Cuti-cuti Malaysia

Kami pergi ke cherating pada bulan jun tahun ni…pergi cuma dengan 4 orang anak sahaja..si liyana tak dapat ikut pasal ada exam…tak bestlah..pasal tak dapat kumpul semua….pergi hari sabtu………dalam perjalanan tu singgah ke rumah sepupu suami di kuantan..dapatlah makan tengahari kat sana. Sampai kat cherating dah pukul 3.00 petang…..lepas makan bekalan makanan yang di bawak…si imran, ira dan abang-abang dah tak sabar nak terjun ke kolam renang…

Si imran kalau dah masuk dalam kolam..memang susah nak naik …..


Semua memang suka main air..tak kiralah kat laut ke atau kat kolam…..


Esoknya kami pergi ke kuala terengganu..suami bawak tak laju…berhenti beli satarlah…minum air kelapa dan makan keropok lekor….sampai kat Kuala Terengganu dah dekat pukul 12.00 lebih..lambatnya sampai…padahal bertolak dari cherating pukul 9.00 pagi…suami kata…..dah nama pun jalan-jalan cari makan….buat apa nak bawak laju….


Ajak suami ke Masjid Kristal…nak tenguk macammanalah rupanya….selama ni tenguk dalam gambar aje…..posing sekejap…

Lepas tu gi tenguk Taman Tamadun IslamAntarabangsa…..rupanya kat sebelah aje..tapi banyak lagi yang belum siap…kami tak masuk pun.. tenguk bayaran nak masuk dia mahal jugak…ambil gambar dari luar pagar aje….




Sempat lagi si imran main kat padang permainan di perkarangan Masjid Kristal.
Dari Masjid Kristal……lalu kat Muzium..tapi tak masuk pun…perut lapar…nak beli keropok lekor losong…rupanya jalan kedepan sikit dari muzium tu…banyak orang jual keropok losong……tak jauh rupanya dari muzium…..

Kemudian kami ke Pasar Payang…beli keropok kering dan loyang nak buat kuih….pastu beli pulak beras wangi siam……..beli buah rambutan……perut dah lapar balik…… kami makan petang kat kedai makan yang ada kat tepi jalan..yang tak bestnya lauk banyak yang dah habis..almaklumlah dah nak dekat pukul 3.00 petang…..lepas tu beli lagi keropok lekor lagi…untuk makan dalam kereta…..sedap betullah keropok lekor kat sini…

Kemudian kami ke masjid terapung ni…sembahyang asar di sini…



Anak-anak posing kat area masjid..beli baju t untuk liyana yang tak dapat ikut…macam-macam gaya anak-anak ni……

Si imran hairan tenguk benda ni keluar api…ni masa dalam perjalanan ke KT pada waktu siang.


Ni pemandangan pada waktu malam…cantik betul……..

Dalam perjalanan balik ke cherating kami beli satar lagi…sedaplah…tak sama dengan satar di kl.
Kami makan malam di salah sebuah restoren yang jual nasi kukus dan ayam goreng..dan sampai balik ke hotel di cherating dalam pukul 11.00 malam… bersihkan diri dan solat isyak……..apalagi zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzlah..penat sangat….



Sebelum check out…sempat mandi kat kolam lagi……

Sebelum balik …….singgah tenguk tempat penetasan penyu kat sebelah kelab med…. cherating…tapi tutup pulak hari isnin…..cari kedai orang jual keropok lekor untuk di bawa pulang…


Apa-apa pun janji happy, walau pun penat……insyallah ada rezeki datang lagi….

2 thoughts on “Cuti-cuti Malaysia

  1. salam kak ina…wah cuti2 m’sia ye….K.Trg tu kg saya…dtg sini dulu blm ada lagi masjid kristal..balik nanti kena pergi tengok tu…agaknya dah byk berubah…seronok yek cuti dgn anak2….

  2. salam jugak untuk suzi…orang terengganu rupanya…dah lama jugak ye kamu kat sana…agak-agak bila balik ke malaysia?oh ye..ada member kata kat kt…sejak ada giant dan mydin..jalan selalu jem…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s