Kisah Akak

Akak kawin dulu dari kakak akak..tunang pun tak sampai 6 bulan….dah kawin…macam tak percaya aje……macam ni ceritanya…..masa lepas spm…tahun 1981…. akak kerja kat kilang minolta di sg way, petaling jaya..iyelah tak kan nak duduk rumah..makan tidur aje..

Dulu masa nak gi kerja ni memanglah jauh..kilang ni kat sungai way , selangor….masa tu keluarga kak duduk di kampung puah hilir, setapak…jadi kena naik bas 2 kali..dari setapak turun ke bangkok bank…pastu kena jalan kaki ke depan bank pertanian..naik bas nak ke kelana jaya…masa tu bas minilah yang fofular…kena keluar dari rumah jam 6.30 pagi..dulu-dulu orang tak banyak yang ada kereta..jadi jalan tak lah jem sangat..

Yang belah kanan tulah…kakak rohaya..yang kenalkan akak dengan suami akak dulu di kilang minolta.

Keluarga akak bukan orang senang..jadi mak pagi-pagi lagi dah masak..akak bawak bekal…masa tu kat kilang ni ada bagi subsidi makan…dapat kopon…boleh tukar dengan makanan…oleh sebab akak bawak bekal makanan dan minuman…jadi kopon ni tak di gunakan..bolehlah tukar dengan jajan seperti roti dan keropok…boleh bawak balik ke rumah…masa tu suami akak buat praktikal di sini..agaknya dia berkenan dengan akak…dia nak jadikan akak sebagai adik angkat. Masa tu masing-masing dah ada boy/girlfriend….kami tak cakap banyak…cuma senyum dan bagi salam…selalu jumpa masa dah balik kerja..selalunya masa akak nak tunggu bas mini balik ke setapak….jumpa dalam 3 hingga 4 kali…

Tak lama kemudian…suami akak habis praktikal kat situ…dia berhenti pun tak bagi tau akak…senyap macam tu aje…akak pun tak kisahlah…pasal dah ada pakwe kan….kerja kat minolta tak lama…pasal dah tolak tambang bas..gaji tinggal se ciput..kebetulan motorola iklan nak pakai pekerja…akak mintak..dapat…mula-mula kerja dah kena kerja shift malam…….mengantuklah..yelah mana pernah berjaga malam…..

Gambar masa kerja kat motorola..ada satu gambar aje..tu pun blur…

Lama jugak kerja kat motorola ni…lama-lama abah tak larat nak hantar ke jalan besar setapak kerana bila kena giliran shift pagi kena keluar pukul 5.45 pagi…bas nanti ambil di pekan setapak pukul 6.00 pagi… masuk kerja jam 7.00 pagi..bila shift malam pulak kena keluar pukul 9.30 malam..bas sampai pukul 9.45 malam dan masuk kerja pukul 11.00 malam..bila kerja petang, keluar pukul 1.45 petang..bas sampai pukul 2.00..masuk kerja pukul 3.00 sampai 11.00 malam..abah kena tunggu pukul 12.00 malam..kesian abah kena tunggu akak…

Tak lama kemudian akak ajak member dekat rumah kerja sekali…senang sikit…pasal ada kawan..taklah takut sangat nak balik malam dan pergi awal pagi…al fatihah untuk badariah teman akak yang telah meninggal dunia pada tahun ni sebab kanser rahim..walaupun dia anak dara tapi dia kena jugak penyakit ni…dengar kata banyak jugak duit epf dia..pasal dia kerja dgn akak kat situ sampai lah dia meninggal baru-baru ni..dah takdir dia nak meninggal dunia dulu walaupun dia lebih muda setahun dengan akak. Akak berhenti di motorola tu pasal tak tahan bila kena shift malam…badan pun kurus kering..

Mintak pulak kerja kat kilang percetakan di setapak..memang dekat dengan rumah..bila time makan boleh balik rumah.yang tak bestnya ..tempat tu banyak orang india…duduk atas bangku kayu…kerja jilid buku dan buat binding…..petangnya akak belajar menaip di institut goon di jalan tunku abdul rahman…alhamdulliah sampai lulus peringkat tertinggi…lepas tu dapat pulak kerja
di syarikat pembinaan ruby zam di kampung baru..kerja sebagai kerani…boss orang selangor tapi isteri orang singapura..gaji cuma RM400.00..jadilah..nak cari pengalaman aje…

Bersama teman di syarikat di kampung baru..sabrina nama dia..kat manalah dia sekarang ni..dia berangan nak jadi artis…ada sekali dia jadi pelakon tambahan..cerita apa tah…lepas tu dah tak keluar lagi..akak tenguk dia berlakon macam kayu aje..masa tu akak dah pindah kerja kat tempat lain..

