Pokok Bungalah Pulak

Dari muda hingga umur dah masuk 40..an tak pernah lagi akak tanam pokok bunga..masa tumungkin tak minat kot…kalau ada pun bunga tiruan….tu pun jarang beli….

Masa di jakarta lagi payah…duduk apartment…tingkat 17 pulak tu…pastu tempat pulak terhad. Kat sana pun belilah bunga orkid tiruan. Masa bulan puasa…..kawan suami yang sama main bowling ajak berbuka puasa kat rumah dia…Punyalah banyak pokok orkid sampai kat dalam rumah pun dia hias dengan pokok orkid tu. Akak tanya……..

Bu…maaf….ni yang tiruan atau yang benar…
Mana bisa yang tiruan..ini di ambil dari kebun sendiri..di luarkan banyak bunganya..
Ya….cantik bunga di dalam rumah ibu…
Kamu tahu ngak….kalau di dalam rumah itu bunga tiruan..maknanya dia seorang yang suka berpura-pura… (dalam hati berkata-kata….eh..betul ke akak ni macam yang dia cakap)

Nilah pokok orkid tiruan yang di belik kat jakarta tu…..ada satu lagi…warna pink…
Bila balik malaysia..akak dah malas nak kerja balik..umur dah masuk 40..an..ada ke company nak ambil akak kerja….tempat kerja lama..jabatan perpaduan negar….suruh isi borang..jadi guru tadika balik….aduh…fikirkan nak ajar balik kanak-kanak umur 5 dan 6 tahun dah malaslah…tak tahan nak tenguk kelakuan anak-anak sekarang…pastu kena gi kursus balik…ala..malaslah nak belajar …..kena ambil periksa pulak….tak boleh terima dah otak ni……pastu nak kena keluar pagi-pagi dan sebelum tu kena buat kerja rumah……walaupun separuh hari sahaja……suami pun kata..
ina dahlah tu…..kesian tenguk ina….dari muda lagi dah penat bekerja…..badan pun bukan bertambah muda..duduk rumah jaga imran dan ira ajelah…..insyallah abang boleh tanggung semuanya….

Dah suami tak bagi kerja..duduklah kat rumah..uruskan anak…..boring pulak rasanya..tulah baru terbukaklah hati akak nak tanam pokok bunga ni….akak pun mulalah membeli pokok bunga..mula-mula gila dengan pokok orkid….kalau gi kat pasar pagi di taman melawati…selalu beli sepasu seminggu…memanglah mula-mula beli tu dia berbunga …… lepas tu payahlah pulak nak berbunga lagi…rupanya nak tanam orkid ni kena banyak sabar. Ada seorang member yang duduk di terengganu bagi tau baja apa yang akak patut pakai….rupanya ada 2 jenis baja….1 untuk daun dan 1 lagi untuk bunga…adalah balik 2 pokok orkid berbunga balik..terima kasih kak cik ye di atas tunjuk ajar…masalah sekarang ni ada pulak daun orkid yang berwarna hitam..ada org kata mungkin ada kulat kat akar dia……ataupun semut buat sarang….akak pun belilah malation….(racun serangga tu…punyalah busuk bau dia)…..sekarang ni dah tak ada lagi semut buat sarang…patutlah kalau beli bunga orkid ni mahal……….payah nak jaga rupanya…..rugilah masa beli tak ambil gambar orkid yang sedang berbunga tu…


Nilah pokok orkid yang susah sangat nak berbunga….

Ni yang baru berbunga balik…..ada satu lagi baru bertunas..nanti kalau dah keluar nanti akak tunguk……..

Lepas tu…datang pulak minat beli pokok yang berdaun aje….ala-ala pokok dalam hutan…..
ni memang senang jaga…janji ada air dan bagi baja sekali sekala.


Ni pokok kertas dan pokok kaktus……..pokok ni senang betul membiak…

Dalam bulan puasa…..Masa gi lagi ke pasar tani..ada pulak orang jual pokok strawberi…masa tu memang banyak buah dan besar-besar pulak tu…..kira buah dia….lebih dari 10 biji….Kalau kat giant beli satu peket dan nak dekat RM10.00…fikir punya fikir belilah satu…..pasal harga sepasu cuma RM1.00. Sampai kat rumah…habis buah dia kena makan dek anak-anak. Mas tu tak terfikir pulak..cuaca di kl mana nak sama dengan cuaca di cameron highland. Penjual tu kata boleh berbuah tapi buah dia kecik…betullah memang buah dia cinonet aje…jadilah….asal berbuah………..dari satu pasu…..sekarang ni dah beranak pinak….dapat dalam 6 pasu sekarang ni…

Nilah buah strawberi yang 1 ada bunga dan 1 dah berbuah….

Alhamdulliah ada jugak buah dia…..yang cantik tu pasa buah dia warna merah tu….cuma pokok ni kena siram air selalu dan guna campuran tanah dan abuk kayu…

Lepas tu gilalah pulak bunga ros……….suami dah mula geleng kepala….tak apalah kan…dah minat akak…dia tak boleh cakap apa…nilah antara koleksi bunga ros yang ada….

Ni masa baru beli………

Ni kali ke 2 bunga ros berbunga kembali….

Sekarang ni bunga dia dah layu…tunggu bunga baru dia keluar…..

Ni baru beli minggu lepas

Tak tahulah nak panggil bunga apa…………

Ni di panggil bunga cina…entah betul…entah tidak………..

Pokok ni pun tak tahu nama dia………..

Ni pun tak tahu apa ke nama………..sape yang tahu bagitau sama akak ye…………orang yang bagi pokok ni kata nama dia money plant..bagus jugak tanam ni…banyaklah money kat rumah akak nanti…………..terima kasih ye ziehelmy………..

2 thoughts on “Pokok Bungalah Pulak

  1. salam kak ina…byk pokok bunga…dulu masa kat m’sia saya suka gak tanam2 ni…dtg sini tak pulak walaupun laman kira luas…mungkinsbb fikir duk sekejap je…tengok bunga rose kat sini geramnya…mcm2 jenis dan warna…ni sekarang tengah mekarlah tu…

  2. bestkan dapat gi tempat orang ni..mcm-mcm benda yang kita dapat tenguk…budaya, perangai dan makanan mereka yang lain dari malaysia…..lama lagi ke kat sana..tenguk kamu di perantauan dengan 4 orang anak yang masih kecil..tak ada masalahkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s