Ke Pavillion


Semalam anak nak gi ke Plaza Low Yatt…nak repair play stasion yang rosak…beli barang untuk cpu pakcik dia dan nak beli ram (betul ke aje ni)….bila dah gi situ..cakap dengan anak…

Firdaus..mak nak ikutlah …….. mak nak gi tenguk pavillion yang baru tu..
Buat apa mak nak ikut..sana barang-barang brandedlah….mahal giler…
Ala….bukannya mak nak beli apa pun..nak tenguk aje…nanti orang cerita..mak taklah blurr..
Okey macam tu…kita gi dalam pukul 10.00 pagi..sape lambat..kena tinggal…
Yelah…mak pun nak cepat….. ada jemputan kawin .. nak gi lepas zohor.

Kelam kabut sikit pagi tu……nasib baik anak-anak tolong sidai baju dan vaccum rumah…suami akak malas nak ikut…nak lepak kat rumah aje….

Dalam pukul 10.00 lebih barulah gerak……rupanya pavillion ni jauh jugak dari Plaza Low Yat ni….suruh anak turunkan kat tepi jalan aje….susah nak pusing-pusing…pasal jalan dah jadi sehala aje….pening jugak akak tenguk jalan kat kl ni….sikit-sikit berubah…..dulu masa kakak akak kerja kat area ni…jalan dia taklah macam ni…….mestilah ada perubahankan…dah 25 tahun yang lepas…

Ira pun nak posing jugak…………

Tertarik pulak tenguk basikal ni…rupanya mat salleh punya….dia orang lepak kat cafe. Yang best tu ada tempat duduk untuk anak dia…kalaulah akak gi naik basikal ni dengan anak ke pavillion..mesti orang pandang……kalau mat salleh…orang tak hairan…..tapi bagus jugak idea di orang ni…boleh jimat minyak…

Nilah mat salleh yang duduk lepak tu…yang ni pun basikal dia ada tempat duduk kanak-kanak..tu.. anak dia tengah lari-lari kat cafe…..

Macam negeri mat sallehlah pulak…….semua hiasan bertemakan hari krismis…..

Ni pun sama……..jurujual pun pakai baju krimas..

Kat dalam ni semua tempat orang kaya shopping…tak mampulah akak nak beli…window shopping ajelah…..bilalah nak jadi jutawan ni….

Si ira pun sibuk jugak nak posing….akak nak ambil nama kedai tu sebenarnya…..tenguklah antara nama kedai yang ada kat dalam ni….susah nak sebut….

Imran kena paksa dengan kakak dia.. nak ambil gambar…tertarik dengan kedai jam ni…depan dia tu lawalah pulak..

Imran dan yana dah penat jalan….lepaklah dulu………

Ira pun lepak jugak……kami tak beli apa-apa pun…dah jalan-jalan…perut pun lapar….gi lah ke tingkat bawah…

Nak cuba makan donut J.Co..ni…orang kata sedap…memang lembut donat dia….sedap dari dunkin donat…..harga pun boleh tahan………..ni semua harga dalam RM2.40 satu…..makan ni mana nak kenyang……nak minum kat sini pulak…..rasanya tak berbaloi…..capuccino 1 cawan nak dekat RM10.00….kalau 4 orang….nak dekat RM40.00…..cakap dengan anak tak payahlah beli air……beli air kat supermarket yang ada kat situ……….nama dia Mercato Supermarket…..style europe…..barang kat supermarket ni…..memang banyak yang oversea punya……tak pernah tenguk pun ada……..mahallah pulak tu…eyalah..kan banyak orang luar yang duduk kat area tu…jadi dia orang juallah…barang yang biasa jual di giant ada jugak…tapi harga dia uplah…..orang tak ramai…lenggang aje…..beli air jus aje kat sini…..

Jumpa pulak bombay biryani…nak cuba masak….tak pernah lagi masak nasi beraini sebenarnya…kalau jadi ..nanti akak show ye….kat sini ada pulak…kat giant, C4 tak pernah jumpa…mahal jugak harga dia…..tak apalah…nak makan nasi beraini kat luar pun dah mahal giler…..satu pinggan nak dekat RM10.000…itupun tenguk kawasan….kalau kawasan orang kaya..lebih dari RM10.00………….

Tertarik pulak tenguk kat kedai ni ada show kerusi besar….. suruh anak dara posing kat sini….yana terus jumpa kawan dia kat pintu besar…janji nak pergi kenduri kesyukuran kat rumah kawan di Ampang…

Tak lama anak lelaki call…..dia orang dah habis beli barang komputer …..akak suruh tunggu kat depan stesyen monorail…..sampai kat rumah nak dekat pukul 1.00 petang..lepas zohor bertolak ke kenduri kawin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s