Akhirnya akak berjumpa kembali suami akak….dalam bulan September ke Oktober tahun1984…..masa tu akak kerja lagi di kg baru….jumpa pulak kat dalam bas mini..dia kat luar bas…. akak pulak dalam bas..dia bagi no telepon..kelam kabut jugak masa tu bas nak jalan…sejak tu akak dan suami dah mula berhubung balik..selalunya dia call akak atau dalam bulan disember 1984 suami akak dapat kerja di johor bharu….kami masih berhubung walaupun dah jauh..dan sebelum pergi ke sana dia ada hantar surat…dalam diam dia dah jatuh hati dengan akak tapi apakan daya akak masih lagi berkawan dengan ex boyfriend akak….jadi terpaksalah suami akak mengundur diri.

Saje-saje … berangan..masa ni kat office di kg baru..

Member kat office kg baru buat suprise..sambut hari jadi akak yang ke 20 tahun..

Berangan nak jadi bosslah ni…boss tak ada..ikut wife dia ke singapore…masa akak dah berhenti kat syarikat ni..keluar pulak muka boss akak di surat khabar..rupa-rupanya polis cari dia kerana menipu jual tanah lot di selangor..patutlah masa akak mula masuk kerja… banyak orang datang buat bayaran jual beli tanah. dan tak lama ada yang datang marah-marah…kata kena tipu…..kalau nak diikutkan..kami tak terlibat tau…kami kerja di pejabat aje…masa tu boss selalu dah tak datang pejabat..kami yang jadi mangsa..

Kerja tak banyak…jadi banyak betul masa terluang..pejabat ni kat tingkat 4..berjiran pulak dengan syarikat yang buat pelan..jadi banyaklah draughtman kerja kat situ..yang kerja kat tempat akak ada 3 orang perempuan dan se orang office boy…tentulah kami jadi perhatian…masa ni jugak ada seorang pakwe nak berkenalan dengan akak..akak anggap kawan biasa aje..dalam masa tu jugak akak apply kerja lain..yang panggil interview 2 syarikat..satu di jalan raja chulan dan lagi satu di jalan gereja kuala lumpur….alhamdulliah ke dua-dua tempat dapat…ingat lagi syarikat tu orang jepun punya…sumitomo sdn bhd. …tapi fikirkan yang di syarikat malaysia british insurance ni senang ….pasal senang dari rumah ke sini satu bas aje aje..akak pun terima tawaran bekerja kat sini….walau pun gaji sedikit tak apalah..

Masa kerja kat sini baru akak tau cerita….rupanya suami akak pindah ke jb pasal dah putus cinta..jadi macam bawak dirilah tu…..akak pulak dah putus dengan boyfriend akak…..oleh sebab malas dah nak cari boyfriend lagi….akak pun cakap dengan mak dan abah..
abah mak..kalau lepas ni ada orang masuk meminang..dan kalau abah dan mak dah berkenan..terima ajelah ye….
macam mana tak akak tak frust…berkawan dari tingkatan 3…tiba-tiba putus..akak dgn ex boyfriend tu ada pertalian saudara…putus pasal atok akak dan atok dia bergaduh pasal tanah di kampung…

Macam nilah lebih kurang rupa suami akak masa datang ke rumah…ni masa dia kerja dikilang kelapa sawit di johor…belum sambung belajar lagi di ikm. kg pandan..kl..

Hari raya tahun 1984 suami pernah datang ke rumah…. masa tu akak kenalkan dia sebagai abang angkat aje…..tak ada feeling pun lagi dengan suami akak….jadi mak dan abah dah pernah jumpa…masa tu abah memang tak berkenan..pasal rambut dia panjang dan pakai pulak seluar yang besar di bawah tu..macam hippies..abah kata ..tak ada disiplin..memang abah ni pantang tenguk orang lelaki rambut panjang.

Kat syarikat ni..Malaysian British Insurance ni….banyak orang cina..memang kena gunakan bahasa inggeris aje..tempat jual insuran…masa tu insuran semua dalam bahasa inggeris jugak….yang pegang telepon tu minah kepoh….orang Hong Kong…berlagak…menyampah dengan nyonya ni..

Member yang sama kerja kat Malaysia British Insurance..zaiton nama dia…kat manalah dia sekarang ni..

