Karipap Pusing

Semalam liyana bukak mulut nak makan karipap..okeylah..macam tu tolong kupas kentang..bawang……dia nak karipap lapis..alamak lecehlah..janji dengan yana…tolong mak klim tau..benda ni nak kena banyak kali gelek….suruh dia buat adunan tepung ikut resepi rinnchan….inti resepi akak sendiri…

Bahan-bahan untuk inti

1. 6 biji ubi kentang (di potong kiub atau di parut kasar)
2. 2 biji bawang besar (dipotong halus)
3. 4 biji bawang putih (di tumbuk)
4. 6 biji bawang merah (di tumbuk)
5. 1/2 inci halia
6. 4 sudu makan kari ayam (kalau nak pedas..tambah lagi)
7. 1 tangkai daun kari
8. 200 gram ayam/daging di potong kecil(kalau nak tambah pun boleh..lagi sedap)
9. minyak dan garam secukup rasa
10. kiub ayam maggi (optional)/air

Cara-cara

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk. Masukkan juga daun kari.
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air..biarkan hingga naik minyak..masukkan pula ayam/daging. Masukkan garam.
3. Masukkan ubi kentang dan bawang besar dan tambah 1 cawan air.
4. Masukkan kiub ayam maggi dan masak sehingga ubi kentang empuk dengan api yang perlahan.
5. Biarkan sejuk sebelum di gunakan.

Bahan-bahan untuk doh minyak

1. 300gm tepung gandum
2. 1/4 cawan minyak masak
3. 1/2 cawan air suam
4. secubit garam

Cara-cara

Letak garam dalam tepung. Tuang minyak sedikit demi sedikit dan gaul dengan jari. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat di jari. Bahagikan kepada 6-7 bahagian.

Bahan-bahan untuk doh marjerin

1. 150gm tepung gandum
2. 100gm marjerin (akak ganti dengan mentega..marjerin tak ada stock)

Cara-cara

Campurkan marjerin di dalam tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga tidak menjadi adunan yang tidak melekat di tangan. Bahagikan kepada 6 -7 bahagian.

Adunan minyak mesti besar dari adunan marjerin.


Tutup adunan minyak dengan rapi.


Canaikan.


Gulung memanjang.

Canai lagi. Nanti akan jadi adunan yang panjang.

Potong 2.

Gulung lagi dan potong 2-3 bergantung kepada panjang doh..

Jadi macam ni…

Canai lagi..

Klim macam biasa.

Goreng hingga keemasan.

Gambar blur sikit…hari nak hujan masa tu..tak pasang lampu..dapat banyak jugak..puaslah makan..
Memang leceh buat karipap ni…kalau 2 orang buat cepat sikit..patutlah orang jual mahal. Tapi akak suka yang biasa.

3 thoughts on “Karipap Pusing

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s