging lembut
2. 12 sudu makan cili kisar
3. 2 sudu makan pes tomato
4. 8 biji bawang merah – di goreng dulu
5. 6 biji bawang putih – di goreng dulu
6. 1 labu bawang besar – di goreng
7. 2 sudu makan jus asam limau kasturi-untuk perap daging
8. 2 biji bawang putih di tumbuk halus – untuk perap daging
9. 1 sudu teh jus asam jawa
10.1 biji bawang besar – hiris bulat
11.garam dan minyak secukupnya

Cara-cara

1. Daging di bersihkan dulu dan di potong nipis.
2. Perap daging dengan bawang putih yang telah di tumbuk dan jus limau kasturi.
3. Rebus sebentar daging tadi (kalau daging lembut sekejap aje rebus ye..kalau krg lembut..kena rebus lama sikit)
4. Goreng bawang kecil, bawang besar dan bawang putih.
5. Toskan dan tumbuk lumat..
6. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga naik minyak.
7. Masukkan bawang yang telah di tumbuk tadi.
8. Tumis sehingga cili dan bawang masak baru. Masukkan pes tomato dan daging. Masukkan garam.
9. Masukkan air asam jawa dan biarkan sebentar. Rasa dahulu sebelum padam api.

2 thoughts on “Sambal Daging

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s