Ni masa nak sambut hari krismas tahun 1985..masa nilah akak dapat tawaran kerja kerajaan di kementerian kesihatan sebagi kerani…suruh lapor diri pada 2hb Januari 1986..akak nak nikah pada 5hb Januari…..terpaksalah gi kat kementerian kesihatan berdekatan masjid negara mintak tangguh 2 minggu selepas akak kawin…rezeki pengantin barulah tu…akhirnya akan letak jawatan pada 3hb. januari 1986 di syarikat ni..

Akak kenal dengan mil dan atok suami masa perkawinan kat rumah bapak saudara di kuarters pertanian, jalan merbok..pergi dengan kakak akak masa tu….bapa saudara yang kawinkan anak tu yang pakai baju coklat. Akak panggil dia uda mail..agaknya mil dah berkenan..petang tu selepas aje majlis perkawinan anak pak uda selesai…. bapa saudara dia yang pakai baju putih batik yang akak panggil pak andak call kat rumah..nak cakap dengan abah…dia kata nak datang pada malam tu jugak…..abah panggil pak angah hamid dan pak itam ramli (adik abah) datang ke rumah petang tu jugak..kena risik ni dalam bulan Mac/ April 1985.

Yang nilah arwah mak mertua akak..tengah dukung anak yang pertama..

Arwah atok suami yang akak jumpa pertama kali di majlis perkawinan di jalan merbok..kl..

Akak ni tak faham apa tujuan dia orang datang..ingatkan nak berkenalan dulu…rupanya terus merisik dan di sarungkan cincin…cincin tu pulak di pinjam dari sepupu suami..(lepas 2 hari barulah akak dapat cincin yang sebenarnya)….kecoh betul masa tu….abah dan mak tanya..akak nak ke tak nak…kan akak dah cakap dulu… first come ..first serve…jadi terima ajelah…besoknya jiran kat sebelah rumah terperanjat bila dengar akak telah diikat..barulah dia kata anak dia yang kerja cikgu pun syok kat akak…alahai..nak buat macam mana…takkan nak putus pulak…(masa dah putus dgn boyfriend lama tu…akak pandang-pandang jugak dgn cikgu ni…suka pasal dia bawak motor besar beb…)

Nilah sepupu suami…akak panggil impi aje..lupa lak nama asal dia…cincin dialah yang suami pinjam dulu masa datang merisik dengan bapa saudara dia...masa ni akak dah kawin…tengah mengandungkan anak pertama…se impi baru lepas bertunang..

Masa bertunang dalam bulan awal bulan Jun..1985…lupa pulak tarikh sebenar.. ..akak bersama adik akak..masih tu masih kerja lagi di Malaysia British Insurance..

Dalam masa bertunanglah baru kami kenal dengan lebih dekat lagi ..walaupun akak kerja di kl dia kerja di johor bharu. kami rajin tulis surat dan call sekali sekala ..masa tu mana ada hp..suami yang banyak call…pasal kat office dia senang nak guna telefon…. dating pun 2 kali aje….mula-mula tenguk wang cerita panglima badul di panggung colosium(betul ke eja ni) di jalan tengku abdul rahman..yang bertentangan dengan kedai kamdar tu…..itu pun kakak akak kena ikut…abah tak percaya….takut anak dara dia kena bawak lari kot….kali kedua masa suami turun ke kl nak ambil kad jemputan kawin nak bagi member dia yang kerja kat kl..dan nak tukar kasut yang nak bagi masa hantaran nanti…..akak memang tak pernah pergi ke rumah keluarga suami di segamat sepanjang pertunangan kami..mak dan abah tak bagi…

Suami di pejabat di taman seri tebrau, johor bharu..abah sampai suruh adik dia siasat betul tak yang suami akak ni kerja kat tempat ni..dia takut anak dia kena tipu..perihatin betul abah akak ni..nasib baik memang betul suami akak kerja kat sini..masa ni rambut dah pendek…lepas majlis sarung cincin tu akak suruh dia potong rambut…barulah handsome sikit…

suami akak ni memang rajin tulis surat..ada aje ceritanya…surat-surat yang dia bagi akak masih simpan lagi tau….

Ni pulak surat akak kepada suami akak….

Memang dah di takdirkan oleh allah s.w.t..hilang tanpa khabar berita…jumpa dan terus bertunang dan akhirnya pada 5hb Januari 1986 kami selamat dinikahkan…alhamdulliah sekarang ni dah nak masuk ulang tahun yang ke 22….doakan akak ye sehingga kekal sampai ke liang lahat…

3 thoughts on “Kisah Akak

  1. klu dah jodoh tu kan…mmg lah tak ke mana.wlu pun dah tpisah lepas tu jumpe dan terus bersatu.alhamdullillah…semoga ikatan perkahwinan anak dan suami berkekalan hingga hembusan nafas yg terakhir…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s